Jeff Bezos Hilang $7 Bilion Dalam Satu Malam, Dan 11 Fakta Menarik Mengenai Kekayaannya

Jeff Bezos merupakan lelaki pertama di dunia yang mencapai tahap kekayaan yang bernilai $100 bilion. Sumber  kekayaan yang dimiliki olehnya adalah melalui harga saham Syarikat Amazon yang semakin mendapat tempat para pelabur pada masa kini.

Jumlah saham yang dimiliki oleh Bezos di dalam Amazon adalah sebanyak 57,610,359 unit saham.

Pada bulan lepas, Jeff Bezos telah kehilangan hampir $7 bilion setelah harga saham Amazon ditutup pada paras yang rendah akibat kekecewaan para pelabur dengan laporan kewangan yang dikeluarkan oleh Syarikat Amazon.

Walaupun Jeff Bezos kehilangan sebanyak $7 bilion, beliau masih mampu merampas kembali takhta yang dipegang oleh Bill Gates dalam masa tidak sampai sebulan. Dengan kekayaan yang dimiliki beliau, jom kita lihat fakta menarik mengenai kekayaan yang dimiliki oleh Jeff Bezos.

1. Gaji tahunan Jeff Bezos adalah lebih rendah daripada gaji ahli senat yang merupakan ahli politik di Amerika Syarikat. Beliau hanya mendapat gaji sebanyak $81,840 berbanding dengan ahli senat di Amerika Syarikat yang rata-ratanya sebanyak $174,000 setiap tahun.

2. Jeff Bezos membuat duit sebanyak $2,489 setiap saat. Jumlah tersebut merupakan dua kali ganda yang diperolehi oleh kebanyakan pekerja di Amerika Syarikat dalam masa seminggu.

Purata pendapatan tahunan bagi pekerja di Amerika Syarikat adalah $47,000.

3. Selepas bercerai dengan isterinya yang dikahwininya selama 25 tahun lalu, beliau telah memberi sebanyak 4%  dari jumlah pegangan saham kepada isterinya. Walaupun demikian, Jess Bezos masih mengekalkan status manusia terkaya di dunia, manakala bekas isterinya itu  menjadi wanita keempat terkaya di dunia dengan nilai sebanyak $38 billion.

Untuk bacaan lanjut mengenai penceraian Jeff Bezos dan isterinya itu,sila klik di sini

Rajah di atas adalah data yang diambil pada tahun 2011

4. Dengan jumlah kekayaan yang dimiliki oleh Jeff Bezos iaitu sebanyak $110 bilion, beliau memiliki hampir 30% daripada rizab kewangan yang terdapat pada universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.

Universiti Harvard mempunyai rizab kewangan terbesar iaitu sebanyak $38.3 bilion, diikuti oleh Universiti Texas sebanyak $30.9 bilion dan Universiti Yale, sebanyak $29.4 bilion.

5. Jika Jeff Bezos membelanjakan $1.1 juta, ia adalah  sama seperti $1 yang dibelanja oleh kebanyakan penduduk Amerika Syarikat.

6. Kekayaan yang dimiliki oleh Jeff Bezos melebihi kaum kerabat Diraja Britain sebanyak 20%, yang mana dipercayai kaum Kerabat ini mempunyai kekayaan sebanyak $88 bilion pada tahun 2018.

7. Kekayaan yang dimiliki oleh Jeff Bezos adalah bersamaan dengan pengeluaran negara kasar bagi Negara Slovakia.

8. Kekayaan Jeff Bezos melebihi keluaran negara kasar untuk Negara Iceland, Afghanistan, dan Costa Rica jika digabungkan ketiga-tiga negara tersebut.

9. Mengikut statitik yang dikeluarkan oleh badan penyelidikan Social Security Administration, purata pemegang ijazah di Amerika Syarikat akan mendapat gaji sebanyak $2.2 juta sepanjang hidup mereka dan Jeff Bezos memerlukan masa 15 minit sahaja untuk menjana pendapatan sedemikian.

10. Jika cukai pendapatan dikenakan kepada beliau 40 tahun yang lalu, Jeff Bezos masih lagi orang yang terkaya di Amerika Syarikat dan kedua di dunia.

11. Jeff Bezos merupakan bilionaire yang paling banyak kehilangan duit pada tahun ini di kalangan para billionaire dunia akibat perceraian dengan bekas isterinya tetapi masih lagi kekal sebagai lelaki yang paling kaya dalam dunia.

Nota Kaki: Ketika artikel ini ditulis, kekayaan Jeff Bezos adalah sekitar $110 billion

Sumber Rujukan: https://www.businessinsider.my/how-rich-is-jeff-bezos-mind-blowing-facts-net-worth-2019-4/

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.