5 Masjid Tercantik Yang Pasti Membuat Anda Terpegun

Selalunya dalam pemikiran kita, masjid adalah tempat kita sembahyang dan berdoa bagi seseorang Muslim. Sememangnya betul, itulah tujuan utama masjid-masjid di dunia. 

Namun, apabila kita memperluaskan perspektif, masjid juga memainkan peranan dan bertanggungjawab terhadap seluruh komuniti. Ya, orang bukan Islam juga termasuk dalam komuniti masyarakat!

Masjid juga memainkan peranan pendidikan dengan cara menganjurkan seminar dan ceramah, menyediakan tuisyen untuk anak-anak, mengadakan perpustakaan yang serba lengkap dan pelbagai lagi aktiviti.  Ia boleh dijadikan pusat komuniti dan keusahawanan dengan menganjurkan acara sosial dan sukan serta mini-bazar. 

Komuniti masjid juga dapat memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan dengan menyediakan tempat penyediaan makanan, tempat perlindungan dan kemudahan pemberian zakat.

Dalam tempoh jangka masa yang panjang pula, kita akan dapati bahawa masjid berfungsi dan mempunyai tanggungjawab dalam industri pelancongan. Sesetengah masjid mempunyai reka bentuk seni bina yang sangat indah dan mampu menjadi salah satu tarikan pelancong.

Sama ada anda seorang Muslim atau tidak, berikut adalah 5 masjid tercantik yang bakal membuatkan anda terpegun dan kagum:

1. Masjid Kristal, Malaysia

Sumber

Lokasi Masjid Kristal? Wan Man, Kuala Terengganu, Malaysia.

Tahukah anda? Ianya dibuka secara rasmi pada tahun 2008, struktur Masjid Kristal yang menakjubkan ini diperbuat daripada keluli, kaca dan kristal. Kubah ini amat telus dan kukuh dari dalam. Dari luar, terpantul akan cerminan cahaya matahari dan terciptanya warna emas.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi terkini yang menjadikannya sebagai sebuah masjid pintar di Malaysia. Selain daripada itu, masjid ini dikelilingi oleh sungai yang menjadikan pemandangannya lebih menakjubkan!

2. Masjid Agung – Katedral Cordoba, Sepanyol

Sumber

Lokasi Masjid Katedral Cordoba? Pusat bersejarah, Cordoba, Andalusia.

Tahukah anda? Pintu masuk masjid adalah agak rumit kerana secara teknikal, ia bukan lagi sebuah masjid. Struktur Masjid Katedral Cordoba yang dibina pada sekitar 400 A.D ini pada mulanya adalah sebuah gereja Kristian.

Perubahan sistem pemerintahan menjadikannya sebuah masjid pada sekitar tahun 784 sebelum diubah menjadi gereja sekali lagi pada tahun 1236. Walau bagaimanapun, jika anda ingin melawat dan melihat seni bina serta sejarah Masjid Katedral Cordoba, pastinya anda akan terpesona.

3. Masjid Sultan Ahmed, Turki

Sumber

Lokasi Masjid sultan Ahmed?  Istanbul, Turki.

Tahukah anda?  Masjid Sultan Ahmed yang juga dikenali sebagai “Masjid Biru” yang merupakan salah satu tarikan utama di Turki. Nama gelaran tersebut merujuk kepada anggaran 20,000 tangan yang melukis jubin biru yang digunakan untuk menghias dinding dalaman masjid.

Untuk membantu mengurangkan jaring labah-labah, telur burung unta kadang-kadang diletakkan pada candelier dengan kepercayaan bahawa mereka mampu menangkis labah-labah.

4. Masjid Nusrat Djahan, Denmark

Sumber

Lokasi Masjid Nusrat Djahan? Copenhagen, Denmark.

Tahukah anda? Bilangan orang Islam hanya kira-kira lima peratus sahaja daripada keseluruhan penduduk Denmark. Mereka kebanyakannya datang pada tahun 70-an dari Turki, Pakistan, Maghribi dan Yugoslavia untuk bekerja. 

Pada tahun 1967, masjid Nusrat Djahan telah dibuka sebagai masjid pertama di negara tersebut. Ia dapat menampung seramai 100 orang.

5.  Masjid Qolsharif, Rusia

Sumber

Di mana lokasi Masjid Qolsharif, Russia? Ianya terletak di Kazan Kremlin, Rusia.

Tahukah anda? Masjid yang dibina pada abad ke-16 ini dinamakan sempena seorang pekerja di pusat pembelajaran agama tempatan iaitu Qolsharif. Namun, masjid ini telah dimusnahkan pada tahun 1522 semasa Ivan IV menyerang Kazan. 

QolSharif meninggal dunia bersama para pelajarnya ketika cuba menyelamatkan masjid ini dari tentera Tsar. Kemudian, masjid ini kekal kosong selama bertahun-tahun lamanya.

Berikutan kejatuhan Kesatuan Soviet, dengan adanya bantuan-bantuan daripada daerah lain termasuk Arab Saudi dan UAE, masjid Qolsharif dapat dibina semula, walaupun kali ini dalam gaya moden.

Masjid baru yang mengagumkan ini akhirnya dirasmikan pada tahun 2005 ketika Kazan merayakan mileniumnya. Kini, ia berdiri sebagai simbol utama kota Rusia.

Dikarang oleh Sedania As Salam Capital. Diterjemah dan disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.

Tentang Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

As-Sidq (TM) adalah sebuah platform perisian dipaten milik oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd yang kukuh dan berskala dengan rekod prestasi terbukti lebih daripada 350,000 transaksi bernilai RM38 bilion. Perkhidmatan patuh syariah sepenuhnya, yang mudah diintegrasikan ke dalam mana-mana sistem dan proses sedia ada melalui API, kini digunakan oleh lebih daripada 40 institusi kewangan dan 7 bank di Malaysia. Misi teras As-Sidq (TM) adalah untuk membantu pelanggan mencari produk kewangan Islam yang sempurna dan menyampaikannya kepada mereka dalam masa yang sesingkat mungkin.

Sebagai peneraju industri dalam platform perdagangan komoditi Tawarruq untuk kewangan peribadi Islam, As-Sidq (TM) membantu institusi-institusi kewangan untuk memasar, mengenal pasti dan meluluskan pembiayaan peribadi Islam dengan menawarkan pemeriksaan profil pelanggan yang komprehensif dari DSR kepada CTOS / CCRIS. Ini membolehkan penyerahan petunjuk hangat yang membolehkan kelulusan hampir dijamin.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Organisasi Malaysia Terlepas Pandang Risiko AI Demi Mengejar Permintaan

KUALA LUMPUR, 23 April 2026 – Peneraju global keselamatan AI, TrendAI telah menerbitkan kajian baharu yang mendedahkan bahawa organisasi di seluruh dunia terus mempercepatkan pelaksanaan AI walaupun menyedari risiko keselamatan dan pematuhan yang terlibat.

Di Malaysia, kajian mendapati 75% pembuat keputusan IT dan 70% pemimpin perniagaan berasa tertekan untuk meluluskan penggunaan AI walaupun terdapat kebimbangan keselamatan, dengan satu daripada tujuh responden menyifatkan kebimbangan tersebut sebagai “sangat serius” tetapi tetap diketepikan demi mengejar pesaing dan memenuhi permintaan dalaman.

Penggunaan AI Mengatasi Kawalan

Dari segi kematangan tadbir urus, hanya 29% pembuat keputusan perniagaan di Malaysia berasa sangat atau amat yakin dalam memahami rangka kerja undang-undang berkaitan AI, berbanding 63% dalam kalangan pembuat keputusan IT.

Kira-kira separuh (52%) pembuat keputusan IT telah mempunyai dasar AI yang komprehensif, manakala 39% masih dalam proses merangka. Hampir separuh (51%) pemimpin IT menyatakan kekurangan kepakaran keselamatan atau data sebagai halangan utama kepada penggunaan AI yang selamat, diikuti kekurangan peraturan dan piawaian pematuhan (49%).

Pengarah Urusan Malaysia, TrendAI, Goh Chee Hoh berkata, “Organisasi di Malaysia melaksanakan AI lebih pantas daripada keupayaan mereka mengurus risiko berkaitan, sekali gus mewujudkan jurang yang semakin melebar antara aspirasi dan pengawasan. Jurang ini turut dipengaruhi oleh perbezaan tahap kematangan tadbir urus dalam kalangan pemimpin perniagaan. Untuk merapatkan jurang ini, kepimpinan perlu bergerak melangkaui pendekatan keselamatan reaktif. Ia bermula dengan keterlihatan menyeluruh mengetahui dengan tepat bagaimana AI berinteraksi dengan data serta mewujudkan kerangka berpusat yang menggabungkan akauntabiliti dan pengawasan risiko dalam seni bina sistem.”

Beliau turut menyatakan bahawa piawaian MY-AI adalah langkah positif dalam menangani risiko seperti deepfake dan bias algoritma. Namun, ketika Malaysia mempercepatkan usaha menjadi negara AI menjelang 2030, organisasi perlu memberi tumpuan kepada tadbir urus yang kukuh dan daya tahan defensif bagi memastikan penggunaan AI yang pesat dapat diterjemahkan kepada masa depan digital yang mampan.

Ketua Platform & Perniagaan TrendAI, Rachel Jin berkata, “Organisasi bukan tidak sedar akan risiko, tetapi kekurangan keupayaan untuk menguruskannya. Apabila pelaksanaan didorong tekanan persaingan dan bukannya kematangan tadbir urus, AI akan dimasukkan ke dalam sistem kritikal tanpa kawalan yang mencukupi. Kajian ini mengukuhkan fokus kami untuk membantu organisasi mencapai hasil perniagaan kukuh dengan AI sambil mengurus risiko dengan baik.”

Risiko Pelaksanaan AI Dipacu Tekanan Semakin Meningkat

Risiko ini diperburuk oleh ketidakkonsistenan tadbir urus dan ketidakjelasan tanggungjawab terhadap risiko AI, yang kini semakin meluas. Dalam banyak kes, pasukan keselamatan terpaksa bertindak secara reaktif terhadap keputusan pelaksanaan AI dari pihak atasan, yang sering membawa kepada penggunaan alat AI tidak rasmi atau “shadow AI”.

Kajian ancaman terkini TrendAI menunjukkan penjenayah siber sudah mula menggunakan AI untuk mengautomasikan proses pengintipan, mempercepat kempen phishing dan menurunkan halangan kemasukan kepada jenayah siber, sekali gus meningkatkan kelajuan dan skala serangan.

Keyakinan terhadap AI Autonomi Masih Rendah

Keyakinan terhadap sistem AI yang lebih maju dan autonomi masih berada pada tahap perkembangan. Kurang daripada separuh (44%) pembuat keputusan perniagaan di Malaysia percaya AI berasaskan agen (agentic AI) mampu meningkatkan pertahanan siber secara signifikan dalam jangka masa terdekat, dengan kebimbangan berterusan terhadap akses data, penyalahgunaan dan kekurangan pengawasan.

Data menunjukkan kebimbangan utama organisasi adalah:

  • 57% melihat akses AI kepada data sensitif sebagai risiko terbesar
  • 45% bimbang arahan berniat jahat boleh menjejaskan keselamatan
  • 37% risau penyalahgunaan status AI yang dipercayai dan risiko pelaksanaan kod autonomi

Selain itu, 36% mengakui mereka kekurangan keupayaan pemantauan dan audit terhadap sistem ini, menimbulkan persoalan serius tentang kawalan selepas AI digunakan.

Hampir separuh (48%) organisasi menyokong mekanisme “kill switch” AI untuk menutup sistem sekiranya berlaku kegagalan atau penyalahgunaan, manakala lebih separuh masih belum pasti. Ini menunjukkan organisasi sedang bergerak ke arah AI autonomi tanpa kesepakatan jelas tentang cara mengekalkan kawalan apabila diperlukan.

Rachel Jin menambah, “AI berasaskan agen membawa organisasi ke dalam kategori risiko baharu. Kajian kami menunjukkan kebimbangan sudah jelas daripada pendedahan data sensitif hingga kehilangan pengawasan. Tanpa keterlihatan dan kawalan, organisasi sebenarnya melaksanakan sistem yang mereka sendiri belum faham sepenuhnya dan risiko ini hanya akan meningkat jika tiada tindakan diambil.”

Untuk laporan global penuh: Securing the AI-Powered Enterprise – Governance Gaps, Visibility Challenges and Rising Risk

*TrendAI melantik SAPIO Research untuk meninjau 3,700 pembuat keputusan IT dan perniagaan di 23 negara seluruh dunia.