SC GROWMatch 2025 Tarik Minat Agri-PMKS dengan Pembiayaan Alternatif

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melangsungkan acara kohort kedua GROWMatch untuk 50 usahawan. Inisiatif itu menyokong pertumbuhan usahawan perniagaan berasaskan pertanian dan bio dengan mewujudkan akses kepada pembiayaan alternatif melalui pasaran modal.

Dilancarkan pada Ogos 2024, GROWMatch membolehkan usahawan dalam rantaian nilai pertanian, termasuk mereka dalam sektor teknologi makanan, agtech, bioteknologi dan sektor berasaskan bio, mempamerkan projek mereka dan mendapat maklumat berkenaan pilihan pembiayaan alternatif bagi mendapatkan modal.

Peserta juga diberi peluang untuk membentangkan usaha niaga mereka kepada pelbagai kumpulan pelabur, termasuk platform pembiayaan ekuiti ramai (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P) serta modal teroka (VC) dan firma ekuiti persendirian (PE) .

Sehingga akhir Jun 2025, lebih RM10 bilion pembiayaan telah dikumpul untuk ECF dan P2P, yang memanfaatkan lebih 23,000 perniagaan merentasi pelbagai aktiviti perniagaan sejak penubuhannya.

Peserta GROWMatch yang lalu telah merekodkan pencapaian penting, termasuk mendapatkan pembiayaan susulan dan membuka peluang perniagaan baharu melalui rakan kongsi ekosistem. Sebagai contoh, Entomal Biotech memperoleh pelaburan daripada Dana Impak Kelestarian AgriFoodTech Sarawak, dan Pacton Technol ogies mendapat akses kepada peluang perniagaan dengan 50 ladang. Ini menyerlahkan sokongan pelbagai dan nilai berkekalan yang disediakan oleh program yang melangkaui hubungan kewangan sahaja.

Pengerusi SC Dato’ Mohammad Faiz Azmi menekankan bahawa GROWMatch memberi keutamaan sepenuhnya terhadap pencapaian impak.

“GROWMatch merapatkan jurang kesedaran dan menawarkan peluang kepada segmen yang kurang mendapat perkhidmatan untuk menggunakan pembiayaan alternatif untuk pertumbuhan.

ISSUED by the SECURITIES COMMISSION MALAYSIA at [3.00pm /18 September 2025] Page 1 of 4 “Kami berterima kasih kepada rakan kongsi GROWMatch kami. Penyertaan mereka memperkayakan ekosistem untuk membangunkan penyelesaian pertanian dalam keterjaminan dan kemampanan makanan, sambil memberikan peluang keterlihatan kepada perniagaan untuk berkembang.

“Ini melengkapkan inisiatif seperti MyCIF, yang setakat ini telah mengumpulkan lebih daripada RM6 bilion ke dalam syarikat permulaan, PMKS dan MTC melalui ECF dan P2P,” katanya.

Dengan fokus pada “Menangani Cabaran Industri untuk Memperkukuh Keterjaminan Makanan Malaysia dengan Pembiayaan Alternatif,” GROWMatch tahun ini menarik lebih 70 permohonan.

Tahun ini, GROWMatch menambah jumlah finalis kepada 50, daripada hanya 20 dalam kohort pertama, meluaskan keterlihatan dan peluang untuk kumpulan yang lebih pelbagai dari segi lokasi. Daripada kumpulan ini, 54% mempamerkan penyelesaian pertanian berdaya tahan iklim, 34% memberi tumpuan kepada kemerosotan tanah, dan 12% pada makanan lestari dan kesihatan ternakan.

Lebih penting lagi, usahawan tani ini berinovasi dengan cara yang menyokong secara langsung sistem pengeluaran makanan Malaysia, sama ada melalui teknologi, amalan mampan atau operasi yang lebih bijak.

GROWMatch 2025 berkembang daripada program tertumpu bimbingan kepada inisiatif yang komprehensif, meliputi bengkel pitching, pembinaan kapasiti dan sesi kesedaran pembiayaan alternatif. Ini bertujuan menjadikan peserta lebih bersedia untuk menerima pelaburan dan mendidik PMKS peringkat awal tentang peluang pembiayaan alternatif.

Program ini disokong oleh rakan kongsi utama, termasuk Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan (KPKM), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Invest Sabah Berhad.

Untuk maklumat lanjut tentang GROWMatch dan senarai penuh 50 syarikat yang disenarai pendek, lawati GROWMatch – Pitch & Match | SCxSC.

Previous ArticleNext Article

IOI Corp Lantik Bekas Pengerusi Bursa Malaysia Sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — IOI Corporation Bhd telah melantik bekas Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Bukan Eksekutifnya, berkuat kuasa 5 Nov, 2025.

Kumpulan perladangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata Abdul Wahid menggantikan Tan Sri Peter Chin Fah Kui, yang bersara daripada lembaga pengarah hari ini.

Sebelum ini, Abdul Wahid berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank dari Mei 2008 hingga Jun 2013, selain Pengerusi Persatuan Bank-Bank di Malaysia.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam perancangan ekonomi dari Jun 2013 hingga Jun 2016.

Abdul Wahid turut berkhidmat sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd dari Ogos 2016 hingga Jun 2018 dan menamatkan tempoh lima tahun sebagai Pengerusi Bursa Malaysia pada 30 April 2025.

Ketika ini, Abdul Wahid merupakan Pengerusi Cypark Resources Bhd, Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia (WWF-Malaysia) dan Yayasan MySDG.
— BERNAMA