13 Orang Bilionaire Yang Tak Tamat ‘U’

Pusat pengajian tinggi merupakan gedung ilmu yang terbaik bagi mempelajari ilmu secara terperinci dan mendalam. Kebanyakan impian para siswazah adalah untuk menamatkan pengajian di dalam mana-mana bidang yang mereka ambil, demi segulung ijazah bagi menempatkan diri di alam pekerjaan.

Tidak semua orang yang berpeluang untuk menamatkan pengajian mereka di pusat pengajian tinggi, dan itu bukanlah alasan untuk mereka tidak berjaya.

Di Amerika Syarikat, 1 daripada 8 bilionaire tidak pernah menghabiskan pengajian mereka ketika usia remaja. Walaupun mereka tidak menamatkan pengajian, mereka tidak pernah putus asa sehinggalah mereka berjaya dalam hidup mereka dengan membina empayar perniagaan.

Mari kita lihat senarai bilionaire yang tidak berjaya menamatkan pelajaran mereka di kolej atau universiti, tetapi berjaya dalam perniagaan.

1. Ralph Lauren

Ralph Lauren merupakan pereka fesyen pakaian terkenal dunia iaitu dengan jenama Polo. Beliau tidak berjaya menamatkan pelajaran di Kolej Brauch di New York.

Beliau yang memulakan kerjayanya hanya dengan menjual tali leher, ketika bekerja di sebuah pejabat di Empire State Building. Kini beliau mampu tersenyum dengan kejayaan empayar perniagaan fesyennya yang bernilai $5.8 bilion.

2. Jan Koum

Merupakan seorang imigran yang datang ke Amerika Syarikat bersama dengan ibunya ketika usia masih remaja. Jan Koum merupakan pengasas bersama aplikasi permesejan yang paling popular iaitu WhatsApp yang kemudianya dibeli oleh Facebook dengan harga $19 bilion.

Dengan pembelian tersebut, beliau telah menjadi seorang bilionaire dengan nilai sebanyak $10 bilion.

3. Mark Zuckerberg

Merupakan di antara bilionaire yang paling popular di dunia. Hampir semua penduduk Malaysia menggunakan Facebook dan mengenali beliau.

Mark tidak menamatkan pembelajarannya ketika berada di Universiti Harvard kerana fokus dalam pembangunan Facebook. Kini kekayaan yang dimilikinya adalah sebanyak $66 bilion ketika usianya baru mencecah 35 tahun.

4. Sheldon Adelson

Merupakan taikun terbesar di dalam industri perjudian. Sheldon yang memiliki pusat perjudian di Las Vegas, Macau dan juga Singapura.

Beliau dilahirkan dalam keluarga yang miskin dan mula berniaga ketika berusia 12 tahun. Beliau juga gagal menamatkan pengajiannya di peringkat kolej.

Walaupun gagal menamatkan pengajian, beliau merupakan usahawan yang mempunyai 50 jenis perniagaan sebelum menjadi seorang bilionaire. Kini kekayaan yang dimilikinya adalah sebanyak $33.1 bilion.

5. Ted Turner

Merupakan pengasas rangkaian berita yang paling popular di Amerika Syarikat. Ted Turner telah mengasaskan CBB yang popular pada era 1980-an. Rangkain berita CNN ini ppopular kerana beritanya disiarkan selama 24 jam sehari dan 7 kali seminggu.

Beliau telah dibuang daripada universiti kerana membenarkan teman wanitanya menumpang di dalam biliknya ketika beliau masih lagi seorang pelajar di Universiti Brown.

Kini nilai kekayaan yang dimiliki Ted adalah berjumlah  $2.2 billion.

6. Ty Warner

Beliau merupakan pengasas kepada barangan mainan yang popular di Amerika Syarikat iaitu Beanie Baby. Mainan Beanie Baby merupakan sejenis beruang yang comel yang digemari oleh kanak-kanak.

Beliau tidak dapat meneruskan pengajian di kolej kerana tidak mampu untuk membayar yuran pengajiannya.

Kini kekayaan yang dimilikinya adalah sebanyak $2.6 bilion.

7. David Geffen

Beliau merupakan lelaki terkaya di dunia dalam bidang hiburan. David juga merupakan pengasas bersama dengan Steven Spielberg untuk syarikat animasi terkenal dunia iaitu DreamWorks Animation sebelum syarikat itu dibeli oleh gergasi perfileman hollywood, Universal Pictures.

Selain mempunyai syarikat perfileman, beliau juga merupakan producer untuk industri muzik yang terkenal di Amerika Syarikat. David pernah berbohong dengan mengatakan beliau merupakan seorang graduan daripada universiti UCLA, tetapi sebenarnya tidak.

Kini kekayaanya adalah sebanyak $8.4 bilion.

8. Michael Dell

Merupakan pengasas syarikat Komputer Dell. Pada lewat tahun 1990-an, Dell telah menguasai pasaran komputer kerana syarikat tersebut telah menjual komputer dengan harga yang murah dan berkualiti.

Beliau telah memulakan perjalanan syarikatnya dengan menjual komputer daripada bilik asramanya. Dell kini mempunyai kekayaan sebanyak $30.6 bilion.

9. Larry Ellison

Larry merupakan pengasas Oracle yang terkenal dengan menyediakan platform untuk pangkalan data (database). Beliau telah dua kali gagal dalam menamatkan pengajian di peringkat tinggi dalam hidupnya.

Walaupun dia gagal sebanyak dua kali, beliau kini memiliki kekayaan sebanyak $63 bilion melalui syarikat yang diasaskanya itu.

10. Bill Gates

Bill Gates telah meninggalkan pengajian di Universiti Harvard setelah dua tahun berada di sana, untuk membangunkan Microsfot bersama dengan rakan baiknya Paul Allen.

Kini Microsoft merupakan syarikat yang paling bernilai di dunia daripada segi market capitalization. Kekayaan Bill Gates adalah sebanyak $102 bilion dan beliau merupakan seorang dermawan yang sangat pemurah.

11. Travis Kalanick

Merupakan seorang CEO yang paling  kontroversi di Lembah Silikon. Beliau merupakan salah seorang pengasas aplikasi popular iaitu Uber.

Di antara kontroversi yang pernah dicetuskan oleh Travis adalah dengan bergaduh dengan seorang pemandu Uber ketika menggunakan perkhidmatan tersebut.

Beliau yang gagal melanjutkan pengajian di universiti UCLA, kini bernilai sebanyak  $3.7 bilion.

12. Donald Newhouse

Beliau gagal meneruskan pengajian di Universiti Syracuse kerana membantu perniagaan yang dimiliki oleh keluarganya. Donald yang dilahirkan dalam keluarga pertengahan, telah meneruskan legasi perniagaan yang ditinggalkan oleh bapanya, iaitu Advance Publications.

Beliau seterusnya berjaya mengembangkan lagi perniagaan media milik bapanya, sehingga menjadikanya seorang bilionaire dengan kekayaan sebanyak $12.8 bilion.

13. Micky Arison

Merupakan pengasas kepada syarikat Carnival Corp yang merupakan syarikat kapal persiaran terbesar di dunia.

Micky merupakan pelajar yang tidak berjaya menamatkan pengajian di Universiti Miami, namun kini kekayaan yang dimiliki olehnya adalah sebanyak $7.7 bilion.

Sumber Rujukan: Business Insider

Belajar sesuatu dari artikel ini? Syarat untuk berjaya bukannya 100% bergantung kepada level pendidikan tetapi bergantung kepada usaha gigih dan kecekalan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.