3 Tips ‘Value Investing’ Dari Mohnish Pabrai, Pelabur Terkenal Dari India

Jarang kita dengar seorang pelabur yang berasal dari India kan? Nama Mohnish Pabrai pun kita tak pernah dengar, tetapi beliau merupakan seorang yang sangat popular di kalangan pelabur, di India.

Mohnish Pabrai pada mulanya menyambung pengajiannya dalam bidang IT. Kemudian, beliau telah berkecimpung dalam bidang usahawan dan seterusnya menjadi seorang pelabur.

Mohnish Pabrai sering mengatakan bahawa pelabur perlu belajar banyak perkara daripada usahawan. Rupanya kedua-dua bidang tersebut dilihat mempunyai kaitan dan kesinambungan.

1. Pelaburan Adalah Perniagaan

Seorang pelabur yang baik harus menguruskan risiko dengan sangat tertib walaupun risiko tersebut amat jarang berlaku. Pelaburan memerlukan kita untuk bekerja, mengkaji dan bersabar.

Ia sama sahaja seperti membangunkan perniagaan dari awal. Ingatlah, pelaburan yang berjaya datang dari perniagaan yang bagus dan terkawal.

2. Tiada Manusia Dapat Meramalkan Pasaran Dengan 100% Tepat

Pasaran modal bersifat dinamik, tiada sesiapa pun yang dapat meramalnya dengan tepat. Jika ada individu yang boleh meramal pasaran dengan tepat, sudah pasti ramai rakan-rakan kita yang sudah kaya raya.

Bisnes yang digemari oleh Mohnish Pabrai adalah bisnes yang kadar perubahannya perlahan berbanding dengan kadar perubahan bisnes yang laju.

Contohnya bisnes yang berkaitan dengan teknologi, temponya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan adalah sangat laju. Ianya mungkin membuatkan kita tidak dapat menangkap trend semasa. Kalau leka sikit pun dah boleh menyebabkan kita ketinggalan jauh.

Beliau lebih menyukai perniagaan yang hijau berbanding dengan perniagaan sofistikated. Benjamin Graham iaitu ‘Bapa Value Investing’ pernah berkata, kebergantungan kepada jangka masa hadapan akan menyakitkan apabila berlaku kesalahan pengiraan dan kesilapan yang kita lakukan.

3. Sabar Adalah Kunci Kejayaan

Mohnish Pabrai pernah berkata bahawa kita tidak boleh membuat untung saham dengan membeli saham atau menjual saham dalam kadar yang cepat. Menurut beliau, keuntungan sebenar hanya boleh diperolehi dengan cara membeli dan tunggu atau juga dikenali sebagai ‘simpan dan peram’.

Mohnish Pabrai dengan tegas menyatakan bahawa pelaburan adalah ibarat sebuah permainan yang memerlukan kita banyak bersabar dan menunggu.

Menurutnya, prinsip sebenar membuat keuntungan dalam pasaran saham adalah menunggu waktu yang sesuai untuk membeli. Prinsip asasnya adalah membeli pada harga yang rendah daripada nilai instrinsik, asas kepada Value Investing.

Dunia saham seperti sukan bolasepak yang adakalanya kita bersifat menyerang dan adakalanya kita bersifat defensif. Melabur saham memerlukan masa dan kesabaran untuk berjaya tak kira, modal kecil atau besar.

Kesimpulannya, pelaburan saham bukanlah satu medan untuk memperoleh keuntungan dengan cepat. Apa yang disarankan oleh Mohnish Pabraj dalam tips ini boleh digunakan dalam pelaburan sendiri nanti.

Ingat, jangan terburu-buru dalam pelaburan saham.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.businessinsider.com/3-pieces-of-advice-from-value-investor-mohnish-pabrai-2017-10?IR=T
  2. https://economictimes.indiatimes.com/markets/stocks/news/mohnish-pabrais-investment-tip-be-very-harsh-in-stock-picking/articleshow/64410522.cms?from=mdr
  3. https://www.gurufocus.com/news/1003870/mohnish-pabrai-investors-should-learn-from-business-founders-and-make-nobrainer-bets
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Verdant Solar Holdings Berhad Bersiap Sedia Untuk Debut Di Pasaran ACE, Lancar Prospektus IPO

KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2025 – Verdant Solar Holdings Berhad (“Verdant” atau “Syarikat”), penyedia perkhidmatan Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (“EPCC”) serta Operasi dan Penyelenggaraan (“O&M”) untuk sistem fotovoltaik (“PV”) solar di Malaysia, hari ini telah melancarkan prospektus Tawaran Awam Permulaan (“IPO”). Acara ini menandakan langkah penting ke arah penyenaraian Syarikat yang dicadangkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) pada 22 Oktober 2025.

Dengan potensi pertumbuhan kukuh di tengah pasaran hartanah kediaman yang sedang rancak, disokong oleh program solar yang dimulakan kerajaan serta rekod pencapaian terbukti lebih daripada sedekad, Verdant menyasarkan untuk mengumpul hasil kasar dianggarkan sebanyak RM44.02 juta melalui terbitan 142,000,000 saham biasa baharu pada harga IPO RM0.31 sesaham. Berdasarkan modal saham terbitan diperbesarkan Syarikat sebanyak 817,618,243 saham dan harga IPO, permodalan pasaran Verdant dianggarkan berjumlah kira-kira RM253.46 juta.

Hasil daripada IPO akan disalurkan bagi menyokong pengembangan perniagaan Verdant. Daripada jumlah tersebut, 31.80% telah diperuntukkan untuk membiayai penubuhan pejabat cawangan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan; 22.72% akan diperuntukkan untuk pengembangan melalui pelaburan strategik, peluang penggabungan dan pengambilalihan; dan 8.63% akan digunakan untuk meningkatkan infrastruktur digital Syarikat bagi memperkukuh kecemerlangan operasi. Baki selebihnya akan digunakan untuk modal kerja umum dan perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

Sebagai kontraktor EPCC, Verdant terlibat secara utama dalam penyampaian menyeluruh projek solar PV turnkey, meliputi reka bentuk dan kejuruteraan awal, pemerolehan peralatan, pemasangan di tapak, ujian dan pentauliahan, serta perkhidmatan selepas jualan O&M melalui aplikasi Verdant Home App. Syarikat juga menjalankan perdagangan produk solar, termasuk jenama sendiri bagi sistem pengudaraan solar, Verdant Star.

Lim Tzer Haur, Pengarah Urusan Verdant Solar Holdings Berhad berkata, “Penyenaraian kami yang dicadangkan di Pasaran ACE bukan sahaja menandakan satu pencapaian tetapi juga bukti hampir sedekad dedikasi dan kepakaran. Dari permulaan kami pada 2015 hingga menjadi penyedia penyelesaian dan perkhidmatan solar menyeluruh yang dipercayai, IPO ini akan menyediakan platform untuk Verdant Solar mengekalkan dan mempercepatkan pertumbuhan kami. Dipandu oleh tujuan kami untuk ‘Mengubah Cara Orang Mendapatkan Tenaga’, kami kekal komited untuk menjadikan penyelesaian solar dapat diakses oleh semua.”

“Dengan hasil yang diperoleh, kami merancang untuk memperkukuh kehadiran pasaran melalui pejabat cawangan baharu di Melaka, Kuantan, dan Ipoh, berkembang melalui pelaburan strategik serta penggabungan dan pengambilalihan, dan meningkatkan infrastruktur digital kami, termasuk sistem ERP dan CRM serta aplikasi Verdant Home App. Dengan Program Solar ATAP yang bakal memacu permintaan pemasangan solar pada 2026, kami percaya inisiatif ini akan menempatkan kami untuk memanfaatkan peluang ini di Malaysia dan memastikan nilai jangka panjang kepada para pemegang kepentingan,” tambahnya lagi.

Bersempena pelancaran ini, tempoh permohonan untuk IPO Verdant Solar Holdings Berhad akan bermula hari ini (29 September) dan berakhir pada 7 Oktober 2025 jam 5.00 petang. Mercury Securities Sdn Bhd merupakan Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal, dan Ejen Penempatan Tunggal bagi IPO ini.