5 Jenama Barangan Buatan Malaysia Yang Terkenal Di Peringkat Antarabangsa

Ketika kita membeli sesuatu barang, pasti kita akan mencari barang yang terkenal jenamanya. Namun, pernahkah anda membeli barang buatan Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa?

Tanpi kita sedari, ada jenama yang kita memang sentiasa beli adalah berasal dari Malaysia dan terkenal di serata dunia.

Jom kita lihat 5 jenama barangan buatan Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa yang ramai tak tahu.

1. Bonia

Jika kita mendengar nama Bonia buat pertama kalinya, pasti kita akan berpendapat bahawa ia adalah barangan berjenama Itali. Tetapi tahukah anda, Bonia sebenarnya merupakan barangan berjenama buatan Malaysia.

Nama Bonia mendapat inspirasi daripada pereka Itali dan sebab itulah ia seakan-akan daripada Itali. Bonia telah diilhamkan oleh karya seni pengukir abad ke-16 iaitu Giambologna.

Jenama barang buatan Malaysia terkenal antarabangsa ini turut memiliki lesen untuk mengedarkan jenama-jenama lain seperti Jeep, Enrico Coveri dan sebagainya.

2. Yokohama

Kredit Gambar: Yokohama

Bateri keluaran Yokohama, ianya seakan-akan daripada jenama negara matahari terbit. Namun jangan terkejut kerana ia sememangnya dikeluarkan di Malaysia.

Dalam dunia ini, hanya ada dua jenama sahaja yang menggunakan nama Yokohama iaitu pengeluar tayar daripada Jepun dan pengeluar bateri daripada Malaysia.

Yokohama telah ditubuhkan pada tahun 1967 dan berkembang menjadi sebuah syarikat. Ia mengeluarkan produk bateri motorsikal, kereta dan serbaguna. Kini, produk bateri Yokohama dieksport ke 36 buah negara.

3. Mister Potato

Mister Potato merupakan jenama popular di seluruh Malaysia, tapi ramai tak tahu bahawa ianya berasal dari Malaysia. Mister Potato adalah sebahagian daripada produk Mamee yang terkenal dengan Mamee Monster.

Hari ini, Mister Potato boleh didapati di lebih daripada 80 buah negara termasuklah Australia, Singapura, Rusia, Belanda, Maldives dan Timur Tengah.

4. Ogawa

Kredit Gambar: Ogawa World

Satu lagi jenama barangan buatan Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa adalah Ogawa. Mungkin pada mulanya ramai yang menyangka bahawa ianya berasal dari Jepun, namun pada hakikatnya ia sememangnya buatan Malaysia.

Ogawa telah diasaskan pada tahun 1996 oleh Wong Lee Keong dan Lim Poh Khian.

5. Lewre

Lewre telah dilancarkan pada tahun 1997 oleh Datuk Lewre Lew dan rekaannya telah tersebar meluas ke seluruh dunia. Lewre telah menjadi jenama pilihan bagi kerabat diraja dan juga ramai selebriti di Malaysia.

Mungkin ramai yang tidak menyangka, namun itulah hakikatnya yang perlu kita banggakan. Lewre adalah jenama barang buatan Malaysia terkenal antarabangsa sehingga kini.

Akhir kata, banyak lagi jenama barangan buatan Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa. Oleh itu, jangan pandang remeh dengan jenama barangan buatan Malaysia kerana ianya setanding dengan barangan buatan negara lain.

Oleh itu, marilah kita sokong dan membeli barangan buatan Malaysia kerana harganya yang murah namun kualitinya adalah tinggi.

Previous ArticleNext Article

8 Tips Untuk Sentiasa Bermotivasi

Motivasi adalah apa yang membuat kita terus berusaha apabila segala-galanya kelihatan rumit. Ia adalah dorongan yang membawa kita ke hadapan untuk mencapai matlamat kita. Motivasi adalah penting kerana ia membolehkan kita menangani halangan dan ujian. Apabila kita bermotivasi, kita lebih cenderung mempunyai etika kerja yang positif, menjadi produktif, dan mempunyai sikap positif yang membawa kepada kejayaan.

Untuk kekal bermotivasi sepanjang masa adalah sedikit sukar. Kita tidak dapat mengawal mood atau perasaan kita dan kadang-kadang ia berubah dengan cepat tanpa disedari. Artikel ini akan membimbing anda melalui 8 tindakan yang akan membantu anda kekal bermotivasi sepanjang masa.

1. Tetapkan Sasaran

Apabila anda menetapkan sasaran, anda memutuskan untuk bertindak melakukan perkara-perkara yang akan membantu anda mencapai hasil yang anda inginkan. Sasaran membimbing perhatian anda ke arah tertentu yang boleh diukur dan mempunyai matlamat akhir. Ini akan membantu anda kekal bermotivasi. Kajian telah menunjukkan bahawa apabila jurujual menetapkan sasaran, mereka mampu membuat lebih banyak jualan dan apabila seseorang membuat komitmen untuk kuruskan badan (sebanyak 30 kilogram sebagai contoh), mereka akan lebih cenderung untuk meningkatkan tahap kecergasan mereka setiap hari.

2. Pilih Sasaran/Matlamat Yang Menarik Minat Anda

Anda lebih cenderung untuk kekal bermotivasi jika anda melakukan sesuatu yang anda minat daripada melakukan sesuatu yang orang lain inginkan untuk anda. Orang lain boleh memberikan kita matlamat atau objektif yang kita dapati tidak menarik untuk dilaksanakan. Oleh itu, dalam mencapai matlamat, cuba cari sesuatu yang menarik minat anda untuk capai.

3. Jadikan Matlamat Anda Diketahui Umum

Anda harus nyatakn matlamat anda secara terbuka. Jika anda memberitahu semua orang tentang matlamat dan sasaran anda, mereka akan terus mengingatkan anda tentang matlamat anda. Anda akan berasa malu jika anda tidak mencapai matlamat tersebut dan ini akan meningkatkan motivasi anda untuk bekerja keras ke arah mencapai matlamat tersebut. Kebanyakan orang disekeliling anda mempunytai sikap ingin membantu orang lain. Apabila anda nyatakan matlamat anda, mereka akan membantu anda apabila anda menghadapi kesukaran.

4. Merangka Strategi Untuk Mencapai Matlamat Anda

Merangka strategi adalah langkah seterusnya ke arah mencapai matlamat anda. Anda perlu menetapkan visi dan misi yang jelas tentang apa yang anda mahukan dan memikirkan bagaimana ia akan dilaksanakan. Pecahkan matlamat anda kepada aktiviti-aktiviti kecil yang boleh diurus dan tetapkan tempoh masa yang sesuai untuk setiap aktiviti tersebut. Gariskan pelan tindakan terperinci  untuk mencapai objektif anda.

5. Semak Matlamat Dan Kemajuan Anda Secara Berkala

Memantau kemajuan sendiri adalah penting untuk mencapai matlamat. Kita harus bertanya kepada diri sendiri sama ada kita berada di landasan yang betul atau tidak. Sekiranya tidak, bagaimana kita boleh memperbaiki keadaan? Kita perlu sedar apa yang sedang berlaku terhadap rancangan kita, apa yang salah, di mana kita terpesong dan bagaimana kita boleh membetulkannya. Jadikan amalan menyemak pencapaian matlamat kita sebagai sebahagian daripada rutin harian dengan menyimpan jurnal atau menggunakan aplikasi dalam telefon pintar.

6. Mengekalkan Momentum

Mulakan pelaksanaan matlamat anda dengan langkah-langkah mudah dan kecil. Anda mesti sentiasa bermula dengan langkah-langkah kecil dan mudah supaya anda senang mendapatkan momentum. Raikan diri sendiri atas pencapaian anda. Senaraikan perkara-perkara yang “telah siap”. Ini akan mendorong anda untuk bekerja lebih kuat dan bersungguh-sungguh.

7. Dapatkan Mentor

Perbincangan dengan mentor boleh membantu anda mengenal pasti peluang baru, membuka minda anda kepada idea-idea baru, menasihati anda tentang cara menavigasi objektif, dan menjadi komponen penting dalam proses mencapai matlamat anda. Seorang mentor boleh membantu anda memahami apa yang diperlukan berdasarkan kedudukan dan persekitaran anda, mengenal pasti kemahiran yang anda perlukan dan menetapkan objektif bersama-sama. Apabila anda mempunyai visi yang jelas tentang ke mana anda mahu pergi, anda akan lebih didorong untuk mencapai objektif tersebut.

8. Kelilingi Diri Anda dengan Individu Positif

Mengekalkan fokus pada matlamat akhir anda adalah lebih mudah apabila anda mengelilingi diri anda dengan pengaruh yang baik. Anda akan berasa lebih yakin dengan diri sendir apabila dikelilingi individu-individu yang positif. Apabila anda menghabiskan masa dengan individu yang positif, anda akan berasa bertenaga dan bersemangat. Orang yang gembira, sihat, dan optimis dalam pandangan mereka terhadap kehidupan adalah seorang yang berjaya.

Artikel ini ditulis oleh Dr. Ahmad Monir bin Abdullah. Beliau kini bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Keutuhan Tadbir Urus & Akauntabiliti (Grace). Beliau mempunyai pengalaman luas sebagai ahli akademik dan juga pengamal perakaunan dalam industri. Penulis boleh dihubungi di [email protected]

Baca juga:

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami akan kongsikan tips-tips guna strategi Swing dalam saham.

• 24 September 2022 ATAU 15 Oktober 2022 (SABTU)
• 9.30 pagi – 1 tengah hari
• Melalui ZOOM

Yuran PERCUMA jika anda daftar berdua! Jadi cepat ajak kawan atau ahli keluarga join sekali.

Klik link:https://thekapital.my/swing