
Photo by Tima Miroshnichenko from Pexels
Sub Topik
Bukan sahaja lelaki, wanita juga mampu untuk memiliki kekayaan yang tiada tolok bandingnya. Bahkan ada wanita yang mampu menandingi kaum lelaki daripada segi kekakayaan.
Tak percaya? Mari kita lihat antara wanita terkaya di dunia yang ramai tak tahu.
1. Francoise Bettencourt Meyers

Kredit Gambar: Pinterest
Francoise Bettencourt Meyers berasal dari Perancis dan pemilik jenama kosmetik terkenal di dunia iaitu L’Oreal. Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden Yayasan Schueller Bettencourt yang dimiliki oleh keluarganya.
Ibunya, Liliane Bettencourt adalah tunggak penting dalam kejayaan yang dicapai olehnya. Kekayaan beliau mencatatkan jumlah aset sebanyak USD90.8 bilion.
2. Alice Walton

Alice Walton adalah pengasas bersama syarikat runcit terbesar di dunia iaitu Walmart. Kini jumlah kekayaannya mencapai USD63.2 bilion!
3. Yang Huiyan

Yang Huiyan merupakan salah seorang pemilik syarikat hartanah dari China iaitu Country Garden Holdings yang diasaskan oleh bapanya, Yang Guoqiang.
Selama 6 tahun berturut-turut, beliau merupakan wanita terkaya di China. Jumlah asetnya dikatakan mencapai USD33.7 bilion.
4. Jacqueline Mars

Jacqueline Mars memiliki satu pertiga syarikat Mars Inc yang terlibat dalam kilang pembuatan makanan, termasuk coklat M&M yang telah beroperasi sejak 100 tahun yang lalu.
Kekayaannya mencecah USD31.4 bilion. Hanya dengan coklat sahaja, beliau bergelar salah seorang wanita terkaya di dunia.
5. Susanne Klatten

Berasal dari Jerman, Susanne Klatten memiliki 19 peratus saham dalam BMW, Mini Cooper dan Rolls Royce. Jadi tidak menghairankan, kekayaannya itu mencecah USD30.6 bilion.
6. Laurene Powell Jobs

Siapa tak kenal dengan mendiang Steve Jobs, pengasas Apple? Laurene Powell Jobs adalah merupakan isteri kepada Steve Jobs yang legend ini.
Wanita ini merupakan seorang dermawan terkenal dan aset semasa beliau adalah sekitar USD19.9 bilion.
Sumber: Kumparan