Kesihatan Adalah Pelaburan Terbaik, Buatlah Pemeriksaan Kesihatan Hari Ini

Demi masa, sesungguhnya manusia berada kerugian. Gunakan kesempatan yang masih diberi kepada kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:

  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum tua
  • Kaya sebelum miskin
  • Lapang sebelum sempit
  • Hidup sebelum mati

Dengar lagu dendangan kumpulan Raihan ini membuatkan kita terfikir bahawa hidup ini umpama roda. Kejap kita di atas, kejap kita di bawah.

Sebelum ini asyik cerita mengenai cara nak menambah aset atau kekayaan. Tapi kali ini nak kupas tajuk lain iaitu kesihatan.

Health Is Wealth”

Itulah kekayaan sebenar dalam hidup ini. Ada wang banyak namun sakit, tidak dapat nikmati makanan, tidak dapat berjalan melihat ciptaan Tuhan. Apabila diuji dengan kesakitan, terasa hidup sempit kerana lemah dan tidak bermaya.

Sedangkan sekiranya kita sihat walaupun tak punya wang yang banyak, masih juga boleh bergerak ke sana ke sini mencari rezeki.

Selain itu, boleh dapat pelepasan cukai juga,simpan resit sebagai rujukan

Jenis pelepasan cukai: Pemeriksaan kesihatan

Jumlah maksima: RM500 untuk pemeriksaan perubatan penuh, RM6,000 untuk perbelanjaan penyakit yang sukar diubati

Boleh buat saringan kesihatan di lokasi ini :

1. Pathlab

https://www.pathlab.com.my/promotions

2. Sunway Medical Centre

https://www.sunwaymedical.com/health-packages

3. Pantai Hospital

https://www.pantai.com.my/kuala-lumpur/facilities-services/diagnostic-services/health-screening

4. Ramsay Sime Darby

https://www.ramsaysimedarby.com/health-screening/

Boleh lihat di sini untuk pakej yang ditawarkan oleh Ramsay Sime Darby Health Care, Subang Jaya Medical Centre, Ara Damansara Medical Centre dan Parkcity Medical Centre.

5. BP Healthcare

https://shop.doctor2u.my/product-details?id=2928

6. Gleaneagles KL

https://www.gleneagles.com.my/packages-promotions/health-screening-promotion

7. KPJ Tawakal

https://kpjhealth.com.my/tawakkal/Screenings-and-Packages

8. Columbia Asia

https://www.columbiaasia.com/malaysia/hospitals/puchong/packages/basic-health-screening-package-specialist

9. Thomson Hospital

https://thomsonhospitals.com/health-screening-packages/

10. University Malaya Specialist Centre

https://umsc.my/?page_id=691

Semoga dapat dijadikan panduan dan manfaat buat kita semua.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan unit amanah dan takaful di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.