Bagaimana Syarikat Bloomberg LP Dengan Hanya 325,000 Pelanggan Bernilai Berbilion Dolar?

Kebiasaannya untuk menjadi syarikat yang bernilai berbillion dollar, sesebuah syarikat itu haruslah mempunyai pelanggan melebihi 1 juta orang. Situasi ini adalah perkara yang biasa dalam dunia perniagaan selain mempunyai mempunyai produk yang sangat berkualiti.

Walaupun begitu, terdapat syarikat dunia ini yang mempunyai pelanggan yang tidak sampai 500 ribu orang tetapi nilai syarikat tersebut mencecah berbilion dollar.

Hal ini terjadi kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan maklumat pelaburan saham terkenal iaitu Bloomberg L.P.

Syarikat ini merupakan syarikat yang dimiliki oleh Michael Bloomberg, seorang ahli perniagaan terkenal di Amerika Syarikat dan juga pernah menjadi Gabenor New York serta pernah beberapa kali bertanding untuk merebut jawatan Presiden di Amerika Syarikat.

Michael Bloomberg

Kredit Gambar: CNN

Syarikat yang dibangunkan oleh Michael Bloomberg ini secara rasmi mempunyai sebanyak 325,000 pelanggan tetapi market capitalization untuk syarikat ini adalah berjumlah $60 billion.

Kehidupan Awal Michael Bloomberg

Michael Bloomberg merupakan seorang anak imigran yang dilahirkan di Boston, Massachusetts. Beliau merupakan anak kepada pekerja kilang coklat.

Sejak kecil lagi, Michael Bloomberg mempunyai kecemerlangan dalam bidang akedmik. Beliau mempunyai kelulusan dalam kejuruteraan elekrtik dari Universiti Johns Hopkins pada tahun 1967.

Walaupun begitu, kerja pertama yang dilakukannya adalah dalam bidang kewangan iaitu menjadi kerani untuk bank pelaburan Salomon Brothers di New York.

Beliau ditugaskan sebagai peninjau harga pasaran saham dan bond pada ketika itu secara manual. Dengan kredibiliti yang dimiliki dirinya yang bekerja di Salomon Brothers, menyebabkan beliau dinaikkan pangkat menjadi General Partner pada tahun 1972.

Kredit Gambar: Quote Master 

Di Salomon Brothers, beliau mencipta kod programing komputer untuk meninjau harga pasaran saham dengan lebih pantas. Pada era tersebut, kebanyakan harga saham diketahui melalui remiser yang bekerja dengan syarikat broker.

Para pembeli saham perlu menelefon untuk mengetahui harga saham yang mereka inginkan. Dengan pengenalan sistem yang dicipta oleh Michael Bloomberg, proses ini menjadi lebih mudah bagi pelabur saham.

Dibuang Kerja Dan Menubuhkan Syarikat Sendiri

Walaupun nampak menarik, ia tidak dapat menarik perhatian mana-mana syarikat untuk mencuba teknologi yang dibangunkan oleh Michael Bloomberg ini. Pada tahun 1981, Salomon Brothers telah dibeli oleh sebuah syarikat pelaburan Phibro Corporation dan syarikat itu tidak berminat untuk mendapatkan teknologi yang dibangunkan oleh Michael Bloomberg.

Bukan setakat tidak berminat dengan teknologi tersebut, syarikat tersebut telah memecat Michael Bloomberg dari Salomon Brothers kerana mereka beranggapan Michael Bloomberg tidak sesuai dengan budaya syarikat Phibro Corporation. Michael Bloomberg diberi pampasan sebanyak USD10 juta untuk meninggalkan syarikat tersebut.

Walaupun mendapat jumlah wang yang begitu besar, Michael Bloomberg tidak melihat wang tersebut sebagai batu penghalang beliau untuk berevolusi dalam dunia saham. Beliau kemudian menggunakan duit tersebut untuk membangunkan syarikatnya sendiri. Beliau bersama beberapa rakannya membangunkan syarikat yang dinamakan sempena namanya.

Kredit Gambar: Bloomberg

Teknologi yang dibangunkan oleh syarikat Bloomberg L.P itu dinamakan sebagai The Bloomberg Terminal. Teknologi ini sama seperti yang sebelum ini di Salomon Brothers tetapi ditingkatkan dengan lebih hebat lagi. Ini disebabkan pada ketika itu, era digital dalam pasaran saham semakin diterima baik oleh pelabur.

Michael Bloomberg mengenakan caj kepada subscriber sebanyak USD1,000 setiap satu. Walaupun nampak mahal untuk kegunaan pelabur runcit, jika teknologi ini di dalam tangan pengurus hedge fund, ia dapat memberi pulangan yang memberangsangkan dengan segala maklumat kewangan yang terdapat dalam The Bloomberg Terminal. 

Oleh kerana teknologi itu terlalu baru, banyak hedge fund tidak tertarik dengan teknologi tersebut. Akhirnya, Michael Bloomberg berjaya mendapat kepercayaan Merrill Lynch yang berminat untuk mendapatkan teknologi tersebut.

Merrill Lynch melihat teknologi itu bakal memberi sinar baru dalam pelaburan telah membuat penjanjian yang eksklusif dengan Bloomberg L.P.

Dalam perjanjian tersebut, Michael Bloomberg tidak boleh menjual teknologi ini kepada mana-mana syarikat lain dalam tempoh 5 tahun pertama. Michael Bloomberg yang bersetuju dengan terma yang diberikan itu kerana pada ketika itu, tidak banyak syarikat yang berminat untuk menggunakan teknologi tersebut.

Akhirnya pada dekad 1990-an, teknologi ini mula diterima pakai oleh para pelabur di Wall Street.

Kredit Gambar: Commons Wikimedia

Walaupun kini telah banyak syarikat yang membangunkan perisian yang hampir sama dengan syarikat Bloomberg L.P, kebanyakan pelanggan yang menggunakan The Bloomberg Terminal, mereka masih lagi setia dengan syarikat Bloomberg L.P kerana perkhidmatan yang disediakan sangat berbaloi dengan apa yang mereka bayar.

Kehebatan teknologi ini terbukti apabila Michael Bloomberg telah menaikkan yuran langganannya dan pelanggan mereka tidak sedikit pun berkurang dan tetap terus menggunakan The Bloomberg Terminal.

Pelanggan Berpuas Hati Dengan Produk Yang Ditawarkan

Ini kerana pelanggan mereka merasakan berbaloi dengan apa yang dibayar oleh perkhidmatan yang disediakan oleh Bloomberg L.P. Beliau mempunyai pegangan sebanyak 88% syarikat Bloomberg L.P telah menjadi orang ke 20 terkaya di dunia pada tahun ini dengan kekayaan sebanyak $50 billion.

Perniagaan yang dibangunkan oleh Michael Bloomberg telah membuka mata banyak pihak bahawa tidak semestinya mempunyai banyak pelanggan dan harga murah baru kita boleh berjaya tetapi perkhidmatan yang bagus mempunyai kaitan yang hebat dalam perniagaan kita. 

Sumber Rujukan:

Panduan melabur saham global:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.

Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.

Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.

Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma

Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.