Bilionaire Dari Jepun Mencari Pasangan Hidup Untuk Menemaninya Dalam Perjalanan Ke Bulan

Jauh perjalanan luas permandangan, itulah pepatah yang sangat popular untuk seseorang yang suka mengembara atau pergi berjalan-jalan. Ada di kalangan kita yang sanggup berhabis beribu-ribu ringgit dengan megembara atau bercuti ke destinasi pilihan.

Di antara faktor mengapa ramai yang sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi adalah disebabkan untuk merasai sendiri suasana berada di tempat atau negeri orang.

Sebagai contoh, jika di Malaysia tidak mempunyai salji dan kita nak sangat rasa suasana salji yang sebenar, mahu atau tidak kita terpaksa menghabiskan wang untuk ke negara-negara yang ada musim salji.

Tetapi bagaimana jika ada orang yang nak sponsor kita? Bukan pengembaraan untuk mengelilingi dunia, tetapi untuk ke bulan.

Ini bukan cerita rekaan tetapi realiti yang berlaku di Jepun. Seorang bilionaire yang bernama Yusaku Maezawa menawarkan pegembaraan percuma jika kita sanggup menjadi pasangan hidupnya. Beliau merupakan seorang usahawan fesyen online terkenal di Jepun dengan syarikatnya yang bernama Zozo.

Beliau yang kemudianya menjual syarikatnya tersebut kepada Softbank pada harga $3.7billion tahun lepas. Maezawa telah membuat pengumuman melalui laman web rasminya untuk mencari pasangan hidup dengan menemaninya ke bulan menaiki kapal angaksa yang dibina oleh usahawan terkenal dunia, Elon Musk melalui syarikat Space X.

Pada tahun 2018, Maezawa merupakan orang pertama yang telah memberi deposit kepada Elon Musk dan menjadi manusia pertama yang bakal mengembara ke bulan pada tahun 2023. Beliau menarik perhatian dunia kerana telah mendaftar dan membayar deposit untuk perjalanan tersebut.

Di antara syarat yang dikehendaki oleh Maezawa untuk menjadi pasangan hidupnya adalah seorang wanita yang mampu mencintai dirinya dengan sepenuh hati dan wanita tersebut sanggup untuk menaiki kapal angkasa untuk ke bulan.

Wanita itu mestilah single dan berusia 20 tahun dan ke atas. Di antara perancangan yang ingin dilakukan bersama wanita tersebut adalah dia ingin melaungkan kata–kata cinta untuk mereka berdua ketika berada di bulan.

Kalau nak tahu, Maezawa juga terkenal sebagai orang seni. Beliau merupakan seorang pemain dram untuk sebuah kumpulan rock Switch Style di Jepun, ketika masih belum bergelar bilionaire.

Pada tahun 2017, beliau telah membeli hasil lukisan yang dilukis pelukis terkenal Amerika Syarikat, Jean-Michel Basquiat dengan harga sebanyak $110 dan menjadi lukisan termahal yang pernah dijual oleh pelukis Amerika Syarikat.

Di Jepun pula, Maezawa merupakan seorang yang bilionaire yang popular. Pernah suatu ketika beliau menawarkan hadiah yang lumayan kepada pengikutnya di laman sosial Twitter miliknya dengan syarat mereka mestilah retweet mengenai pertandingan itu di Twitter masing-masing.

Beliau menyatakan langkah itu adalah sebagai sebahagian daripada sosial experiment yang dilakukan oleh dirinya untuk mengetahui adakah duit ini dapat memberi kebahagian kepada seseorang.

Hadiah yang disediakan adalah sangat lumayan iaitu ¥1 bilion atau bersamaan $9,000 seorang kepada 1,000 pengikut laman sosial Twitternya yang dipilih secara rawak.

Menurutnya lagi pada tahun lepas, apa yang membuatkanya menyesal adalah dia tidak sempat mengambil maklumbalas dengan mereka yang mendapat ganjaran pada tahun lepas. Untuk pemberian kali ini,dia akan mendapatkan maklum balas dari para pemenang yang berjaya mendapat wang tunai darinya itu untuk mengetahui perasaan mereka apabila berjaya mendapatkan wang tersebut.

Begitulah uniknya cara bilionaire dari Jepun ini berinteraksi dengan masyarakat sekelilingnya. Jika kita rasa diri layak untuk menjadi pasangan hidup Maezawa, tak salah untuk kita mencuba nasib.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.