David Tepper: Pelabur Wall Street Yang Menggunakan Teknik ‘Distress Debt’ Untuk Mengaut Keuntungan

Beliau mungkin tidak sepopular Warren Buffett, Ray Dalio atau George Soros; tetapi bagi pelabur saham di Wall Street nama David Tepper cukup terkenal di sana.

Beliau merupakan salah seorang pelabur yang berstatus bilionaire dengan nilai kekeyaan yang dimilikinya adalah sebanyak USD14 bilion.

David Tepper juga berada di dalam ranking top 10 pengurus hedge fund terkaya di dunia pada tahun lepas.

Ada kisah menarik mengenai David Tepper di mana beliau bermula dari bawah sebagai seorang pelabur runcit dan akhirnya kita menjadi seorang bilionaire.

Semoga kisah ini boleh dijadikan inspirasi kepada kita semua yang ingin berjaya sepertinya walaupun mungkin tidak bertaraf bilionaire.

Latar Belakang David Tepper

Beliau  dilahirkan di Pittsburgh, New Jersey di dalam keluarga pertengahan. Bapanya seorang akauntan manakala ibunya seorang guru sekolah.

Sejak dari kecil lagi, beliau mempunyai ingatan yang kuat mengenai sesuatu yang baru dipelajarinya. Hubungan beliau dan ayah kandungnya yang kurang mesra menyebabkan David Tepper berdikari sejak usia remaja lagi.

Ketika berada di universiti, beliau yang tertarik dengan pasaran saham kerana melibatkan nombor dan statistik. Beliau yang mempunyai kemahiran dalam matematik memberikannya kelebihan kepada dirinya untuk berjaya di dalam pasaran saham.

Selepas menamatkan pengajian di menara gading, beliau bekerja dengan beberapa buah syarikat pelaburan dan yang paling terkenal adalah ketika David Tepper bekerja di Goldman Sachs.

Kejayaan pertama beliau dalam permulaan karier adalah ketika peristiwa Black Monday yang berlaku pada tahun 1987. Di saat ramai pelabur mengalami kerugian yang besar, tetapi David Tepper telah berjaya menjana keuntungan yang besar pula hasil daripada peristiwa tersebut.

Teknik Yang Digunakan Oleh David Tepper

Beliau merupakan seorang yang terkenal dengan menggunakan teknik pelaburan yang dikenali sebagai distressed securities dan junk bonds. Teknik ini sangat berbahaya dan juga hanya pelabur yang mempunyai pengalaman yang tinggi serta modal yang besar sahaja yang boleh melakukan teknik ini.

Secara ringkasnya, beliau akan membeli mana-mana saham syarikat atau bon yang ada dalam pasaran pada ketika itu apabila pasaran berada di tahap bearish.

Kredit Gambar: Page Six

Kebanyakan syarikat yang berada dalam distressed securities ini mempunyai hutang yang tinggi dan harga saham syarikat tersebut adalah rendah. Pelabur yang membeli saham syarikat itu mempercayai syarikat tersebut mampu untuk menjana keuntungan di masa hadapan.

Jika syarikat itu berjaya membuat keuntungan, harga saham syarikat tersebut akan naik. Pada ketika itulah, pelabur menjual saham syarikat yang akan memberi pulangan yang sangat besar.

Kejayaan Yang Diperolehi Oleh David Tepper

Pada tahun 1993, beliau telah menubuhkan hedge fund sendiri yang dipanggil Appaloosa Management. Beliau mengumpul modal daripada kenalannya di Goldman Sachs dan seterusnya menggunakan teknik distressed securities yang telah membawa kejayaan yang besar kepada dirinya.

Yang paling terkenal adalah apabila David Tepper melakukan pertaruhan terhadap tiga institusi gergasi terkenal di Amerika Syarikat iaitu Bank of America, Citigroup dan juga AIG semasa berlakunya krisis kewangan pada tahun 2008.

Teknik ini berjaya di mana ketiga-tiga institusi itu berjaya pulih lalu memberi pulangan sebanyak USD7 bilion.

Walaupun begitu, teknik ini bukanlya sempurnya dan kerugian terbesar pernah dialami oleh hedge fund ini adalah ketika krisis kegawatan ekonomi Rusia pada tahun 1998. Beliau menggunakan teknik junk bond dan akhirnya mengalami kerugian dalam pasaran.

Hari ini, David Tepper mengembalikan semua wang pelanggannya dan kini hedge fund tersebut adalah private di mana beliau hanya menguruskan wang milik persendirian dan kenalan terdekatnya sahaja.

Sumber Rujukan:

Webinar Trick Rempit Ilmu Pelaburan (TRIP)

“Masih runsing hukum & kaedah melabur emas?”
“Risau terciduk dalam pelaburan saham?”
“Apakah kripto ini harta futuristic?”
“Apa? Forex yang patuh syariah? Bukan haram ke?”

Jika anda masih tertanya-tanya mengenai persoalan di atas maka,

Anda hanya perlukan satu TRIP sahaja.

Ya! Trick Rempit Ilmu Pelaburan (TRIP), webinar yang anda wajib sertai.

Daftar sekarang di ->

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.