Dulu Pemandu Lori, Kini Pemilik Rangkaian Kedai Buku Gallery Bookstore

Bagi peminat bahan bacaan, anda pasti pernah mendengar tentang MPH, Kinokuya mahupun Popular. Tetapi ada sebuah lagi rangkaian kedai buku yang sedang meningkat naik iaitu Gallery Bookstore.

Tahukah anda? Gallery Bookstore ini telah di asaskan oleh seolah usahawan Bumiputera?

Gallery Bookstore telah diasaskan oleh Dato’ Hj Mohd Salleh Saidin. Pada peringkat awal, Dato’ Hj Mohd Salleh telah menubuhkan sebuah syarikat penerbitan iaitu Rimbunan Ilmu Sdn, Bhd.

Syarikat ini turut membekalkan pelbagai jenis bahan bacaan untuk sekolah serta agensi-agensi kerajaan.

Kredit Gambar: Rimbunan Ilmu

Sebelum menubuhkan syarikat penerbitan ini, Dato’ Hj Mohd Salleh pernah melakukan pelbagai jenis pekerjaan seperti mengerjakan tanah bendang, menjadi pemandu lori padi dan berniaga di pasar malam.

Beliau juga pernah menimba pengalaman membuat batu-bata dengan menggunakan acuan manual dan dibayar upah hanya 3 sen sebiji.

Sekitar tahun 2001, beliau telah tekad berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Di sinilah beliau menimba pengalaman dalam dunia penerbitan buku apabila beliau berpeluang bekerja dibahagian pemasaran sebuah syarikat penerbitan.

Pengalaman inilah yang digunakan untuk membangunkan syarikatnya. Saru lagi fakta menarik, syarikat penerbitannya juga telah berjaya menerbitkan ribuan naskhah buku tentang ibadah solat dalam bahasa Campa dan Khmer!

Setelah beberapa lama berada dalam dunia penerbitan, beliau mengambil langkah berani dengan menubuhkan anak syarikat Gallery Bookstore Sdn. Bhd.

Kedai buku pertamanya telah dibuka di Masjid Tanah Melaka pada 26 Disember 2015. Sambutan yang menggalakkan ini telah membawa kepada pembukaan beberapa lagi cawangan seperti di Bangi, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Kangsar dan banyak lagi.

Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya memiliki 10 cawangan kedai buku di seluruh negara! Satu pencapaian yang sangat membanggakan untuk seorang usahawan Melayu. Apa yang lebih menarik lagi, cawangan Gallery Bookstore yang terbaru di Taiping Perak telah diasaskan oleh bapa Dato’ Hj Mohd Salleh sendiri.

Kisah kejayaan Dato’ Hj Mohd Salleh boleh di jadikan inspirasi oleh usahawan bumiputera diluar sana. Walaupun tidak mempunyai latar belakang dalam dunia penerbitan, usaha serta minat dalam bidang ini telah membuatkan Dato’ Hj Mohd Salleh menjadi salah seorang usahawan penerbitan yang berjaya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sejarah Lamborghini Yang Bersaing Di Pasaran Supercar Dengan Ferrari

Jika tidak kerana keceluparan Enzo Ferrari, jenama Lamborghini tidak akan wujud pada hari ini. Walaupun nampak macam pelik, itulah hakikat sebenar yang telah berlaku dalam dunia automotif.

Oleh itu, tidak hairanlah Lamborghini merupakan satu-satunya pesaing terdekat kepada Ferrari dalam dunia automotif dan sememangnya jenama tersebut diwujudkan untuk menewaskan Ferrari dalam kategori supercar.

Baca: Kisah Kejayaan Pengasas Ferrari

Enzo Ferrari yang terkenal dengan seorang yang outspoken sering menimbulkan kemarahan pesaing mereka.

Selain Lamborghini, Enzo Ferrari juga turut memperkecilkan kenderaan jenama Ford yang mana akhirnya Ferrari terpaksa akur dengan kekalahan mereka dalam perlumbaan di litar Perancis yang mana kisah ini telah diabadikan dalam sebuah filem yang bertajuk “Ford vs Ferrari”.

Permulaan Lamborghini

This image has an empty alt attribute; its file name is Sejarah-Syarikat-Lamborghini-Yang-Bersaing-Di-Pasaran-Supercar-Dengan-Ferrari2-700x394.jpg
Kredit Gambar: Motor Valley

Kenderaan supercar Lamborghini ini diperkenalkan pada tahun 1963 oleh Ferruccio Lamborghini. Beliau sebelum ini merupakan seorang industrialist yang mempunyai syarikat menghasilkan traktor.

Ferruccio Lamborghini dilahirkan pada tahun 1916 dan pernah membantu Itali dalam Perang Dunia Kedua. Syarikat beliau menyediakan peralatan lori perang kepada Itali semasa berlakunya perang tersebut.

Selepas perang dunia kedua berakhir, perniagaan traktor syarikatnya mendapat tempat di Itali dan menjadikan dirinya seorang yang kaya-raya.

Peristiwa penubuhan syarikat ini berlaku apabila Ferruccio Lamborghini berjumpa dengan Enzo Ferrari di mana pada ketika itu, beliau memiliki sebuah kereta Ferrari dan tidak berpuas hati dengan kenderaan tersebut.

Beliau mengriktik jentera Ferrari yang dikatakan tidak sempurna tetapi malangnya, kritikan itu telah dibalas oleh Enzo Ferrari dengan angkuh sekali.

Dikatakan Enzo Ferrari telah membalas kritikan tersebut dengan mengatakan bahawa beliau tidak perlu mendengar pandangan dari seseorang yang hanya tahu dalam menghasilkan traktor, bukan sebuah supercar.

Kredit Gambar: Motor Valley

Kata-kata tersebut telah membuat Ferruccio Lamborghini terbakar dan beliau berazam untuk membangunkan kenderaan supercar yang lagi bagus daripada Ferrari.

Beliau yang mempunyai banyak kelebihan daripada sudut kewangan, telah membangunkan sebuah syarikat kenderaan menggunakan namanya sendiri iaitu Lamborghini.

Beliau menggunakan lambang lembu kerana horoskop tarikh kelahirannya adalah Taurus.

Kenderaan rasmi pertama keluaran syarikat tersebut dikenali sebagai GT350 yang mempunyai enjin V 12. Seterusnya, kereta GT400 merupakan kenderaan yang terlaris keluaran syarikat tersebut pada era 1960-an.

Perkembangan Lamborghini

This image has an empty alt attribute; its file name is Sejarah-Syarikat-Lamborghini-Yang-Bersaing-Di-Pasaran-Supercar-Dengan-Ferrari4-700x525.jpg
Kredit Gambar: Supercars.Net

Selepas mempunyai syarikat kenderaan supercar, Ferruccio Lamborghini mula fokus kepada syarikat tersebut dan menjual semua saham dalam syarikat traktor.

Kejayaan Lamborghini amat memberangsangkan pada era 1970-an lalu Lamborghini telah menjual semua pemilikan saham syarikatnya kepada pihak luar.

Disebabkan syarikat ini mempunyai prestij yang tinggi, banyak pengeluar kenderaan yang ingin memiliki syarikat ini. Di antara syarikat terawal yang memiliki syarikat ini adalah Chrysler.

Chrysler membeli Lamborghini pada tahun 1987 dan jodoh kedua syarikat ini tidak panjang disebabkan Chrysler tidak memahami pasaran segmen kenderaan supercar.

Lamborghini kemudiannya dijual kepada pelabur luar dan jangan terkejut bahawa negara jiran kita Indonesia pernah memillki Lamborghini ini.

Lamborghini Pada Hari Ini

This image has an empty alt attribute; its file name is Sejarah-Syarikat-Lamborghini-Yang-Bersaing-Di-Pasaran-Supercar-Dengan-Ferrari5-700x356.jpg
Kredit Gambar: The Star

Kebangkitan Lamborghini bermula pada awal tahun 2000 di mana Volkswagen telah membeli Lamborghini dan dijadikan anak syarikat mereka.

Di bawah syarikat terbesar automotif Jerman ini, Lamborghini banyak mendapat sentuhan magis Volkswagen dan menjadi kenderaan yang dipandang tinggi oleh penggemar kenderaan supercar.

Volkswagen telah berjaya menaikkan imej Lamborghini di mata dunia dan kekal menjadi pesaing terdekat kepada Ferrari dalam kategori supercar.

Walaupun mencapai kejayaan yang luar biasa di bawah payung Volkswagen, terdapat ura-ura yang mengatakan Lamborghini akan dijual kepada pihak luar dalam masa yang terdekat.

Baca: Volkswagen Bakal Jual Sebahagian Daripada Bugatti Dan Lamborghini Untuk Fokus Kepada Kenderaan Elektrik

Desas-desus yang bermain di dalam dunia automotif yang menyatakan Volkswagen bakal menjual syarikat tersebut bagi fokus kepada penghasilan kenderaan elektrik bagi menyaingi dominasi Tesla.

Sumber Rujukan: Lamborghini

Majalah Labur