Sub Topik
Sebelum wujudnya telefon pintar dan tablet seperti hari ini, General Magic merupakan syarikat pertama yang telah membawa inovasi terhdap produk tersebut. Syarikat ini merupakan syarikat pertama yang cuba membawa sebuah device yang mana di dalamnya itu boleh berfungsi seperti sebuah komputer pada akhir tahun 1980-an.
Walaubagaimanpun, syarikat ini tidak berjaya membawa inovasi tersebut seperti yang dilakukan oleh Apple disebabkan kekangan teknologi yang masih baru dan masalah pengurusan pasukan dalam syarikat itu sendiri
Sejarah Awal General Magic
Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1990 oleh tiga anak muda yang bernama Marc Porat, Andy Hertzfeld dan Bill Atkinson. Pada era tersebut, komputer baru sahaja mula berkembang dengan pesat. Visi mereka adalah untuk mengkomersilkan sebuah peralatan yang dapat menggantikan komputer dalam sebuah device bersaiz mesra pengguna dan dapat melakukan task sama seperti sebuah komputer.
Kredit Gambar: Nymag
Disebabkan visi tersebut, untuk melahirkan sebuah device seperti itu, mereka perlu bekerjasama dengan syarikat gergasi yang besar dan terkenal di dalam bidang komputer bagi merealisasikan impian tersebut. Pada tahun 1989, Marc Porat telah berjumpa dengan John Sculley yang ketika itu merupakan CEO Apple. Beliau membentangkan idea yang bakal mereka lakukan bersama untuk mengeluakan device tersebut.
Akhirnya John Sculley bersetuju untuk melabur dalam syarikat General Magic yang dilihat sebagai satu model perniagaan baru dalam dunia perkomputeran. Walaupun Apple telah melabur sebahagian kecil terhadap projek ini, pada tahun 1992, Apple telah mengeluarkan produk yang hampir sama dengan idea General Magic iaitu dikenali sebagai Apple Newton.
Apple Newton jika pada hari ini dikenali sebagai perintis kepada iPad. Sambutan yang diterima terhadap produk ini sangat dingin dan ia salah satu tindakan yang menikam General Magic dalam pasaran. Menurut John Sculley, tidak salah untuk mengadakan dua produk dalam pasaran secara serentak dan ia memberi pilihan kepada pengguna.
General Magic pada ketika itu terkejut dengan tindakan Apple lalu mereka telah memutuskan kerjasama dengan syarikat tersebut disebabkan mereka kini adalah pesaing antara satu sama lain.
Kredit Gambar: Hyper Allergic
Walaupun telah memutuskan kerjasama dengan Apple, General Magic masih lagi mendapat kepercayaan syarikat gergasi besar di luar Silicon Valley, antaranya adalah Sony, Philips, Panasonic dan juga AT&T. Mereka percaya dengan konsep yang dibawa oleh General Magic dalam dunia perkomputeran.
Pada tahun itu juga , General Magic telah mengeluarkan software kepada Sony dan Motorolla yang dikenali sebagai Magic Cap. Software yang dibangunkan oleh General Magic memberi banyak masalah kepada hardware yang dibangunkan oleh Sony dan Motorola.
Ia dilihat tidak selari dengan peralatan tersebut. Walaupun begitu, pada tahun 1995, syarikat ini berjaya menarik para pelabur baru semasa proses IPO kerana pelabur yakin dengan teknologi yang dibangunkan oleh General Magic pada masa hadapan.
Sambutan terhadap saham semasa pengapungan begitu luar biasa. Dalam tempoh sehari, nilai saham syarikat ini berjumlah $90 juta, meningkat dua kali ganda pada keesokan harinya. Harapan untuk melihat syarikat ini berjaya semakin kabur apabila Motorolla dan Sony menghentikan kerjasama dengan syarikat General Magic pada tahun 1996 kerana teknologi yang ditawarkan kepada mereka tidak memenuhi kehendak pelanggan pada waktu itu.
Syarikat Terkubur, Tinggalkan Legasi Di Silicon Valley
Akhirnya produk yang sangat hype ini terkubur dengan sendiri dan segala usaha yang dilakukan oleh pasukan mereka tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Pada tahun 2002, General Magic terkubur kerana tidak mampu memenuhi kehendak pasaran.
Begitulah jika visi kita terlalu kedepan berbanding dengan eranya, kita masih tidak mampu untuk membawa misi itu menjadi kenyataan tanpa pengurusan yang betul. Walaupun syarikat ini terkubur, ramai pekerja mereka telah berjaya menjadi pengasas kepada beberapa syarikat terkenal di Silicon Valley termasuk Andy Rubin yang merupakan pengasas kepada perisian telefon pintar Android dan Tony Fadell yang merupakan bapa pengasas iPod.
Sumber Rujukan: