Tips Bagaimana HUAWEI MateBook 14s Boleh Bantu Anda Jadi Lebih Produktif

Hari ini, laptop merupakan alat yang sangat penting bagi membantu kita berjaya dalam perniagaan dan juga kerjaya. Kalau laptop anda sekarang ini sudah mula perlahan atau banyak masalah, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menaik taraf.

Jangan biarkan laptop bermasalah sebagai penghalang untuk anda bertambah maju. Kerana hanya yang laju saja akan menjadi padu.

Tetapi sebelum itu, apa kata kita berkenalan dengan HUAWEI terlebih dahulu.

Peneraju Teknologi Dunia

Siapa yang tak pernah dengar nama HUAWEI? Mereka merupakan peneraju teknologi dunia dan komited di dalam membantu para pengguna membina kehidupan pintar sambil mengukuhkan strategi Kehidupan AI Yang Lancar dan “Peranti Hebat HUAWEI”.

Selain daripada pelbagai laptop keluaran HUAWEI yang dilancarkan sepanjang tahun ini, kini HUAWEI membawakan lagi satu variasi ke dalam pasaran bagi memantapkan lagi pilihan. Memperkenalkan HUAWEI MateBook 14s yang merupakan laptop dengan prestasi yang padu bagi membolehkan anda mempunyai pengalaman pengguna yang lebih baik.

Jom kita tengok laptop ini dengan lebih dekat lagi.

Badan HUAWEI MateBook 14s

Ianya dilengkapi dengan paparan 2.5K Definisi Tinggi HUAWEI FullViewDisplay dengan bezel nipis di sisi bagi menyediakan pengalaman menonton yang lebih mengasyikkan. Resolusi 2.5K (2520×1680 piksel) dan ketumpatan piksel sebanyak 213 ppi memberikan paparan yang sangat menarik serta mampu menyokong imej dan video dengan resolusi tinggi.

HUAWEI MateBook 14s turut dilengkapi dengan Kadar Segar Semula 90Hz yang tinggi, bagi membolehkannya memaparkan imej yang lebih lancar, pergerakan yang lebih semulajadi, dan kandungan yang lebih jelas. Ianya juga datang sekali dengan ciri Pertukaran Kadar Segar Semula Paparan Intel untuk bertukar ke kadar segar semula yang lebih rendah iaitu 60Hz, untuk tujuan menjimatkan tenaga dengan menekan Fn+R.

Nisbah Skrin-ke-Badan yang tinggi iaitu 90% dan Nisbah Skrin-ke-Paparan 3:2 membolehkan anda melihat lebih banyak imej di paparan HUAWEI MateBook 14s ini. 

Ianya turut dilengkapi dengan Pelarasan Kecerahan yang pintar dengan Pensijilan Keselesaan Dwi Mata TUV Rheinland Low Blue Light (Penyelesaian Perkakasan) dan Pensijilan Bebas Kelipan. Laptop ini mampu mengurangkan cahaya biru yang membahayakan mata serta membantu para pengguna mengurangkan keletihan mata – sekaligus melindungi mata anda.

Prestasi HUAWEI MateBook 14s

Dilengkapi dengan Pemproses Generasi Ke-11 Intel® Core™ H, terdapat dua pilihan yang ada. Intel® Core™ i5-11300H dan model Intel® Evo™ Platform yang disahkan iaitu Intel® Core™ i7-11370H memastikan anda boleh pilih untuk prestasi yang lebih baik dan laju, sama ada anda mencipta atau menyunting video atau imej.

Daripada segi bateri pula, laptop ini dilengkapi dengan Pengecas SuperCharge 90W Huawei dengan jangka hayat bateri yang lama. Anda hanya perlu mengecasnya selama 15 minit, ianya sudah cukup untuk baterinya bertahan selama 3 jam. Penyesuai kuasa yang serba boleh membolehkan anda membawanya ke mana-mana dengan mudah, tanpa perlu risau ianya kehabisan bateri ketika sedang berjalan-jalan.

Kemudian kita ada HUAWEI SOUND® dengan empat pembesar suara sekeliling agar anda dapat mendengar dengan sejelas-jelasnya. 

Ianya turut menampilkan empat mikrofon yang diletak di sepanjang sisi laptop ini supaya suara anda boleh didengari dengan jelas apabila anda sedang berada di dalam panggilan persidangan. Penampilan sulung teknologi Penambahbaikan Suara Peribadi HUAWEI (Personal Voice Enhancement), ianya berupaya mengasingkan dan menguatkan suara anda apabila bercakap ke dalam mikrofon. Walaupun anda berada di khalayak ramai atau persekitaran yang bising, tiada masalah.

Sokongan Skrin Sentuh laptop HUAWEI MateBook 14s ini membolehkan anda menggunakannya seperti sebuah telefon pintar, terutamanya apabila mengendalikan tugas menggunakan aplikasi atau semasa sedang di dalam Kolaborasi Pelbagai-skrin.

Inovasi HUAWEI Share Dan Aplikasi Mudah Alih

HUAWEI MateBook 14s merupakan laptop pertama yang memuatkan Enjin Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps Engine) (Versi Beta) ini. Ianya membolehkan anda menggunaan aplikasi mudah alih di laptop. Dengan ini, anda boleh mempunyai paparan yang lebih besar dan lebih lebar menggunakan monitor MateBook apabila menggunakan aplikasi seperti menonton video TikTok, memesan Grab atau membaca berita daripada The Star.

Anda juga boleh mempunyai dua akaun WeChat, satu akaun peribadi di telefon pintar dan satu lagi akaun untuk tujuan kerja dan berniaga. Ianya seperti mempunyai skrin besar daripada telefon anda, membenarkan pengguna melayar dengan selasa dengan skrin HUAWEI FullView, terutamanya mereka yang bermain permainan mudah alih. Versi Beta ini tersedia untuk didaftarkan di Pengurus PC bermula 19 November di HUAWEI MateBook 14s.

Lagi satu ciri menarik iaitu HUAWEI Share membolehkan interaksi di antara telefon pintar dan tablet Huawei dengan sangat mudah. Anda tidak lagi perlu bertukar di antara kedua-dua peranti tersebut berulang kali, hanya perlu fokus kepada satu skrin saja. Terbaik untuk mereka yang sibuk bekerja bagi membolehkan anda melakukan pelbagai kerja serentak menggunakan peranti yang berbeza, sambil bekerja sambil menghadiri mesyuarat pada bila-bila masa dan di mana saja anda berada.

Kini anda juga boleh memindahkan data di antara peranti dengan lebih cekap. Fail-fail boleh dikongsi di antara peranti hanya dengan seret-dan-lepas atau satu ketuk saja. Kandungan juga boleh terus disalin dan ditampal dengan mudah. Anda bukan saja boleh mengawal telefon pintar (atau tablet) menggunakan laptop, tetapi juga boleh mengakses aplikasi telefon (atau tablet) menggunakan laptop tersebut.

Dengan berupaya untuk menjalankan pelbagai tugasan di hanya satu paparan, ianya sekaligus meningkatkan kecekapan dan produktiviti bagi mencapai keseimbangan di antara kerja dan kehidupan. Anda juga boleh menggunakan laptop untuk menjawab panggilan audio dan video di telefon pintar, menjawab panggilan dan menghadiri mesyuarat tanpa menggunakan tangan; membuatkan anda lebih cekap apabila melakukan pelbagai tugasan.

Akan ada ikon telefon pintar yang muncul di dalam antara muka Windows, di mana pengguna boleh melayari dan mengawal dokumen seperti mana anda menggunakan cakera D di sebuah laptop. Dengan berkolaborasi menerusi tablet pula, anda boleh nikmati 3 mod berbeza: Mod Cermin bagi memaparkan kandungan yang sama di kedua-dua peranti, Mod Memanjang bagi menjadikannya seperti monitor mudah alih yang sesuai untuk kerja-kerja perbandingan, dan Mod Kolaborasi bagi berkongsi fail di antara peranti dengan lebih lancar.

Macam mana? Berminat? Nak tahu lebih lanjut mengenainya, sila layari HUAWEI Store Online dan Lazada.

Kini ada promosi terbaik menanti anda, dapatkan HUAWEI MateBook 14s anda hari ini!

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.