Kenali 7 Tokoh Usahawan Yang Bermula Lewat, Tetapi Akhirnya Berjaya Jua

Setiap daripada kita pasti mengimpikan untuk berjaya pada usia muda. Tetapi tidak semua juga daripada kita yang dapat mencapai cita-cita tersebut pada waktunya. Ada yang mungkin mengalami masalah atau cabaran tertentu yang membuatkan kejayaan mereka tertangguh.

Jika kita tidak berputus asa, kejayaan itu pasti akan datang juga walaupun sedikit lewat. Tengok saja senarai tokoh-tokoh di bawah, semoga kita semua mendapat inspirasi daripada kisah mereka.

1. Thomas Siebel

Sumber: Forbes

Beliau merupakan pengasas kepada syarikat software iaitu Siebel System. Beliau merupakan graduan dari University of Illinois dalam bidang sejarah, sains komputer dan engineering. Selepas menamatkan pengajiannya, beliau menimba pengalaman di Oracle Corporation.

Pada tahun 1990, beliau mengambil keputusan untuk berhenti bagi menubuhkan syarikatnya sendiri. Pada tahun 2006 pula, syarikat tersebut telah dijual pula kepada pihak Oracle dengan harga $5.8 billion!

2. Reid Hoffman

Sumber: Fortune

Kalau anda hendak tahu, lelaki ini merupakan pengasar bersama LinkedIn iaitu rangkaian sosial untuk golongan professional yang berorientasikan perniagaan. Graduan dari Standford ini pernah berasa lost. Dia tidak tahu apa yang ingin dilakukan dalam hidupnya.

Beliau pernah bekerja dengan berbagai syarikat besar seperti Apple dan Fujitsu. Beliau juga pernah mereka rangkaian sosial untuk mencari pasangan iaitu SosialNet tetapi ianya mengalami kegagalan. LinkedIn yang ditubuhkan sewaktu berusia 35 tahun pula mula hanya menampakkan kejayaan selepas 8 tahun.

3. Robert Noyce

Sumber: Pinterest

Bagi lelaki ini pula, dia memilih untuk menubuhkan Intel ketika usianya mencecah 40 tahun. Beliau yang digelar ‘Mayor of Silicon Valley’ telah menamatkan pengajiannya diinstitusi terkemuka iaitu MIT. Setelah menamatkan pengajiannya beliau bekerja di Philco Corporation dan kemudiannya di Shockley Semiconductor Laboratory.

Masalah dalaman antara beliau dengan pihak pengurusan telah membuatkan beliau berhenti daripada syarikat tersebut. Dan pada tahun 1968 beliau menubuhkan Intel bersama Gordon Moore.

4. Dave Duffield

Dave Duffield, co-founder and co-chief executive officer of Workday Pleasanton on May 21, 2010 (Photograph by Tony Avelar/Bloomberg)

Sumber: Bloomberg

Lelaki ini membina syarikatnya iaitu PeopleSoft pada usia 47 tahun. Syarikat ini kemudian dibeli oleh pihak Oracle dengan harga $10.7 billion pada tahun 2005. Pada usia 65 tahun pula beliau menubuhkan Workday.

5. John Pemberton

Sumber: Wikimedia

Pengasas awal Coca Cola ini sebenarnya tidak sempat menyaksikan kejayaan minuman ciptaannya ini. Sepanjang hayatnya, dia telah berusaha berbagai cara untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Namun dia tidak pernah berputus asa.

Disebabkan usahanya yang tidak mengenal erti jemu, hari ini kita dapat merasai keenakan minuman terkenal dunia ini.

6. Kolonel Harland David Sanders

Sumber: YouTube

Bagi penggemar KFC, anda pasti dapat membayangkan wajah seorang lelaki tua berjanggut putih bukan? Lelaki itulah pengasas kepada francais ayam goreng terkenal dunia. Namun untuk mendapat kejayaan seperti hari ini bukanlah mudah.

Sanders sering mengalami kegagalan dalam hidupnya tidak kiralah dari segi perniagaan dan juga perkahwinan. Tetapi resepi rahsia ayam gorengnya telah berjaya mengubah nasib Sanders.

7. Ray Kroc

Sumber: Medium

Lelaki yang merupakan pengasas bersama restoran McDonald ini juga mempunyai ceritanya yang tersendiri. Kesempitan hidup menyebabkan beliau terpaksa menipu tentang umurnya untuk menjadi pemandu van ambulance pada usia 15 tahun.

Setelah perang tamat, beliau melakukan pelbagai kerja seperti menjual cawan kertas, ejen hartanah dan juga pemain piano.

Kejayaan Pasti Tiba Satu Hari Nanti

Semua orang mempunyai masa-masanya yang tersendiri. Ada yang bernasib baik berjaya pada usia yang muda. Ada pula yang terlewat sedikit berjaya. Tetapi apa yang penting adalah sikap positif untuk mencapai kejayaan.

Lebih baik terlewat daripada tidak mula langsung…

Sumber Rujukan:

  1. http://www.majalahniaga.com
  2. https://www.forbes.com/profile/thomas-siebel/
  3. https://www.forbes.com/profile/reid-hoffman/
  4. https://en.wikipedia.org/wiki/Robert_Noyce
  5. https://www.forbes.com/profile/david-duffield/
  6. https://en.wikipedia.org/wiki/Ray_Kroc
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.