Kisah Berliku Volkswagen Sebelum Menjadi Syarikat Kenderaan Terbesar Dunia

Kalau sebut sahaja kereta Volkswagen, kita pasti terbayang kereta comel berbentuk kumbang bukan? Tapi thukah anda bahawa idea pembuatan kereta ini merupakan idea asal pemimpin yang ditakuti dunia, iaitu Adolf Hitler!

Idea ini bermula apabila Hitler mendapati bahawa hanya 1 daripada 50 orang rakyat Jerman yang mampu memiliki kereta berbanding dengan 1 daripada 5 orang di Amerika Syarikat. Dr. Ferdinand Porsche kemudian dipertanggungjawabkan untuk merekabentuk Volkswagen pertama dengan konsep kereta untuk rakyat.

Pada tahun 1937, sebuah syarikat ditubuhkan oleh Kesatuan Perdagangan Nazi, Deutsche Arbeitsfront. Prototaip pertama kenderaan ini kemudian dipamerkan di Pertunjukan Motor Berlin pada 1938.

Bagi memastikan ramai rakyat Jerman boleh memiliki kenderaan kebangsaan ini, Hitler telah memperkenalkan satu skim simpanan mudah iaitu pembeli hanya perlu membayar hanya 5 Reichsmark seminggu.

Setelah simpanan mereka mencapai 990 Reichsmark, pembeli boleh mendapatkan kereta tersebut dan menyambung bayaran unttuk tempoh 4 tahun. Lebih menarik lagi, kanak-kanak boleh turut serta dalam skim pembelian ini.

Menurut rekod seramai 336,668 orang telah membayar 110 juta Reichsmark ke dalam akaun mereka. Tetapi malangnya mereka hanya sempat mengeluarkan beberapa buah kereta sahaja kerana perang yang tercetus.

Dan tiada seorang pelanggan pun yang sempat memiliki kenderaan ini.

Kilang ini kemudiannya dijadikan kilang untuk menghasilkan kenderaan untuk tentera Jerman. Setelah perang tamat, masa depan Volkswagen kembali menjadi tanda tanya.

Pihak British pada mulanya ingin menutup kilang ini kerana peranannya dalam menghasilkan peralatan ketenteraan. Idea ini kemudiannya ditentang oleh pegawai British iaitu Major Ivan Hirst kerana beliau melihat potensi yang ada pada syarikat ini.

Pada tahun 1945, British telah menempah sebanyak 20,000 buah kenderaan untuk kegunaan selepas perang. Mereka diberikan 20 juta sebagai modal dan pada penghujung tahun tersebut kilang ini berjaya menghasilkan 58 buah kereta.

Tetapi jumlah ini tentunya sangat kecil. Mereka diarahkan untuk mengeluarkan sebanyak 1,000 buah kenderaan jika tidak kilang tersebut akan ditutup.

Melihat kepada kewujudannya sehingga ke hari ini, ianya membuktikan bahawa Volkswagen telah berjaya menempah namanya sendiri dalam industri automatif dunia. Volkswagen kini merupakan salah sebuah pengeluar kereta terulung dunia.

Kini syarikat ini bukan sahaja mengeluarkan kereta Volkswagen, tetapi ia juga turut menjadi pemilik kepada jenama-jenama mewah lain seperti Audi, Porsche, Lamborghini, Bentley, Bugatti dan banyak lagi.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.majalahniaga.com/adolf-hitler-buatkan-volkswagen-jadi-jenama-syarikat-kereta-paling-berpengaruh-di-dunia.html
  2. https://www.britannica.com/topic/Volkswagen-Group
  3. https://www.bbc.com/news/business-34358783

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Peniagawati Mengumumkan Majlis Minum Petang DiRaja 2026 Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-45

KUALA LUMPUR, 26 November Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia (Peniagawati), persatuan usahawan wanita Bumiputera premier di Malaysia, hari ini mengadakan sidang media di Pavilion Peniagawati, Dewan 3, Aras 1, MITEC Kuala Lumpur bagi memperkenalkan acara Majlis Minum Petang DiRaja 2026 sempena ulang tahun ke-45 persatuan.

Majlis berprestij ini akan dihadiri oleh dua Tetamu Kehormat DYMM Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, dan DYMM Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu. Majlis Minum Petang DiRaja dijangka menghimpunkan kira-kira 400 tetamu, termasuk ahli, rakan kerjasama, dan tetamu kehormat.

Sejak 1980, Peniagawati menjadi tulang belakang kepada pembangunan usahawan wanita Bumiputera. Ulang tahun ke-45 ini menandakan komitmen baharu untuk memperkasakan wanita melalui program pembangunan kapasiti denagan adanya lima zon Chapter baru, rangkaian strategik, dan pengukuhan organisasi di bawah kepimpinan Presiden Dato’ Hjh Emmy Suraya Hussein.

Peniagawati turut mengumumkan pelancaran lima zon Chapter-Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak serta kemas kini kepada Perlembagaan Peniagawati bagi memperkukuh tadbir urus, operasi Chapter, dan sokongan kepada ahli.

Antara acara utama ialah pengumuman Logo Rasmi Ulang Tahun Ke-45 yang dipilih daripada penyertaan seluruh negara, membawa simbolik kepada perpaduan, kemajuan dan semangat wanita Peniagawati.
Maklumat lanjut mengenai Majlis Minum Petang DiRaja 2026 termasuk tiket dan penajaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.