Mansuh PTPTN Adalah Tak Logik

Sementara kita menunggu kerajaan baru dan basiran kabinet yang baru dibentuk, jom kita jenguk semula salah satu janji pilihanraya sebelum ini berkenaan isu pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Untuk itu, kita bersama-sama dengan Tuan Ikmal Nordin untuk mengupas topik yang kembali hangat ini.

[PTPTN – Pasir Jerlus Kewangan dan Politik]

Janji PTPTN ni janji yang ‘sure win’. Lebih-lebih lagi sebab pengundi muda semakin ramai. Lepas ni pengundi pula umur 18, yang bakal masuk IPT dan perlukan biasiswa/pinjaman untuk belajar.

‘Bila kami pegang kerajaan kami akan mansuhkan hutang PTPTN!’

Horey, kita kata. Undilah macam ni, tak payah bayar hutang. Tapi bila masuk kerajaan tak ada siapa yang dapat mansuhkan PTPTN. PH tak boleh. PN pun tak boleh. PAS baru sedar yang dia tak boleh.

Gabungan/pakatan/koalisi baru 10 tahun akan datang pun akan bergelut dengan masalah PTPTN. Kenapa susah sangat nak selesai isu ni?

PERTAMA : Faham keadaan kewangan PTPTN

PTPTN yang sihat sepatutnya berfungsi begini: kerajaan atau mana-mana institusi kewangan bagi pinjaman awalan (seed money) supaya PTPTN boleh mulakan proses bagi pinjaman kepada para pelajar. Bila pelajar-pelajar tadi habis belajar, mereka bayar balik hutang PTPTN dan duit bayaran semula tu digunakan sebagai ‘rolling capital’ untuk bagi pinjaman kepada pelajar-pelajar baru.

Kalau semua berjalan lancar tak perlu suntikan dana tambahan, atau kalau perlu pun sikit-sikit.

Hasil PTPTN pula datang daripada ‘ujrah’ atau bayaran pentadbiran yang dibayar oleh peminjam-peminjam tadi. Hasil ni digunakan untuk bayar perbelanjaan PTPTN, seperti pulangan/faedah atas pinjaman dan kos-kos lain.

Ini kalau sihat. TAPI MASALAHNYA PTPTN ni seperti pesakit Covid yang perlu dirawat secara intensif. Untuk tahun 2016, hasil PTPTN sebanyak RM3.1 bilion dan belanjanya RM2.3 bilion , mendatangkan profit RM745.9 juta.

‘Wau, ada untung! Tak payah bayar la!’

Nanti dulu. Daripada hasil RM3.1b tu, RM1.9b datang daripada geran kerajaan. Kalau tolak geran ni PTPTN rugi RM1.1b. Dana terkumpul PTPTN cuma RM1.6b, jadi kalau rugi banyak macam tu dana terkumpul boleh tahan selama setahun lebih je.

Lepas tu tak boleh bagi pinjaman dah kepada student-student baru melainkan PTPTN dapat suntikan tambahan.

Mana-mana bisnes yang survive atas dasar bantuan dan ‘bail-out’ daripada kerajaan memang tak boleh hidup lama. Ia ibarat pesakit yang perlu duduk dalam mesin ‘life support’. PTPTN tak boleh tampung perbelanjaannya yang banyak setiap tahun kerana tak ramai yang bayar balik (hanya 57% pada tahun 2016), dan hutang yang dibayar kadang-kadang diberi diskaun atau dilupuskan.

Kita sebagai student suka dapat diskaun, tapi kena sedar yang benda ni ada implikasi kewangan kepada PTPTN.

KEDUA : Isu PTPTN bukan setakat isu pinjaman pelajaran. PTPTN sendiri berhutang kepada orang

PTPTN berdiri atas hutang dan geran. Kutipan PTPTN tahun 2016 RM3.43b, manakala pinjaman baru yang diberikan sebanyak RM4.3b. Kat situ kita nampak dah ‘short’ RM0.9b.

‘Short’ ni dah berlaku selama bertahun-tahun, dan akibatnya PTPTN kena pinjam daripada bank-bank. Jumlah pinjaman dah melebihi RM40 bilion.

Bila dah pinjam kena bayar balik, dan bayaran faedah ni saja melebihi RM1.7b setiap tahun. Ingat tak kita bincang tadi tentang geran kerajaan RM1.9b? Kebanyakan daripada geran tu guna untuk bayar faedah kepada bank.

Kalau kerajaan bayarkan terus hutang tu boleh ke? Dah tak ada ‘interest charge’ tahunan, dan lepas tu kerajaan saja lah yang tampung bila PTPTN ‘short’. Secara teorinya boleh, tapi hutang PTPTN dah melebihi RM40b, jadi banyak juga tu. Bersamaan dengan separuh daripada jumlah gaji penjawat awam.

Jadi kalau potong gaji, potong projek dan potong pembekalan untuk settlekan hutang PTPTN satu langkah politik yang tidak bijak. Masa tu mesti orang akan kata ‘kenapa peruntukan kami kena potong? Dah pinjam pandailah bayar!’

Sebab itu solusi ‘mansuh hutang PTPTN’ tidak logik untuk dilaksanakan dan hanya dilaung-laung oleh orang populis atau yang tak mahu berdepan realiti. Sebab ia melibatkan kos yang sangat besar, dan niat asalnya supaya tabung itu berdiri sendiri, dengan bayaran balik cukup untuk keperluan generasi akan datang.

Siapa yang janji macam tu akhirnya akan sedar yang PTPTN ni pasir jerlus yang memerangkap sesiapa yang tak berhati-hati.

Solusi yang kita boleh buat di peringkat individu: bayar balik semampu mungkin,

Dan

Kalau ada anak mula menabung untuk pendidikan mereka. Biasiswa makin sikit dan mungkin tidak ada masa mereka besar nanti. Prioriti itu penting, pilihlah setiap hari nak beli sekotak rokok, mengumpul untuk sport rim atau memudahkan anak-anak untuk belajar.

Kredit: FB Ikmal Nordin

Daripada kita mengharapkan sesuatu yang tak pasti, lebih baik kita tumpukan perhatian untuk membayar balik hutang. Kerana bayar balik hutang adalah wajib.

Jemput baca:

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Banyak Keistimewaan Jadi Miskin di Malaysia?

Jangan salah faham. Menjadi miskin bukanlah satu keistimewaan. Tetapi di Malaysia, golongan berpendapatan rendah dan keluarga yang benar-benar memerlukan memang mempunyai akses kepada pelbagai bentuk bantuan kerajaan.

Antaranya:

1. STR – Sumbangan Tunai Rahmah
Bantuan tunai kepada golongan yang memenuhi syarat pendapatan dan kategori ditetapkan.

2. SARA – Sumbangan Asas Rahmah
Bantuan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad.

Penerima STR 2026 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2026 berjumlah RM200 / RM150 / RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).

3. Bantuan perumahan
Ada skim seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR), selain skim sewaan atau subsidi tertentu untuk keluarga berpendapatan rendah.

Keluarga berpendapatan kasar isi rumah sehingga RM3,000, belum memiliki rumah dan memenuhi syarat boleh memohon PPR.

4. Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Ini berbeza dengan PPR.

Contoh:
Keluarga berpendapatan rendah mempunyai tanah sendiri tetapi belum mempunyai rumah yang sesuai boleh melihat kelayakan RMR.

Antara syarat yang dinyatakan SPNB ialah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 dan pemohon/pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna. Tanah yang sesuai juga diperlukan.

Cara mohon:
Permohonan dibuat melalui SPNB dan dokumen berkaitan tanah, pendapatan serta maklumat keluarga perlu disediakan.

5. Bantuan JKM
Ini antara yang ramai tak tahu sebab bantuan JKM bukan satu jenis sahaja.

Contohnya terdapat bantuan berkaitan kanak-kanak, warga emas, OKU, penjagaan dan keadaan keluarga tertentu.

Cara mohon:
Permohonan boleh dibuat melalui sistem eBantuan JKM bagi negeri yang menyokong permohonan dalam talian, kemudian pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bersama dokumen sokongan.

Terdapat pelbagai skim mengikut keadaan penerima, termasuk bantuan kanak-kanak, warga emas dan bantuan am.

6. Bantuan Kesihatan – mySalam

Skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Bagi penerima yang layak pada 2026, mySalam menyediakan manfaat seperti hospitalisasi sehingga RM700 setahun dan RM8,000 untuk penyakit kritikal yang dilindungi, tertakluk kepada syarat skim.

Cara mohon:
Semak kelayakan di Portal mySalam. Jika layak dan berlaku kejadian yang dilindungi, tuntutan dibuat secara dalam talian dengan memuat naik dokumen seperti nota discaj atau borang doktor.

7. Bantuan pendidikan
Bantuan yuran, tuisyen, biasiswa dan pelbagai bentuk sokongan pendidikan disediakan secara bersasar untuk keluarga yang memerlukan.

  • BAP (Bantuan Awal Persekolahan) → bantuan tunai RM150 seorang murid untuk murid yang layak.
  • RMT (Rancangan Makanan Tambahan) → murid yang layak mendapat makanan pada setiap hari persekolahan; KPM menetapkan sehingga 190 hari setahun.
  • KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) → bantuan khusus untuk membantu murid miskin supaya tidak tercicir daripada persekolahan.
  • BKP (Biasiswa Kecil Persekutuan) → antara bantuan kewangan pendidikan yang disenaraikan KPM untuk murid yang memenuhi syarat.
  • Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK) → bantuan khusus untuk murid yang memenuhi syarat berkaitan pendidikan khas.

8. Bantuan zakat
Bagi orang Islam yang layak, boleh memohon bantuan daripada institusi zakat negeri masing-masing.

Contohnya bantuan boleh melibatkan:

  • sara hidup
  • pendidikan
  • perubatan
  • sewa/rumah
  • bantuan kecemasan
  • modal perniagaan

Cara mohon:
Bergantung kepada negeri. Contohnya di Selangor, permohonan dibuat melalui saluran rasmi institusi zakat negeri dan biasanya memerlukan dokumen pendapatan, tanggungan, tempat tinggal dan dokumen sokongan berkaitan.

9. Bantuan pekerjaan & latihan
Kerajaan juga menyediakan program pekerjaan dan latihan kemahiran untuk membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan.

MYFutureJobs
Portal pekerjaan nasional yang dikendalikan PERKESO. Boleh cari kekosongan kerja, daftar sebagai pencari kerja dan dapatkan khidmat padanan pekerjaan.

TVET
Kalau nak belajar kemahiran seperti automotif, elektrik, kimpalan, penyelenggaraan, teknologi dan sebagainya, boleh semak institusi TVET kerajaan dan permohonan melalui UP_TVET.

HRD Corp
Terdapat pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan pekerjaan, bergantung kepada program serta kelayakan peserta.

Program penempatan pekerjaan PERKESO
PERKESO juga menjalankan program padanan pekerjaan, karnival kerjaya dan penempatan pencari kerja dengan majikan.

10. Bantuan membaiki atau membina rumah
Program bantuan perumahan turut merangkumi pembinaan baharu dan baik pulih rumah, khususnya bagi isi rumah miskin tegar.

Contoh 1 : Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar

KPKT ada Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar untuk isi rumah yang memenuhi syarat kemiskinan, termasuk yang disahkan dalam eKasih.

Contohnya rumah mengalami:

  • bumbung rosak
  • kerosakan akibat banjir/ribut/kebakaran
  • kerosakan kecil kerana faktor usia
  • keadaan rumah yang tidak lagi selesa tetapi masih ekonomik untuk dibaiki

Kadar bantuan maksimum yang dinyatakan KPKT ialah RM13,000 di Semenanjung dan RM15,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

11. Bantuan / inisiatif sewa rumah mengikut negeri

  • Selangor → Skim Smart Sewa – sewa pada kadar berpatutan + 30% bayaran sewa boleh dikumpulkan untuk membantu pemilikan rumah.
  • Johor → Bantuan Sewa Rumah Perumahan Kasih Johor – bantuan RM2,500 kepada penerima yang layak. Antara penambahbaikan yang diperluaskan bagi Bantuan Sewa Rumah ialah syarat kelayakan dengan membuka peluang kepada pelajar IPTA/IPTS di Negeri Johor untuk memohon.
  • Sarawak → Skim Bantuan Sewa Rumah (SRAS) – bantuan sewa untuk isi rumah yang memenuhi syarat.
  • Perak → Skim Bantuan Sewa Rumah MAIPk – bantuan sewa sehingga RM500 sebulan untuk asnaf yang layak.

12. Nak berniaga tetapi perlukan bantuan

Contohnya di Selangor:

  • Dana Usahawan Madani Selangor menyediakan bantuan dalam bentuk mesin dan peralatan perniagaan sehingga RM30,000, tertakluk kepada syarat kelayakan. Ini geran bukan pinjaman. Tetapi setiap program ada syarat, kategori penerima dan tempoh permohonan tersendiri.
  • Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor menyediakan bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil bernilai sehingga RM10,000. Program ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi peniaga kecil melalui pemberian bantuan peralatan atau mesin berdasarkan perniagaan yang sedang dijalankan.

Jadi, betul ke “banyak keistimewaan jadi miskin”?

Banyak bantuan disediakan untuk mereka yang berada dalam keadaan miskin atau berpendapatan rendah. Dan bantuan ini bukan bermaksud hidup mereka lebih mudah.

Sebab di sebalik setiap bantuan itu ada satu perkara yang kita selalu terlupa:

Miskin tetap bermaksud mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Bantuan kerajaan mungkin meringankan beban, tetapi tidak semestinya mengubah kehidupan seseorang menjadi senang.

Bantuan ialah jaring keselamatan. Bukan tiket untuk hidup mewah.

Bantuan ini diwujudkan untuk membantu mereka yang layak. Gunakan bantuan sebagai ruang untuk meringankan beban, bukan untuk mengambil kesempatan.

Dan jangan lupa, Islam juga mengajar kita untuk berusaha mencari rezeki.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seseorang makan makanan yang lebih baik daripada hasil kerja tangannya sendiri.”
— Riwayat al-Bukhari