Siapakah Gerangan Jeff Bezos

Anda kenal dengan Jeff Bezos? Beliau merupakan founder syarikat e-dagang terkemuka dunia iaitu Amazon, dan merupakan sumber inspirasi kepada ramai orang. Kalau nak tahu, beliau merupakan seorang yang bermula dari bawah, dan perlahan-lahan merongkak langkah ke puncak kejayaan.

Dan pada awal September 2018 yang lalu, Amazon Menjadi Syarikat Kedua Bernilai $1 Trilion US Dolar. Dah boleh geng dengan syarikat Apple, yang merupakan syarikat pertama di Amerika Syarikat Yang Bernilai $1 Trilion US Dolar.

Orang Terkaya Di Dunia

Jeffrey Preston Bezos adalah nama panjang beliau dan kalau nak tahu, Jeff Bezos merupakan orang terkaya di dunia. Menurut kepada senarai yang dikeluarkan Forbes bertajuk The World’s Billionaires, beliau bernilai $112 bilion US Dolar.

Sumber: Forbes

Lahir Pada 12 Januari 1964

Kalau diikutkan, kini Jeff Bezos berumur 54 tahun. Beliau dilahirkan di Albuquerque, New Mexico dan dibesarkan di Houston, Texas. Beliau merupakan graduan daripada Universiti Princeton dengan ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan elektrikal dan sains komputer.

Beliau kemudiannya menubuhkan Amazon pada penghujung tahun 1994 di garaj rumahnya sendiri. Ianya bermula dengan hanya menjual kedai buku atas talian, dan kini Amazon menjual segala jenis barangan yang ada di dunia.

Kini Amazon merupakan syarikat e-dagang terbesar dunia, dan merupakan pembekal terbesar dunia dalam perkhidmatan infrastruktur awan menerusi Amazon Web Services.

Nak maju dan berdaya saing, perlu ikut peredaran zaman.

Dan kalau dulu orang biasa pesan barang online dan dihantar melalui van atau motorsikal, Amazon dah bertahun rupanya membuat hantaran menerusi dron dalam masa tak sampai sejam.

Syarikat Pandai Buat Duit, Semakin Ramai Pelabur, Lagi Kaya Jeff Bezos

Sumber: Google

Kalau nak tahu, Jeff Bezos merupakan pemegang saham terbesar Amazon iaitu sebanyak 78.8 juta saham syarikat setakat Ogos 2018.

Pengiraan mudah nilai pegangan saham * harga saham

78.8 juta saham * $1,987.15 US Dolar

Bersamaan $156,587,420,000 atau $156 Bilion US Dolar

Ini bermakna senarai Forbes di atas dah outdated!

Semakin tinggi pendapatan dan keuntungan Amazon, semakin ramai pelabur membeli saham kerana percaya dengan prestasi syarikat yang semakin berkembang, maka semakin kayalah Jeff Bezos.

Alah, korang apa tahu, akaun CDS pun belum buka. Tapi berangan nak jadi orang kaya tahap bilionair. Pergi baca Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10.60 sahaja.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.