Teknik ‘Unboxing’ Di Youtube Menjadikan MGA Entertainment Syarikat Permainan Terkenal Dunia

Industri permainan kanak-kanak merupakan industri yang sangat besar. Kalau nak tahu, pada tahun lepas industri ini bernilai sebanyak USD90.7 bilion.

Antara syarikat yang terkenal dalam industri permainan kanak-kanak ini adalah Mattel yang merupakan salah sebuah syarikat permainan terbesar di dunia.

Mattel merupakan syarikat permainan pertama yang menggunakan menggunakan iklan di televisyen sebagai untuk memperkenalkan permainan mereka kepada orang ramai.

Kini zaman telah berubah di mana pengiklanan melalui televisyen telah tidak lagi relevan.Walaupun bilangan syarikat yang menghasilkan permainan kanak-kanak semakin banyak, ia tidak semestinya syarikat permainan tersebut dapat menguasai pasaran.

Lihat saja pada tahun 2017, apabila syarikat gergasi Toys R Us telah diisytiharkan muflis kerana tidak mampu untuk bersaing dengan syarikat permainan yang lain.

Kini, sebuah syarikat permainan yang ditubuhkan pada tahun 1979 yang dulunya tidak begitu popular, tetapi telah berjaya menguasai pasaran dalam tempoh yang singkat. Rahsia terbesar yang dilakukan syarikat MGA Entertainment ini adalah melalui kerjasama dengan influencer atau YouTuber terkenal.

Pengiklanan Melalui YouTube

Kredit Gambar: BBC

YouTube merupakan sebuah medium terkenal dalam menghasilkan video content di media sosial. Di antara influncer terkenal dalam menghasilkan video kandungan untuk permainan kanak-kanak ini adalah Ryan Kaji melalui Ryan’s World.

Beliau merupakan salah seorang YouTuber termuda yang berjaya mencapai subscriber seramai 30 juta orang.

Baca: Ryan ToysReview: Dengan Pendapatan RM92 Juta Setahun, Kenali Jutawan Berusia 9 Tahun Ini

Fenomena YouTube dalam pengiklanan komersial ini bermula apabila Ryan Kaji membuka mainan yang dibelinya dan dipamerkan di dalam YouTube. Sambutan yang diterima oleh video unboxing yang dilakukan oleh Ryan Kaji ini menjadi fenomena yang luar biasa.

Ramai kanak-kanak gemar melihat permanian yang di-unboxing dalam YouTube. Ini menyebabkan banyak syarikat mula bekerjasama dengan YouTuber bagi mengembangkan pasaran mereka di dalam dunia permainan kanak-kanak.

Inilah yang berlaku kepada syarikat MGA Entertainment. Syarikat ini merupakan salah sebuah syarikat permainan kanak-kanak yang paling berjaya pada ketika ini.

Kaedah ini bermula apabila pengasas syarikat MGA Entertainment, Isaac Larian memberitahu anaknya bahawa dia akan menjual barangan permainan kepada kanak-kanak melalui pemasaran yang unik.

Anak-anaknya tidak mengambil serius kenyataan Isaac Larian dan sempat bergurau dengan mereka bahawa bapanya tidak akan mampu untuk menjual permainan untuuk kanak-kanak.

Anaknya ada mencadangkan kepada Isaac Larian untuk melihat bagaimana cara unboxing menggunakan telefon pintar.

Gunakan YouTube Untuk Perkenalkan Permainan Kepada Kanak-Kanak

Kredit Gambar: YouTube

Isaac Larian mula mengambil serius cadangan yang dikemukakan oleh anaknya itu dan melihat di YouTube cara unboxing telefon pintar keluaran Apple. Apa yang mengejutkanya adalah sambutan yang diterima sangat luar biasa.

Isaac Larian mula mencari unboxing video untuk permainan kanak-kanak dan beliau begitu takjub dengan views yang diterima walaupun kadang kala unboxing permainan kanak-kanak ini amat bosan bagi pengguna yang sudah berumur sepertinya.

Dari situ, belia mendapat idea tentang konsep barangan permainan yang bakal dikeluarkan.

Syarikatnya kemudian telah mengeluarkan permainan yang diberi nama Lol Surprise. Lebih menarik apabila pembeli tidak tahu jenis mainan yang dibeli mereka kerana ianya diletakkan di dalam bekas berbentuk telur.

Perkara ini menyebabkan ramai pembeli teruja membeli Lol Surprise yang dijual oleh MGA Entertainment ini.

Dengan bekerjasama bersama-sama dengan influencer, ianya telah menjadikan unboxing permainan yang dihasilkan oleh LOL Surprise suatu fenomena dalam YouTube. Ianya bukan saja mampu menjadi tarikan kepada kanak-kanak malah orang dewasa juga turut tertarik dengan kaedah tersebut.

Permainan yang dihasilkan di bawah jenama  Lol Surprise adalah LOL Surprise Lil Sisters, LOL Surprise Pets dan LOL Surprise Tots.

Kejayaan yang diperolehi oleh LOL Surprise ini sangat luar biasa sehingga berjaya duduk sebaris syarikat dengan permainan daripada keluaran syarikat gergasi seperti Marvel dan Jurassic World.

Kini MGA Entertainment berjaya menjual produk permainan mereka dengan menggunakan teknik marketing melalui YouTube dan bekerjasama dengan YouTuber yang berpengaruh.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.