Yelena Baturina – Wanita Terkaya Dan Paling Berpengaruh Di Rusia

Yelena Nikolayevna Baturina atau lebih mesra dengan nama Yelena Baturina, dilahirkan pada 8 Mac 1963. Beliau merupakan seorang usahawan wanita, philanthropist (dermawan), bllionaire dan banyak lagi.

Ketika artikel ini di tulis nilai aset kekayaan beliau dianggarkan oleh Forbes sekitar $1.2 bilion dan sekaligus masih kekal memegang status wanita terkaya dan berpengaruh di Rusia.

Yalena merupakan penduduk Moscow yang telah memulakan karier pekerjaan, selepas menamatkan pengajian dari sekolah menengah Beliau bekerja sebagai seorang juruteknik reka bentuk di sebuah kilang sejuk beku iaitu tempat ibu bapanya bekerja sebelum itu.

Beliau kemudian menamatkan pelajaran peringkat ijazah di Ordzhonikidze State University of Management di Moscow pada tahun 1986.

Perjalanan Hidup Dalam Pekerjaan

Tahun 1980-1982: Perancang dan Juruteknik kilang, kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Jurutera Kanan rekabentuk teknologi kilang tersebut.

Tahun 1982-1989: Penyelidik bagi Institut Pembangunan Ekonomi Bersepadu Moscow dan Kesatuan Koperasi Persekutuan Rusia. Kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Senior Specialist Suruhanjaya The Mosgorispolkom Commission on Cooperative Activity.

Sejak tahun 1989, beliau terlibat di dalam aktiviti perniagaannya sendiri. Di sinilah titik permulaan beliau mengorak langkah dalam perniagaan.

Suaminya, Yury Luzhkov

Baturina bertemu suaminya iaitu Yury Luzhkov, pada tahun 1987 ketika mereka bersama-sama berkhidmat di Mosgorispolkom dan mengambil jalan untuk bertunang. Di dalam masa yang sama, hubungan mereka di tempat kerja hanyalah rakan kerja profesional.

Memetik kenyataan beliau selepas mendirikan rumahtangga “Kami tidak pernah memikirkan apa-apa mengenai perasaan seperti itu ketika kami bekerjasama, semuanya telah terjadi kemudian selepas waktu kerja”.

Mereka kemudiannya berkahwin pada tahun 1991. Suaminya kemudian telah dilantik menjadi pemimpin di Moscow. Namun pada tahun 2010, beliau dipecat kerana tuduhan pecah amanah, walaupun suaminya dengan lantang menyuarakan penafian.

Disebabkan insiden tersebut beliau dan suaminya mengambil keputusan untuk berhijrah ke London kerana ingin memulakan kehidupan baru dan kedua-dua anaknya ingin melanjutkan pelajaran di sana.

Menurut kenyataan suaminya pada tahun 2010 melalui wawancara akhbar Telegraph, tujuan utama mereka berpindah ke London adalah untuk melindungi kedua anak mereka daripada kemungkinan penganiayaan daripada pihak berkuasa Rusia.

Suaminya juga mendakwa bahawa, pihak berkuasa Rusia merancang untuk memecah empayar perniagaan Yelena dan mereka berazam akan berjuang untuk mempertahankan perniagaan tersebut; sekaligus mengembalikan maruah keluarga tersebut yang telah tercalar.

Karier Perniagaan Yelena

Beliau mengasaskan syarikat peribadinya sendiri pada tahun 1991, dan selama dua dekad beliau menjadi ahli lembaga pengarah Inteco iaitu sebuah syarikat pelaburan dan pembinaan. Aset Yelena kini telah dilaburkan dalam Kumpulan Pelaburan Baturina (Baturina’s Investment Group) yang mempunyai pelbagai aktiviti perniagaan komersil.

Beliau memiliki rantaian hotel di Ireland, Republik Czech dan Rusia. Selain daripada itu, beliau turut memiliki syarikat pembinaan dan kejuruteraan di Jerman, pemprosesan pembaharuan bahan tenaga semula jadi di Greece, Cyprus dan Itali. Beliau juga mempunyai beberapa syarikat pelaburan dan firma hartanah serta pembangunan rumah kediaman komersial di Eropah dan Amerika Syarikat.

Pada tahun 1989, Yelena telah melancarkan perusahaan pertamanya dengan adik lelakinya iaitu Victor. Mereka telah melibatkan diri di dalam bidang perkomputeran seperti perisian dan pembekalan perkakasan komputer. 

Seterusnya pada tahun 1994, Inteco semakin berkembang dan telah membeli beberapa buah kilang plastik. Sehinggalah tahun 1998, syarikat ini telah memenangi kontrak untuk menghasilkan 85,000 kerusi plastik untuk Stadium Luzhniki, iaitu stadium terbesar di Moscow.

Tahukah anda, menariknya mengenai strategi mereka memenangi kontrak pembuatan tersebut, mereka 50%lebih murah berbanding pesaing terdekat mereka?

Pada pertengahan tahun 1995 Inteco telah barjaya maju selangkah lagi ke hadapan, apabila memasuki perniagaan pembinaan yang memberi tumpuan kepada pembangunan bahan binaan, dan teknologi maju bagi penggunaan simen, bata dan pentuangan pembinaan konkrit, reka bentuk seni bina serta perniagaan hartanah yang jauh lebih efisien.

Pada tahun 2001, di sinilah Inteco telah bertukar menjadi salah satu syarikat gergasi di Rusia; apabila Yelena miliki sebuah kilang pembinaan perumahan. Lebih menarik lagi apabila perniagaan tersebut mempunyai projek pembinaan perumahan 500,000 meter persegi setahun.

Pada asalnya, kilang tersebut bukanlah rancangan Yelena untuk membelinya. Pemilik asal kilang tersebut telah berjumpa dan meminta pertolongan beliau untuk melindungi dirinya di atas ugutan bunuh pihak tertentu.

Kita semua tahu, negara Rusia sangat terkenal dengan gangsterisma dan keganasan. Disebabkan kecemerlangan beliau melindungi pemilik kilang tersebut dan kecekapan peguamnya, serta pelindungan undang-undang dan kawalan khas. Sekaligus beliau di tawarkan untuk membeli kilang tersebut secara keseluruhan.

Begitulah hebatnya kisah beliau yang bermula dari bawah dan akhirnya berjaya menduduki puncak kejayaan sehingga bergelar wanita terkaya di Rusia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.