Zerodha: Kisah Dua Beradik Yang Menawan Pasaran Saham India Dan Menjadi Bilionaire

Melabur saham kini sangat mudah jika dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu. Seiring dengan peredaran zaman, ramai pelabur runcit mula terlibat kerana semuanya di hujung jari saja.

Lagi satu faktor adalah banyak syarikat broker telah mengenakan caj brokerage yang murah, malah ada yang menawarkannya secara percuma bagi menarik pelanggan baru.

Di antara platform yang terkenal di dunia pada waktu ini adalah Robinhood apabila dalam tempoh yang singkat, telah berjaya menguasai platform trading saham di Wall Street.

Selain daripada Robinhood, ada satu lagi syarikat broker yang hampir sama dengan Robinhood tetapi berasal dari India. Syarikat tersebut adalah Zerodha yang diasaskan oleh dua orang adik-beradik yang telah menguasai platform saham di sana terutamanya di kalangan golongan milenium.

Permulaan Zerodha

Syarikat ini diasaskan pada tahun 2010 oleh Nithin Kamath dan Nikhil Kamath. Mereka mendapat ilham untuk menghasilkan syarikat ini kerana pada ketika itu, caj brokerage yang dikenakan kepada para pelabur saham adalah sangat tinggi.

Lagi parah sekiranya seseorang itu meruakan trader yang aktif jual beli saham, cas yang dikenakan kepada mereka adalah sangat tinggi. Itu tidak termasuk dengan kerugian yang dialami akibat kejatuhan harga saham.

Kredit Gambar: Forbes India

Nikhil Kamath yang merupakan adik kepada Nithin Kamath merupakan trader pada ketika itu dan beliau merasakan ianya tidak adil bagi pelabur baru untuk memulakan perjalanan mereka dalam dunia pelaburan saham di Inia.

Nikhil Kamath merupakan seorang pelajar yang tercicir dari sekolah pada usia 14 tahun. Ini kerana beliau merupakan pemain catur dan pernah bermain catur di peringkat antarabangsa.

Selepas dua tahun di dalam dunia catur, beliau merasakan dunia permainan catur tidak sesuai dengan dirinya. Ketika berusia 16 tahun, beliau mula memikirkan masa depannya dan sedar bahawa untuk mendapatkan perkerjaan di India, ianya memerlukan sijil sekolah tinggi.

Oleh yang demikian Nikhil Kamath mencari pekerjaan yang tidak memerlukan sijil dan trading merupakan pekerjaan yang tidak memerlukan sijil.

Baca: Bagaimana The Queen’s Gambit Menjadikan Permainan Catur Viral Di Amerika Syarikat

Nikhil Kamath mula menjalankan aktiviti trading pada usia 17 tahun dan pada ketika itu, beliau tidak mempunyai sebarang ilmu di dalam dunia saham. Beliau hanya belajar sendiri melalui buku dan internet.

Dalam tempoh 4-5 tahun, banyak kesilapan yang dilakukannya. Pada usia 23 tahun, beliau bersama abangnya telah membangunkan aplikasi Zerodha untuk membantu golongan sepertinya melabur secara aktif di dalam pasaran saham.

Akhirnya Zerodha diasaskan bersama dengan abangnya Nithin Kamath pada tahun 2010.

Perkembangan Zerodha Di India

Sambutan yang diterima sangat luar biasa dan telah mencabar banyak syarikat broker di sana. Mereka berjaya menawan golongan muda kerana kadar brokerage yang dikenakan sangat murah dan pada kadar yang tetap.

Mereka tidak membuat sebarang promosi sebaliknya mengharapkan pemasaran dari mulut ke mulut dari pelanggan mereka. Oleh kerana aplikasi tersebut dapat membantu golongan millennial untuk melabur, ramai mula memperkatakan tentang aplikasi mereka dan semakin ramai pengguna beralih kepada Zerodha.

This image has an empty alt attribute; its file name is Zerodha-Kisah-Dua-Beradik-Yang-Menawan-Pasaran-Saham-India-Dan-Seterusnya-Menjadi-Bilionaire3-700x523.jpg
Kredit Gambar: Business Insider India

Setelah berjaya mendominasi pasaran di India, mereka mengembangkan lagi syarikat mereka dengan membuka hedge fund yang diberi nama True Beacon. Sambutan terhadap hedge fund ini sangat memberangsangkan dan golongan yang melabur di dalam hedge fund ini adalah kebanyakannya golongan berada.

Salah satu faktor yang menyebabkan hedge fund ini berjaya adalah disebabkan kebanyakan institusi pengurusan kewangan di India gagal memberikan pulangan yang memberangsangkan kepada pelabur mereka.

Pada tahun lepas, True Beacon telah berjaya mencapai keuntungan sebanyak 25% menewaskan Nifty Fifty (indeks saham untuk pasaran India) yang hanya mencapai keuntungan sebanyak 8%.

Kesan Pandemik Kepada Zerodha

Ketika pandemik melanda dunia, Zerodha telah berjaya menambah bilangan pengguna platform mereka. Peningkatan ini disebabkan ramai golongan milenial yang mula beralih ke dunia pelaburan saham bagi menambah pendapatan.

Walaupun sudah berjaya, Zerodha masih lagi tidak mengambil sebarang pelaburan luar untuk mengembangkan syarikat mereka. Dengan sambutan luar biasa sehingga menjadi nombor satu di India daripada segi bilangan pengguna, ianya menjadikan mereka berdua bilionaire termuda di India dengan kekayaan sebanyak USD1.6 bilion.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.