Bagaimana The Queen’s Gambit Menjadikan Permainan Catur Viral Di Amerika Syarikat

Permainan catur merupakan salah satu permainan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai di antara yang paling popular di dunia. Permainan ini sangat unik dan pemain professional yang paling power di peringkat antarabangsa digelar sebagai “Grandmaster”.

Gelaran ini merupakan gelaran yang tertinggi dalam ranking permainan catur dan hanya ada seramai 1,500 orang yang digelar Grandmaster daripada 800 juta pemain catur di seluruh dunia.

Kredit Gambar: Spark Chess

Di antara negara yang paling ke depan di dalam permainan catur ini adalah Rusia, di mana ianya merupakan permainan tradisi di kalangan rakyat negara tersebut. Ketika era perang dingin berlaku, Rusia telah menjadi negara yang begitu dominan di dalam permainan ini.

Hal ini telah menyebabkan Amerika Syarikat yang merupakan pesaing rapat kepada Soviet Union, telah tercabar dengan dominasi mereka.

Kisah Dua Kuasa Dunia Bertarung Dalam Permainan Catur

Di antara kisah yang menarik mengenai permainan catur ini adalah bagaimana Amerika Syarikat yang diwakili oleh Bobby Fischer, telah berjaya menewaskan pemain Soviet Union yang diwakili Boris Spassky di era 1970-an.

Dalam kejohanan catur tersebut, ianya bukan sekadar pertandingan biasa tetapi membawa maruah negara masing-masing. Ianya disebabkan dua kuasa besar ini membawa ideologi yang berbeza dan ingin menyebarkan ideologi mereka ketika kemuncak perang dingin yang berlaku selepas perang dunia kedua.

Kredit Gambar: Sports Inquirer

Bobby Fischer yang berjaya mengambil takhta gelaran Grandmaster dari Boris Spassky, telah membuka mata ramai pihak bahawa Soviet Union dapat ditewaskan di dalam permainan yang bersprestij ini.

Ia telah menaikkan maruah Amerika Syarikat di dalam dunia kejohanan catur yang sebelum ini telah dikuasai oleh pemain dari Soviet Union.

Apa Yang Menarik Mengenai The Queen’s Gambit?

Kredit Gambar: Comic Years

Kisah ini merupakan sebuah kisah rekaan yang berasal dari sebuah novel dengan tajuk yang sama pada tahun 1983, karangan Walter Tevis. Ia mengisahkan seorang anak yatim piatu yang dibesarkan di sebuah rumah anak yatim di negeri Kentucky Amerika Syarikat.

Beth Harmon menyedari bahawa beliau amat minat dengan permainan catur dan diajar oleh Mr. Shaibel, penjaga rumah anak yatim tersebut. Ketika masih remaja, beliau telah berjaya menewaskan pemain profesional dan mewakili Amerika Syarikat ke kejohanan catur di peringkat antabangsa.

Kisah ini berlatar belakangkan di era pertengahan tahun 1950-an dan 1960-an di mana dunia catur didominasi oleh kaum lelaki dan pemain dari Soviet Union. Penulis novel ini ingin mengangkat kedudukan kaum wanita dalam dunia catur dan rakyat Amerika Syarikat itu sendiri.

Kesan Queen’s Gambit Terhadap Permainan Catur Di Amerika Syarikat

Selepas drama bersiri ini ditayangkan di saluran Netflix pada akhir Oktober tahun ini, jualan set permainan catur telah meningkat sehingga 125% ditambah pula dengan krisis pandemik di mana orang ramai digalakkan untuk tidak keluar rumah.

Kredit Gambar: Variety

Selain daripada itu, carian Google berkenaan permainan catur ini meningkat sebanyak sebanyak empat kali ganda berbanding bulan sebelumnya, selepas filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat. Novel asal yang dijadikan adaptasi Queen’s Gambit ini turut telah menjadi pilihan pembaca buku di sana.

Sumber Rujukan: Morning Star

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.