10 Benda Anda Kena Tahu Mengenai Perang Perdagangan Amerika Syarikat dan China

Mesti ramai yang panas apabila perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China berlarutan sudah sekian lama. Bila hubungan mereka berdua tegang, pasaran saham pun merudum. Tapi bila hubungan mereka kembali pulih walaupun untuk seketika, pasaran saham melonjak pula.

Jom kita dengarkan perkongsian menarik Stallion Brothers berkenaan isu Trade War ini.

1. Apa itu Trade War?

Trade War atau perang perdagangan adalah salah satu agenda Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Beliau mahu mengenakan tarif atau duti kepada barangan yang masuk ke Amerika Syarikat dengan niat untuk melindungi pengusaha tempatan negara tersebut dan mengurangkan kebergantungan kepada barangan import.

2. Tapi kenapa China jadi sasaran?

Kebangkitan negara China sebagai kuasa besar dalam aktiviti perdagangan dunia dan juga dalam sektor teknologi seperti 5G telah membuatkan Donald Trump rasa tercabar. Mengikut statistik tahun 2018, US telah mengimport sebanyak $540 bilion barangan dari China dan China hanya mengimport sebanyak $120 bilion barangan dari US.

3. Apakah punca kemarahan Donald Trump?

Trade defisit atau jurang perdagangan yang besar ini telah membuatkan Donald Trump merasakan China telah mengeksploitasi ekonomi negaranya. Boleh kata 2/3 barangan asas yang terdapat di US datang dari China. Syarikat gergasi di US juga telah memilih China sebagai destinasi utama utk pengeluaran product mereka sebab kos pengeluaran adalah rendah di China berbanding di negara lain.

4. Tarif atau duti dikenakan kepada barangan China

Pihak US akan mengenakan tarif sebanyak 15% kepada $300 billion barangan dari China dan ini akan dilakukan dalam dua peringkat. Peringkat pertama bermula dari 1 September 2019 utk $120 billion barangan, antaranya termasuk Footwear, Clothing, Kitchenware dan juga Agriculture. Baki $180 billion lagi akan dikenakan pada 15 Disember dan barangan yang terlibat adalah laptop, smartphone dan permainan kanak-kanak.

5. Apakah kesan utama kepada tarif itu?

Harga barang sudah pasti akan naik dan impak terbesar adalah kepada pengguna di US kerana terpaksa menanggung kenaikan harga barangan. Kajian menunjukkan secara purata perbelanjaan isi rumah akan meningkat sebanyak $1000 setahun. Sekiranya syarikat US berjaya memindahkan operasi ke negara lain, sudah pasti China akan terasa tetapi kerja permindahan bukanlah senang dan memakan masa yang agak panjang.

6. Duit lebihan dari tarif tu akan mengalir ke mana?

Duit yang dicukai oleh kerajaan US kepada barangan China akan direkodkan sebagai income kerajaan dan Trump beranggapan ini adalah salah satu cara untuk membangunkan ekonomi.

7. Adakah negara lain turut dikenakan tarif?

Selain China, negara Eropah juga bakal akan dikenakan tarif oleh Donald Trump. Sektor automotif adalah antara mangsa utama sebab sektor automotif adalah antara komponen terbesar barangan import negara Eropah ke US.

8. Negara yang dikenakan tarif tu tak lawan balik ke?

Sudah pasti negara yang terlibat akan lawan sebab itulah ia dipanggil perangan perdagangan. China baru-baru ini telah meletakkan tarif sebanyak $75 billion kepada barangan US yang masuk ke pasaran China secara berperingkat.

9. So siapa yang menang?

Mengikut fakta yang ada, trade war tidak akan memberi faedah kepada mana-mana negara malah ia akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan ekonomi dunia dan memberi kesan yang negatif kepada pengguna. Ia dikatakan boleh menjadi pencetus kepada krisis ekonomi dunia.

10. Sebagai pelabur apa nasihat terbaik?

Sekiranya anda pelabur Bursa Malaysia, anda perlu fokus kepada strategi short-term investing sebab pegangan yang bersifat long-term buat masa ini kurang sesuai. Untuk pelabur global, ini adalah masa yang terbaik untuk kita bersedia dan menyiapkan diri utk menghadapi krisis. Biasalah, pelaburan global berbentuk dua hala, tak kira naik atau turun kita boleh menjana keuntungan.

Sumber: Stallion Brothers

Peluang Belajar Saham Global Dengan Mereka Yang Pakar

Di kala pasaran saham Malaysia suram, ambil peluang untuk belajar pasaran saham global dengan Stallion Brothers. Kini kita boleh menjadi pemegang saham-saham global seperti McDonalds, Starbucks, Facebook, Apple, Google, Adidas, Li-Ning, Uniqlo dan bermacam-macam lagi.

Jemput Datang Ke Seminar Kuasai Pasaran Global (SKPG) Seluruh Malaysia

JOHOR BAHRU
HOTEL GRAND PARAGON
SABTU, 14 SEPTEMBER 2019
8.00 PAGI – 5.00 PETANG
Klik Sini Untuk Mendaftar

KUALA LUMPUR
MENARA PGRM, CHERAS
SABTU, 21 SEPTEMBER 2019
8.00 PAGI – 5.00 PETANG
Klik Sini Untuk Mendaftar

PULAU PINANG
PEARL VIEW HOTEL, PERAI
SABTU, 28 SEPTEMBER 2019
8.00 PAGI – 5.00 PETANG
Klik Sini Untuk Mendaftar

SHAH ALAM
SHAH ALAM CONVENTION CENTRE
SABTU, 5 OKTOBER 2019
8.00 PAGI – 5.00 PETANG
Klik Sini Untuk Mendaftar

Klik sini untuk maklumat lanjut berkenaan Seminar Kuasai Pasaran Global (SKPG).

Nak belajar dengan Stallion Brothers dengan lebih mendalam? Dapatkan promosi terbaik daripada mereka sekarang. Klik gambar di bawah untuk keterangan lebih lanjut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rangka Kerja RIA Isyarat Amaran Kepada Sistem Persaraan Malaysia

Cabaran persaraan di Malaysia kini semakin sukar untuk diabaikan. Dengan jangka hayat yang semakin panjang dan kos sara hidup yang terus meningkat, cara rakyat Malaysia menyimpan dan mengeluarkan simpanan persaraan sudah tidak lagi selari dengan realiti ekonomi semasa. Satu daripada empat rakyat Malaysia menghabiskan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka dalam tempoh lima tahun selepas mencapai umur pengeluaran. Apabila ini berlaku, pesara terdedah kepada risiko kewangan pada usia lanjut dan sering terpaksa bergantung kepada sokongan keluarga atau bantuan awam yang terhad.

Menyedari jurang yang semakin melebar ini, KWSP mula menilai semula cara kecukupan persaraan ditakrifkan dan dikomunikasikan. Salah satu langkah penting ialah pengenalan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (Retirement Income Adequacy, RIA), yang menggalakkan rakyat Malaysia melihat KWSP bukan sebagai simpanan sekali keluar untuk dibelanjakan ketika bersara, tetapi sebagai sumber pendapatan bulanan yang perlu bertahan sepanjang usia persaraan. Ringkasnya, simpanan persaraan sepatutnya dikeluarkan secara berperingkat, sekitar 20 tahun dari umur 60 hingga kira-kira 80 tahun, sejajar dengan jangka hayat purata dan risiko kehabisan simpanan.

Bagi menjadikan konsep ini lebih mudah difahami, KWSP memperkenalkan tiga penanda aras simpanan. Simpanan Asas sebanyak RM390,000 bertujuan menampung keperluan hidup minimum. Simpanan Mencukupi pada RM650,000 mencerminkan tahap kehidupan yang lebih selesa dan mampan. Simpanan Dipertingkat sebanyak RM1.3 juta pula menyokong persaraan berkualiti tinggi dengan keselamatan kewangan dan fleksibiliti yang lebih besar. Penanda aras ini bukan jaminan, tetapi rujukan praktikal untuk membantu ahli memahami secara realistik apa yang mampu disokong oleh simpanan mereka.

Bagaimana Pengeluaran Berasaskan Pendapatan Berfungsi

Berdasarkan ilustrasi KWSP, seorang pesara yang mempunyai simpanan RM390,000 pada umur 60 tahun boleh mengeluarkan sekitar RM1,625 sebulan pada tahun pertama. Dengan pengeluaran yang berdisiplin serta pulangan dividen yang berterusan, jumlah ini boleh meningkat kepada kira-kira RM4,434 sebulan pada usia 80 tahun. Mereka yang bersara dengan RM650,000 boleh bermula dengan pendapatan bulanan sekitar RM2,708, yang berpotensi meningkat melebihi RM7,389 di usia lanjut. Pada tahap Simpanan Dipertingkat RM1.3 juta pula, pengeluaran bulanan boleh bermula sekitar RM5,417 dan meningkat kepada kira-kira RM14,779 menjelang umur 80 tahun.

Walaupun angka ini bersifat ilustrasi dan bukan jaminan, ia menunjukkan bagaimana pengeluaran berasaskan pendapatan boleh membantu simpanan persaraan bertahan jauh lebih lama berbanding pengeluaran sekali gus.

Bagi mengukuhkan kecukupan jangka panjang, KWSP turut menyemak semula dasar untuk ahli yang mempunyai baki simpanan tinggi. Sebelum ini, simpanan melebihi RM1 juta boleh diakses dengan lebih bebas. Di bawah pendekatan baharu, ambang pengeluaran ini akan dinaikkan secara berperingkat dan diselaraskan dengan tahap Simpanan Dipertingkat RM1.3 juta menjelang 2028. Ini bermakna RM1.3 juta pertama akan dipelihara untuk menyokong pendapatan persaraan jangka panjang, manakala lebihan selepas itu dianggap sebagai simpanan tambahan yang boleh diakses dengan lebih fleksibel.

KWSP juga telah memperkukuh Skim Pelaburan Ahli (SPA). Ahli yang mempunyai simpanan melebihi tahap Simpanan Asas mengikut umur boleh melaburkan sehingga 30% daripada lebihan tersebut dengan pengurus dana yang diluluskan KWSP. Langkah ini memberi peluang kepelbagaian dan potensi pulangan yang lebih baik kepada pencarum berdisiplin, sambil mengekalkan tahap minimum simpanan persaraan dalam KWSP.

Pengajaran dan Batasan daripada Singapura

Di Singapura, Tabung Simpanan Pekerja Pusat (CPF) secara automatik menukar sebahagian simpanan persaraan kepada bayaran bulanan tetap, sekali gus mengurangkan risiko pesara kehabisan simpanan. Walaupun pendekatan ini wajar dikaji, ia tidak boleh diterapkan secara menyeluruh di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia bersara dengan baki simpanan yang lebih rendah dan masih memerlukan fleksibiliti untuk menampung kos perubatan, komitmen hutang atau tanggungjawab keluarga.

Pendekatan yang lebih realistik ialah menjadikan bayaran bulanan sebagai pilihan lalai, sambil masih membenarkan pengeluaran sekali gus yang terhad, terutamanya bagi mereka yang mempunyai baki simpanan kecil. Pilihan lalai sangat berpengaruh. Bukti tingkah laku menunjukkan apa yang ditetapkan secara automatik sering menjadi pilihan utama.

Menilai Semula Umur Pengeluaran dan Golongan Tertinggal

Isu umur pengeluaran KWSP juga semakin relevan. Ramai rakyat Malaysia kini bekerja sehingga umur 60 tahun atau lebih, namun pengeluaran awal menggalakkan perbelanjaan simpanan persaraan ketika mereka masih mempunyai pendapatan. Menaikkan umur pengeluaran secara berperingkat kepada sekurang-kurangnya 60 tahun boleh membantu simpanan terus dilaburkan lebih lama dan meningkatkan hasil persaraan.

Namun, sebarang perubahan perlu dilaksanakan dengan berhati-hati. Pekerja dalam sektor yang memerlukan tenaga fizikal atau mereka yang menghadapi masalah kesihatan masih memerlukan fleksibiliti. Oleh itu, pelaksanaan berfasa, pengecualian yang jelas dan komunikasi telus amat penting bagi mendapatkan penerimaan awam.

Kecukupan persaraan juga lebih mencabar bagi pekerja gig dan suri rumah. Skim seperti i-Saraan Plus dan i-Suri telah memperluas perlindungan KWSP, namun penyertaan masih bersifat sukarela. Caruman mandatori mungkin kelihatan menarik, tetapi ketidaktentuan pendapatan menyukarkan penguatkuasaan tanpa menjejaskan keperluan asas seperti makanan dan sewa. Buat masa ini, caruman fleksibel yang disokong insentif dan padanan adalah lebih praktikal berbanding paksaan.

Sebahagian besar pembaharuan ini memerlukan pindaan kepada Akta KWSP, menjadikan pendekatan berhati-hati dari sudut politik tidak dapat dielakkan. Simpanan persaraan adalah isu peribadi yang sensitif, dan sebarang dasar yang dilihat menyekat akses boleh menerima tentangan. Namun, penangguhan pembaharuan juga membawa risiko jangka panjang. Tanpa perubahan bermakna, lebih ramai rakyat Malaysia akan memasuki usia tua dengan pendapatan tidak mencukupi dan sokongan yang terhad.

Malaysia tidak memerlukan reformasi radikal secara serta-merta. Apa yang diperlukan ialah perubahan minda. KWSP tidak lagi wajar dilihat sebagai “durian runtuh” persaraan, tetapi sebagai sumber pendapatan sepanjang hayat. Rangka Kerja RIA adalah langkah awal yang penting. Sama ada Malaysia bersedia melangkah lebih jauh akan menentukan sama ada generasi pesara akan menua dengan maruah atau dengan kebimbangan kewangan.

Nota: Artikel ini merupakan hasil sumbangan daripada Dr Paul Anthony Maria Das, Pensyarah Kanan Perakaunan & Kewangan, Fakulti Perniagaan & Undang-Undang, Universiti Taylor’s.