3 Keuntungan Bawa Kad Kredit Ketika Cuti Melancong

Kita semua sedia maklum bahawa kad kredit ini adalah konsep hutang di mana kita dapat berbelanja terlebih dahulu dan buat pembayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Seolah-olah kita tidak perlu bawa wang tunai yang banyak, tetapi fungsinya seperti wang.

Kalau digunakan dengan berhemah dan dibayar tepat pada waktunya, anda tidak akan dikenakan sebarang faedah, ada kad kredit yang dapat ganjaran lagi menggunakan sistem mata ganjaran (reward points). Cukup point tersebut, boleh tukar dengan macam-macam barang.

Namun tak ramai yang tahu kad kredit ini ada manfaatnya ketika kita melancong. Tak kiralah, melancong di dalam negara atau pun ke luar negara. Berikut merupakan cara-cara kad kredit dapat menguntungkan kita ketika melancong.

1. Kad Kredit Khas Untuk Pelancongan

Banyak bank menawarkan kad kredit khas untuk pelancongan seperti Maybank World Mastercard, Public Bank Visa Signature, Air-Asia Citi Gold Credit Card Visa dan banyak lagi.

Ada yang tawarkan Miles Points yang boleh ditukar kepada tiket penerbangan, ada yang boleh singgah di Premium Lounge lapangan terbang, ada pula yang bagi perlindungan insurans percuma setiap kali kita pergi melancong.

2. Jiwa Tenang, Tak Perlu Bawa Banyak Cash

Apabila kita melancong ke luar negara, takkan nak bawa wang tunai yang banyak? Risiko membawa wang tunai yang banyak boleh membahayakan jika negara tersebut terkenal dengan aktiviti ragut.

Biasanya kita sudah beli tiket kapal terbang pergi dan balik dan sudah menempah bilik hotel dari awal lagi, maka bawalah wang tunai cukup untuk kita berjalan-jalan, makan minum dan membeli ole-ole.

Dengan adanya kad kredit, kita boleh berbelanja tanpa tunai dan sekiranya ditakdirkan ianya dicuri sekalipun, kita boleh hubungi pihak bank untuk dideaktifkan.

3. Keperluan Ketika Situasi Yang Mendesak

Kad kredit ini secara tidak langsung dapat membantu anda ketika berada dalam keadaan kecemasan. Seandainya berlaku sesuatu yang tidak diingini, sekurang-kurangnya kita ada kad kredit yang boleh menampung jumlah yang tidak diduga tersebut.

Sebagai contoh, kita ditimpa kemalangan dan perlu meletakkan deposit kepada pihak hospital, boleh guna kad kredit tersebut tanpa mengusik wang tunai yang kita bawa. Tetapi untuk keadaan yang terdesak sahaja tau, bukan untuk suka-suka.

Berkenaan urusan hutang kad kredit pula, pastikan bayar habis apabila telah kembali semula ke tanah air.

Previous ArticleNext Article

Suri Rumah Pun Boleh Jana Pendapatan. Ini 6 Cara Yang Masih Relevan Pada Tahun 2026

Kos sara hidup semakin meningkat, tetapi peluang menjana pendapatan juga semakin banyak.

Hari ini, seorang suri rumah tidak lagi bergantung kepada membuka kedai fizikal semata-mata. Dengan telefon pintar dan internet, ramai berjaya menjana pendapatan sampingan tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.

Yang penting bukan mencari jalan cepat kaya, tetapi membina pendapatan tambahan yang konsisten mengikut masa dan kemahiran sendiri. Trend ini juga semakin berkembang apabila lebih banyak perniagaan mencari individu untuk membantu pemasaran digital, penghasilan kandungan dan jualan secara dalam talian.

1. Jadi Affiliate Marketer

Tak perlu keluarkan modal.

Tak perlu simpan stok.

Tak perlu urus penghantaran.

Anda hanya berkongsi pautan produk atau servis. Jika ada pembelian melalui pautan tersebut, anda menerima komisen.

Program affiliate kini ditawarkan oleh pelbagai platform e-dagang dan syarikat tempatan.

Sesuai untuk:

  • Aktif di Thread
  • Aktif di Facebook
  • Aktif di TikTok
  • Aktif di Instagram
  • Ada WhatsApp Circle

2. Menjadi Penulis Dari Rumah

Semakin kerap melihat para ibu berkongsi segala jenis menu masakan mereka di laman sosial. Tidak ketinggalan, mereka juga turut berkogsi tentang tips masakan juga tips kehidupan yang menjadi inspirasi kepada pembaca.

Ternyata para ibu mempunyai bakat menulis yang tidak dicungkil. Apa kata, anda gunakan bakat ini untuk menjadikan ia sebagai satu bentuk pendapatan. Boleh sahaja anda menawarkan khidmat menulis kepada mereka yang memerlukan penulis untuk blog mereka. Tidak salah untuk mencuba.

3. Ambil Upah Belian Barangan Dapur

Kebiasaannya, menjadi suri rumah ini pastinya para ibu akan keluar ke kedai untuk membeli barangan basah pada setiap hari. Alang-alang anda keluar ke kedai mahupun pasar membeli barang, tidak salah jika anda turut mengambil upah kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk ke pasar.

Anda boleh kenakan upah 10% daripada jumlah belian barang atau upah yang berpatutan. Bukan berkira, tetapi untuk masa sekarang ini segalanya buka percuma. Minyak kereta lagi, masa lagi, segalanya perlu diambil kira.

4. Ambil Upah Membasuh/Melipat Baju

Tak semua orang ada masa untuk menguruskan timbunan pakaian, terutama keluarga yang kedua-dua suami isteri bekerja.

Jika anda teliti dan suka mengemas, anda boleh menawarkan servis seperti:

  • Lipat pakaian yang telah dibasuh
  • Susun pakaian mengikut kategori atau ahli keluarga
  • Menggosok pakaian
  • Mengemas almari pakaian

Ada yang mengenakan caj mengikut:

  • Bilangan bakul pakaian
  • Berat (kg)
  • Bilangan helai pakaian

Servis ini boleh dipromosikan melalui kumpulan Facebook, WhatsApp kawasan perumahan atau aplikasi kejiranan. Dengan pelanggan tetap setiap minggu, ia berpotensi menjadi sumber pendapatan sampingan yang konsisten.

5. Berkebun, Tanam dan Jual

Kebanyakan suri rumah memang suka berkebun. Pantang sahaja melihat tanah yang terbiar walaupun hanya sepetak. Penuh halaman rumah dengan bermacam jenis bunga.

Jika mempunyai sedikit ruang di halaman rumah atau balkoni, berkebun juga boleh menjadi sumber pendapatan sampingan.

Antara tanaman yang mendapat permintaan ialah:

  • Cili
  • Daun pandan
  • Serai
  • Limau kasturi
  • Daun kari
  • Pudina
  • Sayur-sayuran seperti sawi dan kangkung

Selain menjual hasil tuaian, anda juga boleh menjual anak pokok, benih atau set tanaman kepada mereka yang baru ingin berkebun. Trend berkebun di rumah masih mendapat sambutan kerana ramai pengguna lebih gemar mendapatkan sayur dan herba yang segar serta ditanam secara tempatan.

Dengan modal yang tidak terlalu besar dan penjagaan yang konsisten, aktiviti berkebun bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan dapur, malah berpotensi menjadi sumber pendapatan tambahan untuk keluarga.

6. Jangan Lupa Melabur Sebahagian Pendapatan

Walaupun pendapatan masih kecil, biasakan mengasingkan sebahagian daripadanya untuk simpanan dan pelaburan.

Amalkan konsep:

Pendapatan → Simpan → Melabur → Baru Berbelanja

Sedikit tetapi konsisten lebih baik daripada menunggu jumlah yang besar.

Jadi, banyak lagi peluang yang boleh diambil oleh sesiapa sahaja untuk menambah pendapatan. Yang penting adalah usaha dan kesungguhan anda untuk menggunakan masa dan tenaga bagi meningkatkan pendapatan.


Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee