4 Akaun Simpanan Digital Paling Berbaloi di Malaysia

Kini makin banyak bank digital yang dilancarkan di Malaysia. Hati-hati, jangan hanya tergoda dengan pulangan ke atas simpanan yang dijanjikan, ada bank digital ini yang tidak patuh syariah.

Seiring dengan perkembangan teknologi, antara matlamat utama bank digital ditubuhkan adalah untuk memenuhi semua keperluan perbankan dalam aplikasi telefon pintar tanpa perlu bersusah payah pergi ke cawangan bank fizikal lagi.

Antara kelebihan utama bank digital ialah boleh dapat kadar keuntungan (profit rate) daripada duit yang disimpan. Kalau simpan di bank biasa sebelum ini tak dapat kelebihan ini.

1. AEON Bank

AEON Bank (M) Berhad telah dilancarkan sebagai bank digital islamik (Patuh Syariah) pertama di Malaysia pada 26 Mei 2024 lalu.

Antara ciri-ciri dalam aplikasi Aeon Bank:

  • Akaun Simpanan-i (Savings Account-i)
  • Savings Pot, tabung untuk mengasingkan simpanan
  • Pengurusan bajet

Antara kelebihan AEON Bank adalah, ada dua cara untuk pelanggan kumpul mata ganjaran sekiranya mereka menggunakan akaun AEON Bank ketika membuat perbelanjaan. Pertama, boleh guna untuk dapat mata ganjaran ketika membeli-belah di rangkaian pasar raya Aeon. Yang kedua, boleh dapat mata ganjaran ketika guna kad debit AEON Bank setiap kali buat pembayaran di luar rangkaian pasar raya Aeon juga. Jadi, tidak terhad untuk guna di pasar raya AEON sahaja. Semua mata ganjaran ini boleh disemak dalam aplikasi.

AEON Bank ada mengeluarkan Kad Debit‑i (jenis Visa), yang boleh digunakan untuk withdraw duit melalui ATM.

Terang benderang warna pink dia.

Mata ganjaran AEON yang dikumpul ini kemudiannya boleh ditebus kepada nilai ganjaran tunai yang akan dikreditkan ke dalam akaun AEON Bank pelanggan. Sesuai untuk mereka yang suka kumpul mata ganjaran!

Beli groceries dekat Lotus’s, NSK, Speedmart 99, Mydin, Segi Fresh, ECONSAVE atau mana-mana pasaraya,

✅ Terus dapat 8X AEON Points!

Kemudian tukarkan points tadi kepada duit. 200 points = RM1.

Nak berbelanja pun kita perlu jadi bijak. Secara tak langsung ini akan meringankan beban SST 8%. Jika belum ada Kad Pink AEON Bank, boleh mohon hari ini.

Nanti dapat sama-sama jimat sambil shopping barang dapur.

Download aplikasi Aeon Bank di Google Play Bank atau App Store. Jangan lupa masukkan kod AB524688 untuk terima 1,000 AEON Points (bernilai RM5) percuma!

Terkini : Kalau withdraw duit guna kad pink AEON Bank di ATM tempatan (MEPS), biasanya memang ada caj RM1 per transaksi. Tapi sekarang AEON Bank sedang menjalankan promosi di mana caj ATM tempatan dikecualikan sehingga 31 Disember 2025, jadi anda boleh withdraw tanpa dikenakan caj RM1.

2. Rize

Rize secara rasmi telah dilancarkan sebagai sebuah bank digital yang dikuasakan oleh Bank Al-Rajhi Malaysia pada 17 Februari 2023 lalu.

Antara kelebihan utama Rize:

  • Personal Financing-i
    • Menawarkan pilihan pembiayaan peribadi yang berpatutan kepada pelanggan
    • Pemohon hanya perlu mengambil empat langkah dan 15 minit untuk dapatkan wang pembiayaan dalam akaun mereka!
  • Savings Pot
    • Servis tabung simpanan bank digital Malaysia yang tunggal dengan kadar keuntungan (profit rate), membolehkan pelanggan mendapatkan keuntungan sambil menyimpan duit. 
    • Yang uniknya, pelanggann boleh ajak keluarga dan sahabat untuk bersama menyumbang ke dalam tabung tersebut 
  • Rize menawarkan kadar keuntungan 3.8% setiap tahun (ketika artikel ini ditulis).
Kad Debit Rize

3. Versa Cash-i

Versa dibangunkan untuk membantu rakyat Malaysia menyimpan dan melabur dengan mudah bersama pakar pengurus dana. Mereka bukan bank digital tetapi dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah e-services.

Dalam bahasa mudah, konsep Versa ialah menyimpan duit dalam dana-dana pelaburan yang disediakan untuk mendapatkan pulangan. Dana pelaburan yang disediakan ada yang patuh syariah dan ada yang tidak patuh syariah. Dana unit amanah ini diuruskan oleh AHAM Capital Asset Management.

Ada tiga fokus utama dana pelaburan dalam Versa iaitu Invest (untuk pelaburan), Save (untuk simpanan) dan Retirement (untuk persaraan)

Antara dana pelaburan yang ada di Versa ialah:

Suka fleksibiliti dan kos rendah → emas digital mungkin praktikal.

Versa kini juga menawarkan Versa Gold – pilihan simpanan emas digital yang patuh Syariah.
Tiada spread (beza harga beli & jual) kerana emas tersebut tidak boleh ditebus dalam bentuk fizikal. Nilai simpanan hanya dipegang secara digital, tetapi masih disandarkan kepada harga emas.

Versa Asia Sdn. Bhd. (201901041105) dilesenkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melalui kerjasama dengan pengurus dana berlesen. Ini bermaksud operasi dan pematuhan mereka tertakluk kepada rangka kerja kawal selia yang ditetapkan.

Cara mendaftar akaun sangat mudah, hanya muat turun aplikasi Versa:

App Store: https://apps.apple.com/my/app/versa-asia
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=asia.versa.cms

Jangan lupa masukkan kod AYJRPR4V untuk terima RM10 percuma! Bila dah deposit pertama kali bernilai RM100, nanti dapat RM10 dalam bentuk unit secara percuma. Kod di atas adalah pautan rujukan (referral). MajalahLabur mungkin menerima manfaat apabila pembaca mendaftar menggunakan kod tersebut. Terima kasih!

4. Be U

Kelebihan Aplikasi Be U

Aplikasi Be U ni adalah bank digital pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi cloud yang berpangkalan di Amazon Web Service (AWS). Dengan adanya teknologi cloud ini, aplikasi bank digital menjadi lebih tangkas dan menjadikan pengalaman perbankan peribadi lebih mesra pengguna.

Be U ini juga ditujukan khas untuk generasi muda. Kita boleh nampak yang ‘User Interface’ (UI) dan ‘User Experience’ (UX) Be U disesuaikan untuk jiwa anak muda yang gemarkan grafik kreatif.

Lepas daftar, anda boleh pilih daripada 5 reka bentuk kad Be U Visa Debit-i yang disukai.

Antara fungsi utama yang ada di Be U:

  • Boleh buat transaksi perbankan tanpa perlu pergi ke cawangan Bank Islam.
  • Tiada jumlah minimum diperlukan untuk memastikan akaun kekal aktif sehingga setahun.
  • Ciri ‘Nest’ yang membantu pengguna menabung untuk matlamat tertentu.
  • Menyediakan akses penyelesaian kewangan yang berpatutan dan mudah digunakan
  • Tiada caj dikenakan jika anda membuka akaun melalui aplikasi

Selain itu, antara kelainan yang ada pada aplikasi ini ialah terdapat ciri yang dipanggil Gigs. Tujuannya adalah untuk membantu pengguna mendapat kerja-kerja ‘gig’ sekaligus membantu menjana duit tambahan.

Ciri mikrotakaful serendah RM0.80 juga menarik perhatian kami. Tapi setakat artikel ditulis, Be U tidak menyediakan kadar keuntungan ke atas simpanan seperti bank digital lain.

Previous ArticleNext Article

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.