4 Cara Bijak Menguruskan Kewangan Sendiri

Mempunyai gaji RM2,000 dan tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, boleh ke nak survive? Kerana ada yang bergaji RM5,000 pun struggle dengan kehidupan.

Pokok pangkalnya adalah cara seseorang itu menguruskan kewangan mereka sendiri agar berada pada tahap yang baik meskipun tidak mempunyai pendapatan yang tinggi.

Berikut adalah 4 cara bijak untuk mengurus kewangan mereka.

1. Kena Ada Objektif

Apa sebenarnya yang anda inginkan dalam kehidupan sendiri? Hidup yang selesa ataupun penuh dengan kemewahan tetapi dibebani hutang?

Adakah kehidupan anda pada masa sekarang ini akan terus berkekalan pada masa akan datang? Boleh jadi jika sekarang ini anda senang tetapi tidak beringat, tidak mustahil akan datang hidup anda akan susah.

Dan boleh jadi juga jika anda susah sekarang ini tetapi jika anda sentiasa berusaha, anda akan mengecapi kehidupan yang senang pada masa akan datang.

Jangan terlampau selesa dengan kehidupan sekarang, renung kehidupan anda lagi 20-30 tahun akan datang apabila anda nak bersara kelak. Berapa banyak duit yang diperlukan untuk bersara nanti? Berapa perbelanjaan yang diperlukan setiap bulan untuk meneruskan kehidupan apabila tidak lagi bekerja?

Perlu untuk anda mempunyai matlamat supaya anda menyusun langkah yang betul agar dapat mencapai objektif yang ingin dicapai.

2. Tingkatkan Pendapatan

Jika sekarang anda bekerja makan gaji, adakah untuk tempoh 10-20 tahun akan datang anda akan terus makan gaji dengan pendapatan yang sama?

Berusahalah untuk meningkatkan pendapatan yang pelbagai agar anda dapat membaiki kehidupan diri untuk lebih berada pada tahap yang stabil dan selesa.

Pendapatan yang mencukupi sekaligus dapat membantu meningkatkan simpanan anda. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan inflasi yang perlu dihadapi setiap tahun, memerlukan anda untuk berfikiran jauh ke hadapan.

3. Simpan Dulu Belanja Kemudian

Perkara utama anda perlu lakukan setelah dapat gaji setiap bulan adalah dengan membuat simpanan terlebih dahulu sebelum menggunakan duit tersebut. Amalkan konsep simpan dahulu baru belanja agar anda tidak leka dan alpa dengan keseronokan berbelanja.

Adakah anda yakin, sekiranya anda berbelanja dahulu baru menyimpan, masih mampukah anda untuk menyimpan? Anda hanya menempa masalah sekiranya tidak membuat simpanan lebih awal.

4. Berbelanja Dengan Bijaksana

Senaraikan terlebih dahulu barang-barang yang menjadi keperluan anda, dan bukannya kehendak. Jika anda gagal mengawal nafsu berbelanja, memang susah.

Dengan gaji RM2,000 pun tak cukup, adakah anda yakin bahawa bila gaji naik kepada RM5,000 ianya akan cukup?

Oleh itu, berbelanja dengan berhemah. Ingat masa depan anda!

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Notifikasi PCB Diperkenal Melalui e-Mel – LHDN

PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) — Penghantaran notifikasi Potongan Cukai Bulanan (PCB) kepada pembayar cukai individu melalui e-mel telah mula dilaksanakan mulai 17 Sept lepas, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan penghantaran notifikasi itu melibatkan PCB bagi bulan Ogos dan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan oleh pembayar cukai menerusi portal MyTax.

 “Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan LHDN dan memberi keyakinan kepada pembayar cukai bahawa potongan cukai oleh majikan telah diremitkan dan dikreditkan ke dalam lejar cukai masing-masing.

“Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada usaha LHDN untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan secara digital dan menggalakkan penggunaan portal MyTax sebagai saluran rasmi komunikasi antara LHDN dan pembayar cukai,” katanya.

Sehubungan dengan itu, LHDN menasihatkan semua pembayar cukai agar memastikan alamat e-mel mereka adalah sah dan sentiasa dikemas kini di portal MyTax bagi membolehkan notifikasi diterima secara konsisten setiap bulan.

Selain itu, semakan bayaran PCB boleh dilakukan melalui pautan PCB, manakala maklumat terperinci berkaitan kedudukan akaun cukai boleh diakses melalui pautan “Lejar” yang disediakan di portal MyTax.
— BERNAMA