4 Cara Untuk Tingkatkan Simpanan Setiap Bulan

Zaman sekarang kita sedang berdepan dengan kos sara hidup semakin meningkat naik sehingga menyebabkan ramai individu yang gagal untuk membuat sebarang simpanan. Kalau nak tahu, kita dinasihatkan untuk menyimpan sebanyak 10% daripada gaji kita setiap bulan.

Bagi mereka yang betul-betul nak berubah, jom kita tengok beberapa cara untuk tingkatkan simpanan anda setiap bulan.

1. Ubah Gaya Hidup

Gaya hidup yang tinggi akan menelan kos yang mahal. Contohnya seperti menggunakan kereta di luar kemampuan, membeli handphone mahal dan sebagainya. Segalanya lebih kepada kehendak nafsu semata mata dan bukan kepada keperluan yang perlu diutamakan.

Dengan mengamalkan gaya hidup sihat juga boleh menjimatkan duit. Paling mudah, kerapkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.

Bagi meningkatkan simpanan anda, gaya hidup perlu diubah terlebih dahulu bagi mengelakkan anda melakukan sebarang pembaziran. Pepatah ada menyebut, ukur baju di badan sendiri.

Maksimumkan 30% sahaja kepada “kehendak”. Ini ialah kos berubah / kos tak tetap iaitu perbelanjaan mengikut kehendak dan ia berubah-ubah. Sebagai contoh: beli air kopi, melancong, karaoke, tengok wayang.

Baca juga Toyota Lancar Skim Langganan Kereta Patuh Shariah Pertama Dunia

2. Guna Voucher

Banyak manfaat kepada anda sekiranya mengumpul voucher walaupun ianya menawarkan penjimatan yang rendah. Namun, ianya cukup membantu anda untuk berjimat.

Anda boleh menggunakan voucher ini untuk pembelian barangan keperluan. Ianya dapat memberikan anda penjimatan yang berganda daripada pembelian yang biasa anda lakukan.

Zaman pembelian online hari ini, lebih banyak voucher yang boleh kita perolehi dengan mudah. Sambil membeli-belah, sambil berjimat.

3. Paksa Diri

Cara begini mungkin sukar untuk sesetengah individu. Tidak semua mampu untuk memaksa diri bertahan daripada berbelanja dan berterusan membuat simpanan. Cara terbaik adalah untuk membuat simpanan secara paksa seperti membuat potongan setiap bulan daripada gaji.

Secara tak sedar, gaji kita telah ‘berkurang’ sebanyak 10% setiap bulan dan masuk terus ke dalam tabung simpanan secara senyap-senyap.

4. Tambah Pendapatan

Tidak salah untuk anda membuat pendapatan tambahan untuk diletakkan sebagai simpanan. Jika anda dapat mengetepikan duit daripada pendapatan tambahan sebanyak RM20 sehari, bermakna dalam sebulan anda telah mempunyai simpanan sebanyak RM600.

Ini bermakna anda tidak perlu lagi mengusik duit daripada pendapatan tetap. Kewangan anda juga akan menjadi lebih stabil dengan adanya pendapatan tambahan ini. Banyak peluang yang terbuka luas di luar sana jika anda ingin membuat kerja sampingan.

Bahkan, kerja sampingan ini boleh sahaja dilakukan dari rumah tanpa menyukarkan anda untuk keluar. Apa yang penting adalah usaha yang berterusan untuk menjana pendapatan tambahan bagi meningkatkan simpanan anda sendiri.

Baca juga 24 Idea Bisnes Yang Berpotensi Tinggi dan Lumayan!

Atau pun jika ada masalah duit simpanan yang selalu bocor, dan nak pastikan duit simpanan bertahan lama, simpanlah tunai cukup sekadar 3 – 6 bulan pendapatan. Selebihnya lebih baik disimpan dalam bentuk emas. Modal untuk mula menyimpan emas pun dah murah sangat sekarang.

Mula dengan RM5 pun boleh sekarang! Nak tahu caranya? Baca lagi JOM BELI EMAS UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH TERJAMIN

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Mastercard Dan AEON Credit Service (M) Berhad Lancar Kempen Digital Blind Box Pertama Di Asia Tenggara Untuk Ganjaran Pemegang Kad

KUALA LUMPUR – Mastercard dan AEON Credit Service (M) Berhad (“AEON Credit”) hari ini mengumumkan pelancaran “Spend. Tap. Win!”, iaitu kempen gamifikasi blind box yang dioptimumkan untuk mudah alih bagi mentakrif semula penglibatan pemegang kad. Direka sebagai pengalaman blind box berasaskan mudah alih pertama dalam pembayaran di rantau ini, kempen ini menawarkan cara baharu yang segar dan interaktif untuk pemegang kad menggunakan kad mereka serta membuka ganjaran. Kerjasama ini menonjolkan komitmen Mastercard dan AEON Credit dalam memperkenalkan inovasi pengalaman digital dalam perkhidmatan kewangan serta meneroka kaedah baharu untuk meningkatkan penglibatan pelanggan di pasaran Malaysia.

Berlangsung dari 22 Disember 2025 hingga 31 Mac 2026, kempen ini memanfaatkan Mastercard Gamer Exchange (MGE) untuk menawarkan hadiah bernilai RM168,000 melalui pengalaman digital yang menarik, menggabungkan elemen keterujaan penemuan dengan ganjaran bermakna yang disesuaikan dengan gaya hidup pemegang kad.

Meningkatkan Penglibatan Digital Melalui Gamifikasi

Inisiatif “Spend. Tap. Win!” direka untuk menggalakkan penglibatan digital yang lebih mendalam dan kesetiaan pelanggan, melangkaui program pulangan tunai dan mata ganjaran tradisional. Dengan mengintegrasikan elemen gamifikasi dan pemenuhan digital segera, AEON Credit dan Mastercard memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap pengalaman yang bukan sahaja memberi ganjaran, tetapi juga relevan dengan minat mereka.

Pemegang kad AEON Mastercard yang berbelanja RM150 dalam satu transaksi mata wang asing, sama ada secara dalam talian atau di luar negara, akan menerima satu blind box. Bagi setiap tambahan RM150 perbelanjaan mata wang asing yang layak, mereka akan menerima dua blind box tambahan, sehingga maksimum enam blind box sepanjang tempoh kempen. Struktur ganjaran berperingkat ini direka untuk menggalakkan penglibatan berterusan sambil menghargai kesetiaan perbelanjaan pemegang kad.

Blind box tersebut mengandungi baucar merangkumi pelbagai kategori gaya hidup bagi memastikan tarikan yang meluas.

  • Pilihan runcit dan makanan termasuk Zus Coffee, Shell, Secret Recipe, Zalora dan Eat Cake Today
  • Ganjaran permainan dan hiburan merangkumi kredit Mastercard Gamer Exchange yang boleh ditebus di Spotify, Steam, Mobile Legends, PUBG, Genshin Impact dan PlayStation
  • Nilai hadiah antara baucar RM50 hingga RM100 di peniaga yang mengambil bahagian
  • Hadiah utama berupa baucar Trip.com bernilai RM2,000

Keseluruhan proses, daripada kelayakan sehingga penebusan hadiah, adalah sepenuhnya digital, dengan pengaktifan hadiah secara serta-merta apabila blind box dibuka serta pengalaman mesra mudah alih yang direka untuk akses lancar di mana-mana sahaja.

Menetapkan Penanda Aras Baharu Inovasi Berfokuskan Pelanggan

Inisiatif ini menetapkan penanda aras baharu dalam cara penyedia perkhidmatan kewangan berinteraksi dengan pelanggan dalam dunia yang mengutamakan digital. Ia menandakan kali pertama MGE menggunakan mekanisme blind box maya untuk kempen penglibatan pemegang kad di rantau Asia Pasifik, selari dengan permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap pengalaman digital berunsur gamifikasi yang menawarkan kepuasan segera serta elemen kejutan.

“Pengguna Malaysia hari ini mengharapkan lebih daripada ganjaran tradisional mereka mahukan pengalaman yang segera, digital dan sejajar dengan minat peribadi,” kata Beena Pothen, Pengurus Negara Malaysia dan Brunei, Mastercard. “Kerjasama ini dengan AEON Credit mencerminkan pemahaman kami terhadap perubahan keutamaan ini serta komitmen kami untuk mencipta penglibatan yang relevan merentasi pelbagai kategori gaya hidup. Dengan menggabungkan keterujaan gamifikasi bersama ganjaran bermakna dalam kategori makanan, pelancongan, hiburan dan permainan, kami bukan sahaja memenuhi jangkaan pengguna yang berkembang, malah membentuk masa depan pengalaman digital pemegang kad.”

Kerjasama Berteraskan Inovasi

“Di AEON Credit, kami sentiasa meneroka cara baharu untuk menambah nilai kepada pemegang kad dan menghargai kesetiaan mereka,” kata Janice Ong, Ketua Kumpulan Perniagaan Pembayaran, AEON Credit. “Kerjasama dengan Mastercard ini membolehkan kami memanfaatkan penyelesaian penglibatan inovatif yang melangkaui program ganjaran konvensional. Mekanisme blind box membawa elemen keterujaan dan penemuan dalam perbelanjaan harian, manakala kategori hadiah yang pelbagai daripada makanan dan runcit hingga permainan dan pelancongan memastikan terdapat sesuatu yang bermakna untuk semua. Kami berbangga menjadi yang pertama di pasaran kami menawarkan pengalaman ini kepada pelanggan.”

MGE ialah platform Mastercard yang menghubungkan pemegang kad kepada ganjaran permainan, hiburan dan gaya hidup digital. Melalui MGE, pengeluar kad boleh menawarkan akses kepada platform permainan popular, perkhidmatan penstriman dan kandungan digital, sekali gus mewujudkan peluang penglibatan baharu yang sejajar dengan minat pengguna dan gaya hidup berteraskan digital, sambil menjadikan ganjaran lebih relevan, fleksibel dan serasi dengan budaya tempatan.

Ajeet Chauhan, Naib Presiden Produk dan Penyelesaian, Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Mastercard, menambah: “Kerjasama kami dengan AEON Credit menandakan satu pencapaian penting dalam usaha bersama untuk meningkatkan penglibatan pelanggan di seluruh rantau ini. Dengan pelancaran inisiatif gamifikasi pertama AEON Credit melalui MGE yang terawal seumpamanya di Asia Tenggara kami berhasrat untuk menyampaikan ganjaran bermakna dan pengalaman yang lancar kepada pemegang kad. Penyelesaian inovatif MGE direka untuk memperkasa pelanggan AEON Credit dengan fleksibiliti dan nilai tambahan, sekali gus mengukuhkan komitmen kami dalam memupuk kesetiaan dan mempererat hubungan di seluruh rantau.”

Kempen “Spend. Tap. Win!” mencerminkan komitmen Mastercard dan AEON Credit dalam memacu transformasi digital dan inovasi dalam perkhidmatan kewangan. Dengan menggabungkan gamifikasi, pilihan ganjaran yang pelbagai serta pemenuhan digital segera, kerjasama ini meletakkan asas kepada model penglibatan berskala dan bersedia masa depan yang akan membentuk industri.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, pemegang kad AEON Mastercard boleh melayari
https://myaeoncredit.com.my/promotions/aeon-credit-mastercard-blind-box-campaign/ untuk perincian lanjut.