5 Tanda Pelik Anda Seorang “Shopaholic” Dan Tips Mengatasinya

Kenali tabiat-tabiat pelik ini dan jika anda mengalaminya, hobi membeli-belah anda mungkin bukan lagi sekadar aktiviti masa lapang. Anda mungkin ketagihan membeli-belah dan tergolong dalam golongan shopaholic. Kami kongsikan tabiat-tabiat untuk mengenal pasti sama ada anda seorang shopaholic dan tips-tips mengatasinya supaya kewangan anda dapat diselamatkan.

1. Anda lebih cenderung untuk berbelanja secara kompulsif pada satu-satu masa berbanding impulsif

Sekiranya anda berbelanja terlalu banyak pada satu-satu masa dengan kerap, ini mungkin petanda pertama bahawa anda perlu membendung tabiat berbelanja anda.

Tips Mengatasi: Selami sejarah perbelanjaan anda dan kenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tabiat berbelanja anda tersebut.

2. Anda berbelanja tidak mengikut kemahuan

Sumber Gambar: Freepik

Terperangkap dalam hutang yang beribu, terpaksa meminjam daripada rakan dan ahli keluarga dan memaksimumkan kesemua kad kredit anda bermaksud anda telah berbelanja lebih daripada jumlah yang anda mampu.

Tips Mengatasi: Cuba untuk tidak ke mana-mana yang boleh membuatkan anda menggunakan kad kredit anda. Sekiranya anda perlu membuat pembelian yang penting, gunakan kad debit anda. Cara ini akan memastikan anda berbelanja mengikut kemampuan anda dan hanya beli barangan yang anda betul-betul perlukan.

Cara lain yang boleh digunakan ialah tidak mempedulikan tawaran kad kredit yang diterima dan mengehadkan lawatan untuk berbelanja anda dan hanya pergi sekiranya perlu. PERLU merupakan kata kunci penting yang anda perlu ingat dalam tips mengatasi ini.

3. Anda kerap membeli barang yang anda tidak perlu

Sekiranya anda dapati anda membeli beg tangan berwarna merah yang baharu sedangkan anda sudah memiliki barangan yang sama, ini bermaksud anda tidak berfikir dua kali sebelum melakukan pembelian dan ini sangat tidak sihat!

Tips Mengatasi: Senaraikan barangan keperluan yang perlu dibeli sebelum anda keluar untuk berbelanja. Jika perlu, bawa sekali rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai untuk mengawasi anda supaya anda tidak hilang kawalan dan balik kepada tabiat asal.

4. Anda cuba menyembunyikan tabiat berbelanja anda

Satu lagi cara untuk anda menyelesaikan hutang PTPTN anda ialah dengan menggunakan wang simpanan persaraan pekerja . Skim persaraan ini membenarkan anda untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan anda untuk sebab-sebab tertentu.

Namun begitu, anda dinasihatkan untuk menggunakan cara ini sebagai pilihan terakhir setelah anda telah menggunakan pelbagai cara lain untuk menyelesaikan pinjaman pendidikan anda. Simpanan persaraan  sangat penting untuk hari-hari persaraan anda justeru anda sepatutnya menyimpan dengan lebih banyak, bukan gunakannya.

5. Anda rasa resah dan gelisah sekiranya tidak berbelanja

Resah dan tidak tenang sekiranya anda tidak berbelanja? Ini petanda besar bahawa anda sememangnya seorang shopaholic. 

Tips Mengatasi: Cari aktiviti lain untuk dilakukan supaya anda dapat mengalihkan perhatian anda kepada aktiviti berbelanja.Biar perlahan asal selamat. Cuba tips-tips ini dan perlahan-lahan ‘rawat’ obsesi anda untuk berbelanja sebelum terlewat.

Dikarang oleh Lynnett Yip untuk BBazaar Malaysia. Disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA