5 Tips Simpanan Hari Tua Daripada Warren Buffet

Warren Buffett dikenali ramai sebagai seorang pelabur bijak yang kaya-raya. Beliau sering berkongsi tips dan cara yang berkesan untuk melabur dengan cara value investing.

Tapi tahukah anda, beliau juga ada berkongsi beberapa tips untuk membuat simpanan yang berkesan sebagai persiapan hari tua nanti?

Jom kita lihat beberapa tips Warren Buffett seperti berikut.

1. Hidup Di Bawah Kemampuan

Walaupun memiliki kekayaan yang bernilai lebih daripada USD100 bilion, Warren Buffett masih tinggal di rumah sama yang dibelinya di Omaha, Nebraska dengan harga USD31,500 pada tahun 1958.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya mendapat kenaikan gaji atau bonus, jangan sesekali meningkatkan gaya hidup dan menambahkan perbelanjaan.

Jika tidak, anda akan membelanjakan lebih banyak wang dan tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk hari tua anda.

2. Kenal Pasti Matlamat

Warren Buffett percaya bahawa untuk berjaya membuat simpanan, penting untuk mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas. Anda kena jelas bahawa membuat simpanan hari tua juga memerlukan matlamat, iaitu ‘ingin mengelakkan masalah kewangan berlaku pada hari tua kelak’.

Mula merancang berapa banyak simpanan yang anda inginkan dan apakah cara untuk mula menyimpan.

3. Mempelbagaikan Pelaburan

Bagi anda yang ingin menyertai bidang pelaburan ataupun sudah dalam dunia pelaburan, disarankan untuk mempelbagaikan pelaburan yang ada. Warren Buffett menasihatkan para pelabur untuk melabur untuk tempoh jangka masa panjang dan elak daripada melabur untuk jangka masa pendek.

Beliau juga menyarankan agar melabur dengan kos yang rendah namun mempelbagaikan pelaburan tersebut kepada beberapa pelaburan yang berpotensi.

Cara mudah untuk mempelbagaikan pelaburan anda adalah dengan melabur dalam dua kelas aset yang berbeza seperti ekuiti (saham) dan simpanan tetap (fixed deposit).

Baca juga Senarai Simpanan Tetap (Fixed Deposit) Yang Patuh Syariah Di Malaysia

4. Jana Pendapatan Pasif

Pendapatan pasif adalah penting untuk menjana tambahan simpanan setiap bulan. Anda boleh membuat kerja-kerja sampingan seperti fotografi, kraf tangan, menulis buku, memasak dan bermacam-macam lagi untuk mendapatkan duit.

Namun pendapatan pasif yang lebih disarankan beliau adalah seperti dividen daripada pelaburan atau royalti penulisan.

5. Simpan Secara Berkala

Tips simpanan hari tua yang mudah adalah dengan membuat simpanan secara berkala. Warren Buffett juga menyarankan agar kita menyimpan terlebih dahulu sebelum berbelanja agar lebih konsisten.

Kejayaan untuk menyimpan adalah bergantung kepada usaha masing-masing. Semoga dengan tips ini dapat menjamin kehidupan kita di hari tua nanti.

Sumber Rujukan:

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Notifikasi PCB Diperkenal Melalui e-Mel – LHDN

PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) — Penghantaran notifikasi Potongan Cukai Bulanan (PCB) kepada pembayar cukai individu melalui e-mel telah mula dilaksanakan mulai 17 Sept lepas, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan penghantaran notifikasi itu melibatkan PCB bagi bulan Ogos dan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan oleh pembayar cukai menerusi portal MyTax.

 “Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan LHDN dan memberi keyakinan kepada pembayar cukai bahawa potongan cukai oleh majikan telah diremitkan dan dikreditkan ke dalam lejar cukai masing-masing.

“Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada usaha LHDN untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan secara digital dan menggalakkan penggunaan portal MyTax sebagai saluran rasmi komunikasi antara LHDN dan pembayar cukai,” katanya.

Sehubungan dengan itu, LHDN menasihatkan semua pembayar cukai agar memastikan alamat e-mel mereka adalah sah dan sentiasa dikemas kini di portal MyTax bagi membolehkan notifikasi diterima secara konsisten setiap bulan.

Selain itu, semakan bayaran PCB boleh dilakukan melalui pautan PCB, manakala maklumat terperinci berkaitan kedudukan akaun cukai boleh diakses melalui pautan “Lejar” yang disediakan di portal MyTax.
— BERNAMA