Senarai Simpanan Tetap (Fixed Deposit) Yang Patuh Syariah Di Malaysia

Kini, ramai yang memilih fixed deposit atau deposit simpanan tetap yang patuh syariah sebagai salah satu medium simpanan. Fixed deposit mempunyai risiko yang rendah namun pulangannya juga tidaklah setinggi ASB dan Tabung Haji (TH). Tetapi sesuai jika anda mencari tempat untuk simpan dan lupakan. Cukup tempoh, tahu-tahu dah banyak.

Apakah itu deposit simpanan tetap (fixed deposit)?

Secara asasnya, fixed deposit berfungsi dengan kita menyimpan wang untuk satu tempoh masa, kemudian bank akan memulangkan modal kita tadi beserta dengan keuntungan yang telah ditetapkan dari awal.

Simpan wang untuk satu tempoh yang ditetapkan seperti 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan atau 60 bulan. Jika simpanan biasa dalam bank, ada yang menawarkan kadar keuntungan sekitar 0.2% – 0.35% sahaja setahun, sedangkan fixed deposit menawarkan kadar keuntungan secara purata setinggi 2.85% setahun.

Konsep syariah yang terlibat ialah Tawarruq di mana komoditi digunakan sebagai aset pendasar bagi transaksi jual beli di antara pedagang komoditi, pelanggan dan pihak Bank.

Definisi Tawarruq

Tawarruq mengandungi dua kontrak jual dan beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara bayaran tangguh. Kemudiannya, pembeli tadi akan menjual semula aset yang dibeli kepada pihak ketiga secara tunai dan serta merta. Baca juga Aplikasi Tawarruq Dalam Deposit Bertempoh Patuh Shariah.

Sebenarnya instrumen ini digemari oleh pemilik bisnes (kita sebagai orang biasa patut belajar) adalah untuk mendapatkan kepercayaan bank bila-bila masa ‘sesak’ atau memerlukan penambahan modal. Kena baca Kemudahan Overdraf – Bagus Atau Tidak?

Sebelum membuat keputusan untuk menyimpan dalam deposit tetap, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui:

Kadar keuntungan
Pastikan anda mengetahui kadar keuntungan selepas tempoh matang untuk memastikan pulangan yang maksimum. Kadar keuntungan adalah berbeza-beza mengikut bank dan tempoh.

Tempoh
Bank-bank menawarkan tempoh yang berbeza, dari 1 bulan hingga beberapa tahun. Pilih tempoh yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kewangan anda.

Caj tersembunyi
Pastikan anda mengenal pasti semua caj yang akan dikenakan.

Penalti
Pastikan anda mengambil maklum tentang penalti yang dikenakan jika anda perlu mengeluarkan wang sebelum tempoh matang.

Bank
Ambil kira mutu perkhidmatan pelanggan dan reputasi bank sebelum memohon akaun deposit tetap. Selidik dan kaji dengan teliti sebelum membuat keputusan mengenai bank yang sesuai untuk anda.

Jom kita lihat senarai fixed deposit yang patuh syariah di Malaysia:

1. Affin Islamic Term Deposit-i

Deposit serendah RM5,000 dan tiada caj brokerage akan dikenakan. Kadar keuntungan berdasarkan konsep Syariah Wakalah bermula dari 2.3%.

2. Agrobank Fixed Return Islamic Account-i

Bagi Agrobank Fixed Return Islamic Account-i, minima RM5,000 deposit diperlukan. Tetapi tidak diberitahu pula berapa kadar keuntungannya.

3. Al-Rajhi Term Deposit-i

Modal deposit serendah RM500 untuk tempoh 3 bulan ke atas dan modal RM1,000 diperlukan untuk tempoh kurang daripada 3 bulan.

Al Rajhi Bank Malaysia juga telah melancarkan bank digitalnya, Rize di mana mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk akaun simpanan secara online.

4. Alliance Term Deposit-i

Modal RM500 untuk deposit bagi tempoh 2 bulan dan ke atas diperlukan untuk membuka akaun dengan Alliance Term Deposit-i. Namun, tidak dinyatakan berapakah kadar keuntungan.

5. AmBank Term Deposit-i

Modal deposit bermula dari RM1,000 untuk sebulan, dapatlah juga merasa pulangan 1.85% dengan Ambank Term Deposit-i ini.

6. Bank Islam Term Deposit-i

Kadar pulangan 2.65% untuk sebulan sehinggalah 3.1% untuk tempoh 5 tahun boleh diperolehi dengan Bank Islam Term Deposit-i ini.

7. Bank Muamalat Fixed Term Account-i

Akaun deposit yang ditawarkan berdasarkan konsep Syariah Tawarruq / Murabahah. Kadar keuntungan adalah dari 2.7% untuk tempoh sebulan sehinggalah 3.25% untuk tempoh 5 tahun.

8. Bank Rakyat Term Deposit Account-i

Untuk tempoh sebulan, dapatlah 2.75% dengan Bank Rakyat Term Deposit Account-i ini. Untuk tempoh 5 tahun pula, kadar keuntungan adalah setinggi 3.50%. Kelebihan jika membuka akaun simpanan tetap dengan Bank Rakyat, keuntungan diberi setiap bulan jika jumlah deposit yang dimasukkan melebihi RM5,000.

9. BSN Term Deposit-i

Dengan BSN Term Deposit-i ini, kadar keuntungan adalah 2.5% untuk tempoh 1 bulan sehingga 3.10% untuk tempoh 5 tahun. Individu yang berumur 15 tahun dan ke atas – Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara yang mempunyai alamat tetap di Malaysia layak untuk membuka akaun.

10. CIMB Islamic Akaun Pulangan Pendapatan Tetap-i

Deposit permulaan minimum RM5,000 untuk tempoh 1 bulan dan RM1,000 untuk tempoh 2 hingga 60 bulan. Kadar keuntungan berdasarkan konsep Shariah Tawarruq dari 2.35% sehingga 3.10%.

11. Citibank Time Deposit-i

This image has an empty alt attribute; its file name is Citibank-Time-Deposit-i-700x286.jpg

Fixed deposit yang patuh syariah ini menggunakan konsep Mudharabah. Kita hanya meletakkan deposit dan akan mendapatkan keuntungan.

Tapi tak diberitahu pula berapa kadar keuntungan yang boleh diperolehi.

12. Hong Leong Islamic Online Fixed Deposit-i

Minimum deposit RM500 bagi tempoh 2 bulan dan ke atas.

13. HSBC Amanah Term Deposit-i

Menarik juga tu kalau boleh dapat kadar keuntungan setinggi 2.30% – 3.45% dengan HSBC Amanah Term Deposit-i. Dan katanya boleh apply secara online saja.

Deposit serendah RM1,000 (2 bulan ke atas) atau RM5,000 untuk 1 bulan.

14. KFH International Commodity Murabahah Deposit-i

Dengan modal RM500 dah boleh buka akaun, tapi tak dinyatakan berapakah kadar keuntungan yang ditawarkan oleh KFH International Commodity Murabahah Deposit-i ini.

15. Maybank Islamic Fixed Deposit-i

Islamic Fixed Deposit-i oleh Maybank ini adalah berkonsepkan Murabahah. Kadar keuntungan yang ditawarkan bermula dengan 2.45% untuk tempoh sebulan sehingga 3.10% untuk tempoh 60 bulan.

Maybank kadang kala suka membuat promosi dengan memberikan kadar keuntungan yang lebih tinggi bagi pengguna aplikasi MAE. Jadi follow mereka rapat-rapat.

16. MBSB Term Deposit-i

Tinggi juga kadar keuntungan yang ditawarkan oleh MBSB Term Deposit-i, daripada 2.75% untuk tempoh sebulan sehingga 3.65% untuk tempoh 5 tahun. Istimewanya MBSB, mereka turut menawarkan akaun Junior Term Deposit-i, khusus bagi anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun.

17. OCBC Al-Amin Fixed Deposit-i

Ianya menawarkan serendah 1.35% untuk tempoh sebulan sehingga 1.85% untuk tempoh 5 tahun.

18. Public Bank Islamic Term Deposit-i

Konsep murabahah dan tawaruq digunakan dalam simpanan tetap Public Bank Islamik ini. Kadar keuntungan adalah 2.35% bagi tempoh sebulan sehingga 2.75% bagi tempoh 12 bulan. Kadar pulangan bagi tempoh melebihi 60 bulan boleh dibawa berbincang dengan pihak bank.

19. RHB Islamic Commodity Murabahah Deposit-i

RHB Islamic Commodity Murabahah Deposit-i menawarkan kadar keuntungan 2.40% untuk tempoh sebulan dan 2.80% untuk tempoh 12 bulan. Nak simpan untuk jangka masa lebih lama, kadar keuntungan boleh dibawa berbincang.

20. Standard Chartered Saadiq Term Deposit-i

Kadar keuntungan adalah dari 1.45% untuk sebulan sehinggalah 1.60% untuk tempoh 6 bulan dan ke atas.

21. Versa Cash-i

Semua fixed deposit di atas ada lock in period. Lepas tu kena menggunakan modal yang agak besar baru boleh buka akaun.

Tapi Versa, kita boleh mulakan dengan modal serendah RM10.

Terbaharu, Versa Cash-i ialah dana pengurusan kewangan patuh Syariah, yang melabur dalam Affin Hwang Aiiman Enhanced i-Profit Fund. Dana ini adalah dana yang diuruskan oleh AHAM Capital (dahulunya dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management) dan melabur dalam pelbagai deposit tetap Islamik jangka pendek.

Versa dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah e-services.

Antara kelebihan Versa Cash-i, anda boleh :

  • Buka akaun secara online menerusi aplikasi Versa
  • Boleh mulakan menyimpan dengan minima RM10
  • Cash Out atau keluarkan simpanan pada bila-bila masa, tanpa penalti
  • Deposit dan pengeluaran mengambil masa 1-2 hari bekerja
  • *Pulangan bersih sebanyak 3.27% p.a (September 2025)

Walaupun Versa Cash-i tidak dilindungi oleh PIDM, wang anda dilindungi dalam akaun amanah berasingan di bawah Deutsche Trustees Malaysia Berhad.

Cara mendaftar akaun sangat mudah, hanya muat turun aplikasi Versa:

App Store: https://apps.apple.com/my/app/versa-asia/id1534696596
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=asia.versa.cms&pli=1

Jangan lupa masukkan kod AYJRPR4V untuk terima RM10 percuma! Bila dah deposit pertama kali bernilai RM100, nanti dapat RM10 dalam bentuk unit secara percuma.

Baca juga Pinjaman dan Overdraf, Ketahui 7 Perbezaannya

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perladangan: Inventori Susut Kepada 2.2 Juta Tan Apabila Eksport Menaik

Saham Pilihan Utama: Johor Plantations Group (JPG), Sarawak Oil Palms (SOP), IOI Corp (IOI), London Sumatra Indonesia (LSIP), SD Guthrie (SDG) dan First Resources (FR)

Pada Mac, inventori minyak sawit (PO) Malaysia merosot kepada 2.27j tan. Paras inventori dijangka terus berada sekitar paras 2j tan kerana permintaan sepatutnya tetap kukuh memandangkan CPO diniagakan lebih rendah daripada minyak sayuran lain. Kami mengekalkan saranan NEUTRAL terhadap sektor ini, dan menyarankan para pelabur untuk terus berpegang pada dagangan positif.

Tahap pengeluaran menokok 7.2% MoM (-0.8% YoY) pada Mac

Lalu membawa pertumbuhan keluaran sejak awal 2026 hingga Mac kepada 11.1% YoY. Kenaikan MoM ini datang daripada ketiga-tiga wilayah yang didahului oleh Sarawak (+14.1%), Sabah (+7.4%) dan Semenanjung Malaysia (4.3%). Pertumbuhan YoY disokong oleh Sabah (+8.2%) and Sarawak (+0.6%), manakala pertumbuhan susut kepada 4.9% YoY di Semenanjung Malaysia.

Untuk Indonesia, data daripada Gabungan Pengusaha Kelapa Sawit Indonesia (GAPKI) hanya sehingga bulan Dis 2025, dengan keluaran CPO meningkat 8.7% pada awal 2025 hingga Dis. Dengan kenaikan keluaran tidak dijangkakan pada Mac, kita mungkin akan mencapai paras puncak dengan lebih awal tahun ini melainkan kejadian cuaca melampau berlaku. Kebarangkalian untuk kejadian El Nino berlaku kini mencecah 72-80% untuk Jun-Ogos 2026.

Eksport bagi Mac 2026 melambung naik 40.7% MoM (+54.3% YoY)

Lantas meningkatkan pertumbuhan eksport YTD-2026 kepada +28.4% YoY. Kenaikan secara MoM ini rata-ratanya telahpun diramalkan berlaku kerana CPO didagangkan pada harga purata yang lebih rendah sebanyak USD316/tan daripada minyak kacang soya (SBO) pada Mac 2026 (berbanding USD233/tan pada Feb 2026) walaupun pada harga diskaun lebih kecil sebanyak USD222/tan berbanding minyak bunga matahari (SFO) (berbanding USD297/tan pada Feb 2026). Kami ramalkan momentum eksport ini akan terus bertahan didorong oleh harga semasa CPO yang rendah bernilai USD325/tan berbanding SBO dan USD190/tan berbanding SFO, yang dapat menggalakkan minat membeli daripada negara-negara yang sensitif harga.

Pengimport menunjukkan minat bercampur baur pada Mac

Menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia, paras stok untuk Feb 2026 masih lagi belum tersedia. Walaupun
kenaikan MoM dalam eksport Malaysia mungkin menandakan berlakunya beberapa kegiatan penambahan semula stok, kami ingin menekankan bahawa import PO India menyusut hampir 19% pada Mac kepada paras terendah dalam 3 bulan memandangkan ia menangguhkan pembelian kerana harga yang tinggi. Makluman: Kegiatan pembelian akan masih terarah kepada PO Indonesia berikutan struktur cukainya yang lebih menguntungkan (kadar cukai 26% berbanding 10% di Malaysia).

Paras inventori Mac 2026 oleh Malaysia jatuh kepada 2.27j tan (-16.1% MoM, +45.1% YoY) daripada 2.70j tan pada Feb 2026

Hal ini disebabkan oleh kenaikan eksport dan penurunan import walaupun tahap pengeluaran semakin tinggi. Dengan ini, nisbah stok/penggunaan tahunan bagi Mac 2026 jatuh kepada 11.0% (daripada 17.9% pada Feb) walaupun ia masih lagi melebihi paras purata lampau 15 tahun berjumlah 10%. Melangkah ke hadapan, kita mungkin akan melihat paras stok terus berada pada sekitar paras 2j tan untuk beberapa bulan berikutnya kerana permintaan CPO mungkin masih kukuh.

Walaupun andaian harga CPO kami bernilai MYR4,250/tan untuk 2026 dan MYR4,100/tan untuk 2027-2028 sekarang dalam semakan

Kami menyarankan para pelabur untuk mengambil pendirian dagangan positif yang taktikal terhadap sektor ini.

Risiko-Risiko

Risiko-risiko negatif utama yang boleh menjejaskan prospek kami termasuk:
i. Perang perdagangan terus berlarutan
ii. Perubahan ketara dalam trend harga minyak mentah yang mengakibatkan pindaan dalam mandat biodiesel
iii. Ketidaknormalam cuaca yang menyebabkan berlakunya lambakan atau kekurangan bekalan minyak sayuran
iv. Perubahan mendadak dalam permintaan minyak sayuran yang disebabkan oleh perubahan dalam kitaran ekonomi atau dinamik harga
v. Keadaan buruh di Malaysia semakin memburuk lalu menyebabkan pengeluaran terjejas
vi. Semakan pada struktur cukai dan dasar-dasar perdagangan Indonesia
vii. Semakin banyak isu ESG yang perlu diteliti untuk syarikat-syarikat yang tersenarai di bursa

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.