6 Industri Yang Akan Meningkat Apabila Ekonomi Gawat

Pengumuman pakej stimulus dari pihak kerajaan yang memberi bantuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan, pengeluaran i-Lestari KWSP selama 12 bulan dan pelbagai lagi bantuan kepada para peniaga; ini merupakan indikator bahawa ianya akan mengambil masa yang lama untuk pulih daripada wabak Covid-19 ini.

Beberapa perkara yang kita perlu bersedia adalah kehilangan pekerjaan, tiada pendapatan, lambakan rumah tak terjual, lelongan rumah yang meningkat, pinjaman tak berbayar juga akan meningkat. Situasi ini berlaku kerana kita semua tidak dapat menjalankan urusan jual beli dan berjumpa klien seperti biasa.

Namun, ketika ini juga akan wujud usahawan dan jutawan segera yang bijak mengambil peluang. Bukan scammer ya, sebaliknya mereka yang menjalankan perniagaan dalam servis penting yang dicari orang ramai ketika musibah sedang melanda ini.

Jom kita tengok 6 industri yang akan meningkat apabila ekonomi gawat.

1. Kesihatan

Industri kesihatan sangat diperlukan dalam apa jua keadaan sekalipun. Samada dalam keadaan biasa, ekonomi gawat atau peperangan, di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Tidak semestinya yang bekerja di klinik dan hospital sahaja. Mereka yang menjadi pembekal barangan kesihatan, ubat-ubatan dan sebagainya.

2. Makanan dan Minuman

Photo by Prince Photos from Pexels

Pada musim gawat ini, orang akan kurang berkunjung ke kafe hipster dan mereka lebih memilih makanan dan gerai biasa. Bagi mereka yang berada dalam industri F&B ini, boleh mula ubah strategi dengan menjadikan platform online sebagai cara untuk memasarkan produk. Boleh cuba Ordering system yang dibangunkan anak tempatan seperti Yezza.

Dengan bantuan Grab Food, Food Panda, BungkusIT dan banyak lagi servis runner, ianya dapat memudahkan urusan penghantaran. Makanan dalam bentuk sejuk beku dan paste masakan juga semakin hangat.

Maklumlah, ramai orang duduk diam di rumah – maka banyak masa untuk ke dapur untuk masak.

3. Logistik

Sumber : www.facebook.com/MatdespatchMY

Perkhidmatan kurier dan logistik juga semakin meningkat. Ramai memilih untuk membeli barangan secara online saja berbanding ke luar rumah.

Urusan di pejabat penghantaran barang turut mendapat permintaan tinggi. Ada yang menyediakan perkhidmatan persendirian sebagai runner atau despatch untuk menghantar dokumen atau barang dengan segera. Boleh cuba servis seperti BungkusIT atau Mat Despatch.

Secara tidak langsung, industri logistik yang melibatkan urusan perkapalan dan barangan keluar masuk Malaysia juga menjadi sibuk.

4. DIY

Industri dan barangan Do-It-Yourself (DIY) turut mendapat permintaan tinggi. Daripada membeli sesuatu yang baru di mana ianya melibatkan kos yang tinggi, maka ramai memilih untuk membaikinya terlebih dahulu. Boleh tengok bermacam-macam video di YouTube sekiranya memerlukan bantuan.

Selain daripada itu, ada juga yang mempunyai inisiatif untuk menanam sendiri pokok keperluan tanpa perlu lagi membeli di kedai. Ada yang tanam pokok cili, pokok kari, pokok pandan, pokok limau dan sebagainya. Tanaman secara hidroponik juga boleh diusahakan jika mempunyai tanah lapang.

5. Pakaian

Pakaian juga adalah salah satu keperluan penting. Ketika musim gawat, tidak ramai ingin membeli pakaian berjenama.

Maka ramai akan memilih pakaian murah dari bundle, kedai tanpa jenama dengan harga yang murah.

Termasuklah juga kasut, beg, tudung dan macam-macam lagi. Jimat selagi boleh.

6. Perkhidmatan & Membaikpulih

Industri perkhidmatan atau khidmat membaikpulih tidak akan terkesan walaupun musim gawat. Di antaranya seperti servis menjahit pakaian dan langsir. Musim gawat orang tak beli barang baru, jadi servis membaik pulih barangan elektrik, aircond, mesin basuh, peti sejuk dan lain-lain pasti akan lebih tinggi permintaannya.

Semoga perkongsian ini dapat memberi idea dan panduan untuk mereka yang diuji agar dapat melakukan sesuatu dan menjana pendapatan. Kita perlu percaya rezeki ini luas, kena banyak berdoa agar diberi petunjuk dan terus berusaha serta tawakal.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Mastercard Memperkenalkan Penyelesaian Risikan Ancaman Pertama Untuk Memerangi Penipuan Pembayaran Secara Besar-Besaran

MALAYSIA – 30 Oktober 2025 – Hari ini, Mastercard mengumumkan pelancaran Mastercard Threat Intelligence, penawaran risikan ancaman pertama yang digunakan secara meluas dalam pembayaran. Penyelesaian ini menggabungkan pandangan global Mastercard mengenai penipuan dengan risikan ancaman siber daripada Recorded Future, bagi memperkasa institusi kewangan di seluruh Asia Pasifik (APAC) untuk mengesan, mencegah dan bertindak balas terhadap penipuan yang didayakan oleh siber dengan lebih pantas dan tepat.

Jurang risikan antara pasukan siber dan pasukan penipuan kekal kritikal. 60% eksekutif global dalam bidang penipuan dan risiko hanya dimaklumkan mengenai pelanggaran data siber selepas kerugian penipuan bermula, angka ini meningkat kepada 67% di seluruh APAC. Begitu juga, 83% pemimpin institusi kewangan APAC melaporkan rasa kecewa terhadap kekurangan integrasi risikan ancaman siber masa nyata (CTI).

“Penipuan pembayaran kini bukan lagi sekadar isu sistem pembayaran — ia adalah cabaran keselamatan siber yang memberi kesan langsung terhadap keuntungan sesebuah organisasi,”
kata Matthew Driver, Naib Presiden Eksekutif Perkhidmatan, Asia Pasifik di Mastercard.
“Mastercard Threat Intelligence menjembatani jurang komunikasi, membolehkan pasukan penipuan dan keselamatan bekerjasama dengan lancar untuk menghentikan penipuan sebelum ia berlaku.”

“Asia Pasifik sedang menyaksikan lonjakan dalam penipuan yang didayakan oleh siber, dan keperluan untuk risikan bersepadu tidak pernah begitu mendesak,”
kata Aditi Sawhney, Naib Presiden Kanan Penyelesaian Keselamatan, Asia Pasifik di Mastercard.
“Kami membantu pelanggan kami beralih daripada tindak balas yang terpecah-pecah kepada strategi pertahanan bersepadu berasaskan risikan yang memperkukuh daya tahan dalam keseluruhan ekosistem pembayaran.”

Mastercard Threat Intelligence menawarkan kepada pelanggan beberapa ciri utama berikut:

  • Pengesanan ujian kad: Amaran masa nyata dan penolakan proaktif terhadap transaksi ujian palsu, mengurangkan penipuan susulan dan melindungi pemegang kad.
  • Risikan pengimbasan digital: Data kuantitatif untuk menilai kesan pengimbas dan menghapuskan perisian hasad berkaitan kad dengan memanfaatkan kerjasama industri Mastercard.
  • Risikan ancaman peniaga: Pandangan sasaran untuk menilai risiko peniaga dan membolehkan tindak balas insiden yang lebih pantas.
  • Risikan ancaman ekosistem pembayaran: Laporan mingguan mengenai ancaman dan kelemahan baharu merentasi landskap pembayaran global.
  • Laporan risikan pembayaran: Kajian kes yang boleh diambil tindakan dan analisis trend penipuan untuk memaklumkan strategi dan memperkukuh pertahanan.

Silo operasi terus mencabar daya tahan risiko. Dua daripada tiga pemimpin penipuan dan risiko di seluruh dunia menyorot silo sebagai kebimbangan utama, dengan 72% pemimpin APAC menganggap isu berakar ini sebagai keutamaan tertinggi mereka.

“Silo operasi dalam pasukan penipuan dan siber terus membelenggu pemimpin risiko sebagai kebimbangan besar,” kata Driver.
“Dengan Mastercard Threat Intelligence, kami memberikan pelanggan kami keupayaan pandangan global, risikan ancaman, dan alat untuk mencegah penipuan serta beroperasi dengan selamat dalam dunia yang saling berhubung.”

Walaupun terdapat cabaran, pemimpin APAC turut menyaksikan manfaat daripada integrasi yang dipertingkatkan. Sebilangan besar (89%) institusi di rantau ini melaporkan tindak balas pertahanan penipuan yang lebih pantas selepas usaha integrasi dijalankan, mendahului semua rantau global dari segi peningkatan kelajuan.

Pelancaran Mastercard Threat Intelligence hadir kurang daripada setahun selepas Mastercard memuktamadkan pengambilalihan Recorded Future, dan menunjukkan komitmen kedua-dua syarikat untuk menyampaikan pendekatan bersepadu berasaskan risikan bagi melindungi ekonomi digital.

Sepanjang tempoh ujian pasaran selama enam bulan, data risikan Mastercard telah membantu rakan-rakan ekosistem mengenal pasti dan menutup domain berniat jahat yang dikaitkan dengan kecurian data kad pembayaran, yang menjejaskan hampir 9,500 laman e-dagang dan dianggarkan menyebabkan kerugian penipuan sebanyak USD120 juta.

Mastercard Threat Intelligence kini tersedia untuk penerbit dan pemeroleh di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Mastercard.