
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) — Anggota Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) akan mula melaksanakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kewangan yang berkaitan secara berperingkat mulai 1 Julai, 2025, mengikut garis panduan dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Ini berikutan pewartaan perundangan cukai perkhidmatan baru-baru ini berhubung pengembangan skop cukai perkhidmatan, kata ABM, Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA).
Ketiga-tiga persatuan itu berkata, pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kewangan akan selaras dengan perundangan dan garis panduan berkaitan yang diwartakan atau dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan JKDM.
“Cukai perkhidmatan akan dikenakan pada kadar lapan peratus ke atas perkhidmatan kewangan berasaskan yuran dan komisen.
“Kami memberi jaminan kepada pelanggan bahawa beberapa pengecualian telah diberikan, contohnya perkhidmatan perbankan asas untuk orang ramai termasuk caj semasa dan berkaitan akaun simpanan akan kekal dikecualikan daripada cukai perkhidmatan untuk kedua-dua perkhidmatan perbankan konvensional dan Islam,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, ABM, AIBIM dan MIBA menasihati orang ramai untuk merujuk kepada pengumuman/kenyataan daripada bank masing-masing, ia akan diterbitkan menerusi saluran rasmi bank tersebut.
— BERNAMA

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.












