Belanjawan 2025 Perlu Beri Tumpuan Isu Kos Sara Hidup – PM Anwar

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Belanjawan 2025 dijadual dibentangkan pada 18 Oktober depan di Dewan Rakyat, memberi tumpuan kepada aspek menangani dan mengurangkan kos sara hidup.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata isu kos sara hidup sentiasa menjadi kebimbangan rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan keselesaan kepada rakyat yang terkesan.

“Walaupun saya boleh sebut gula, minyak, tepung, minyak masak kita adalah paling murah…tapi bagi rakyat Malaysia, masih merasa beban.

“Sebab itu saya katakan kita dalam Belanjawan ini, selain isu yang kita bincangkan, kita usahakan juga masalah kartel, monopoli dan punca kenapa harga barang naik, semua ini harus kita tangani,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan (MoF) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Perdana Menteri berkata MoF, menerusi usaha rentas kementerian, harus memikirkan dan mencari kaedah serta jalan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Kos sara hidup yang meningkat itu antara lain disebabkan oleh masalah ketirisan, rasuah, seludup dan kartel, katanya.

“Pengalaman Saudara (MoF) sama ada dalam penguatkuasaan atau perancang dasar akan lebih faham, tidak mungkin kita tidak fikir kaedah dan jalan untuk mengurangkan kos.

“Kos ini meningkat di antara lain (disebabkan) ketirisan, rasuah, seludup dan keuntungan berlebihan melalui kartel,” katanya.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.