Baru Lawan Lama: Dua Cara Untuk Mengira Sumbangan PCB di Malaysia

Proses mengisi borang cukai pendapatan PCB merupakan antara perkara yang paling remeh yang terpaksa kita hadapi setiap tahun. Jelas bahawa terdapat ramai warganegara Malaysia yang masih tidak pasti bagaimana untuk mengira sumbangan cukai tahunan mereka walaupun sudah sekian lama berbuat demikian. Jika anda menghadapi situasi yang sama, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian.

Jika anda percaya bahawa sudah tiba masanya untuk mengawal situasi kewangan anda, inilah dua kalkulator cukai pendapatan atas talian yang boleh anda gunakan: Kalkulator PCB dan Kalkulator PCB PayrollPanda. Kedua-duanya boleh mengira sumbangan cukai bulanan anda di Malaysia.

Kalkulator PCB

Kalkulator digital ini dimiliki dan diuruskan oleh agensi pungutan cukai kerajaan, iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kalkulator PCB

Kalkulator ini membolehkan anda mengira kadar cukai pendapatan bulanan bersih anda dengan:

  1. Mengisi maklumat peribadi anda
  2. Mengisi  maklumat kadar saraan dan elaun bulanan anda
  3. Mengisi kadar saraan bulanan yang layak dikenakan potongan cukai, seperti  sumbangan KWSP, insurans nyawa, perbelanjaan perubatan dan maklumat lain yang berkaitan.
  4. Mengisi rebat bulanan anda termasuklah Zakat.
  5. Setelah semua maklumat untuk setiap bahagian telah diisi dan dipastikan betul, anda boleh klik butang ‘Kira’ untuk mendapatkan kadar  potongan PCB anda.

Kalkulator ini berguna untuk pekerja yang mahu mengetahui sumbangan cukai pendapatan bulanan mereka setelah mengambil kira potongan –potongan yang diiktiraf di bawah undang-undang.

Terdapat 21 pelepasan cukai yang boleh dituntut oleh pembayar cukai. Anda hanya perlu mengambil tahu tentang pelepasan-pelepasan ini dan menyimpan resit-resit yang berkaitan apabila berbelanja dalam perkara ini. Antara perkara–perkara yang dikecualikan daripada cukai termasuklah:

  • Pemeriksaan kesihatan sehingga RM500 setahun;
  • Perbelanjaan perubatan untuk diri, suami /isteri dan anak-anak sehingga RM6,000 setahun;
  • Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO sehingga RM250 setahun
  • Pelepasan perbelanjaan gaya hidup sehingga RM2,500 setahun ( termasuklah pembelian buku, jurnal, majalah, penerbitan-penerbitan lain, komputer peribadi, peralatan sukan dan langganan internet bulanan)
  • Insurans perubatan dan pendidikan sehingga RM 3,000
  • Yuran institusi pendidikan tinggi tertentu sehingga RM7,000 setahun
  • Pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan ini dihadkan kepada RM1,000 setiap dua tahun.

Walaupun laman ini boleh membantu pekerja mengira dan memantau pemotongan dan pemulangan cukai bulanan untuk diri mereka, Kalkulator PCB dari LHDN ini mungkin bukan  cara yang terbaik untuk orang awam . Ini disebabkan laman pengguna mereka  yang agak mengelirukan serta sukar digunakan kerana ketiadaan arahan yang jelas. Oleh sebab itu, ianya boleh memakan masa yang lama untuk majikan dan pekerja memahami cara penggunaan yang betul.

PayrollPanda PCB Calculator

Untuk menyelesaikan masalah ini, PayrollPanda, sebuah syarikat penyelesai isu-isu gaji di Malaysia, telah mencipta satu kalkulator yang percuma dan mudah digunakan untuk membantu kakitangan bahagian sumber manusia dan majikan.

Kalkulator PCB PayrollPanda adalah selaras dengan keperluan-keperluan LHDN dan anda boleh mengira pemotongan cukai bulanan diri anda ataupun pekerja anda dengan menggunakan perisian ini.

Kalkulator ini hanya memerlukan anda melakukan perkara-perkara berikut untuk mendapatkan sumbangan PCB bulanan:

  1. Masukkan maklumat peribadi seperti alamat dan status perkahwinan
  2. Masukkan jumlah gaji bulanan, serta pendapatan lain ( termasuklah yang berulang ataupun sekali sahaja)
  3. Pilih peratusan caruman KWSP, sama ada 5.5% ataupun 11%. Anda boleh juga memasukkan peratusan yang lain.
  4. Pilih jenis caruman SOCSO ( sama ada skim bencana pekerjaan ataupun skim keilatan), ataupun masukkan sendiri jumlahnya.
  5. Pastikan anda menyemak auto-penjumlahan Skim Insurans Pekerja anda
  6. Tambahkan slip gaji anda untuk tahun ini
  7. Mudah sahaja! Anda akan mendapat potongan cukai PCB bulanan dan gaji bersih di situ dengan segera. Anda juga boleh mendpatkan slip gaji dalam bentuk PDF sekiranya anda meletakkan alamat e-mail anda.

Perkara Penting

  1. Kalkulator PCB oleh LHDN sesuai untuk para pekerja yang ingin mengira sumbangan cukai bulanan mereka, dan ianya boleh didapati dalam Bahasa Melayu serta Inggeris, yang merupakan satu faedah tambahan.
  2. Kalkulator PCB PayrollPanda pula sesuai untuk kedua-dua majikan dan pekerja kerana boleh memperolehi  kadar caruman cukai bulanan dan gaji bersih dengan tepat dan segera. Tambahan pula, kalkulator ini senang digunakan dengan hanya mengisi gaji bulanan dan beberapa maklumat lain. Ianya juga kelihatan lebih menarik dan memberikan anda peluang untuk menjana slip gaji apabila anda mengisi alamat e-mail. Semua ini dengan PERCUMA!

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang PayrollPanda dan perkhidmatan mereka yang lain, anda boleh terus ke laman mereka di sini ataupun menghubungi mana-mana pembantu khidmat pelanggan mereka yang terdapat di kotak sembang pelanggan di laman tersebut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

HASiL Bongkar Ketidakpatuhan Cukai Melibatkan Kartel Jual Beli Kenderaan Mewah

Sejajar dengan usaha kerajaan dalam memerangi kartel dan sindiket penyeludupan yang berakar umbi sejak puluhan tahun hingga menjejaskan hasil negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah melaksanakan satu operasi penguatkuasaan terhadap sebuah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel jual beli kenderaan mewah.

Operasi yang dijalankan serentak ini melibatkan tiga (3) lokasi utama di sekitar Lembah Klang iaitu premis perniagaan, kediaman pengarah syarikat dan sebuah firma juruaudit. Menerusi operasi ini, tindakan penggeledahan telah dilakukan bagi mendapatkan dokumen dan bahan bukti berkaitan ketidakpatuhan cukai.

Siasatan awal mendapati syarikat tersebut gagal melaporkan pendapatan sebenar daripada transaksi jualan dengan jumlah anggaran sekitar RM70 juta. Susulan itu, kes sedang disiasat di bawah kesalahan subseksyen 112(1A) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 terhadap syarikat dan perenggan 113(1)(a) ACP 1967 terhadap pengarah syarikat.

Sementara itu, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, ketika dihubungi mengesahkan operasi tersebut. Menurut beliau, operasi ini adalah sebahagian daripada tindakan bersasar HASiL dalam memperkukuh pematuhan cukai, khususnya dalam sektor yang melibatkan transaksi bernilai tinggi seperti kenderaan mewah. Tambah beliau lagi, ketidakpatuhan yang melibatkan jumlah besar bukan sahaja merencatkan hasil negara malah menjejaskan keadilan sistem percukaian dan tidak harus dipandang ringan.

HASiL menegaskan bahawa antara kes pelarian cukai yang sedang dan akan diambil tindakan pendakwaan, termasuk kes-kes melibatkan kegiatan perlombongan emas, penipuan (scam), penyalahgunaan status kebajikan untuk mengaburi transaksi, hasil perjudian, aktiviti haram lain, serta perniagaan milik warga asing yang gagal melaporkan pendapatan. Langkah ini menunjukkan komitmen berterusan HASiL untuk memastikan setiap pihak mematuhi peraturan percukaian dan membendung ketirisan hasil negara.

Justeru, HASiL kekal teguh dalam memastikan integriti sistem percukaian negara terus terpelihara dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana cubaan mengelak cukai dan memastikan setiap pihak menunaikan tanggungjawab cukai mereka demi kesejahteraan negara dan rakyat.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi:

a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/