Cara Buat E-Filing Cukai Pendapatan 2023

Jika anda baru sahaja bekerja, dan langsung tidak tahu cara nak melaporkan pendapatan kepada LHDN, berikut ialah panduan berguna memfailkan pendapatan anda buat kali pertama.

Undang-undang yang berkuat kuasa sejak 2015 menyatakan bahawa individu yang bekerja di Malaysia dan memperoleh pendapatan gaji tahunan sebanyak RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu memfailkan cukai pendapatan.

Maksudnya kena hantar borang, belum tentu kena bayar cukai.

Jadi, berapa gaji yang kena atau tak kena bayar cukai?

Pihak HASiL (LHDNM) juga telah kirakan siap-siap berapa gaji yang tak layak bayar cukai. Dengan pecahkan kepada beberapa kategori,

  1. Diri Sendiri (Bujang/ Janda/ Balu/ Duda/ Pasangan takda income)
  2. Kahwin Taksiran Berasingan
  3. Kahwin Taksiran Bersama

Bagaimana Nak Lapor Cukai?

Dekat Malaysia kita amalkan Sistem Taksir Sendiri iaitu satu konsep kena kira sendiri dan bayar. Pihak HASiL (LHDNM) tak hantar surat atau borang cukai ke rumah kita. Kita boleh hantar borang cukai secara atas talian.

Urusan Cukai Mudah Saja dengan MyTax

Pelepasan Cukai 2022

Semak Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2022 yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing LHDN untuk e-Filing 2023.

Previous ArticleNext Article

 Trump Umum Tarif Asas Kepada Semua Negara  Termasuk Malaysia Sebanyak 24 Peratus

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Presiden Donald Trump semalam mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti yang lebih tinggi melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.

Langkah ini boleh menyebabkan ekuiti Asia berada dalam tekanan apabila pasaran kewangan dibuka pada Khamis.

“Walaupun ini menyebabkan peningkatan awal di peringkat global, sentimen di Asia dijangka menyusut apabila pasaran menilai tarif lebih tinggi yang tertumpu kepada negara tertentu termasuk China, yang berdepan 34 peratus tarif ke atas import dan 24 peratus duti Jepun.

“Vietnam dan Kemboja mengalami tarif yang lebih tinggi, masing-masing pada 46 peratus dan 49 peratus,” kata pelabur dan penganalisis makro global ActivTrades Anderson Alves dalam komentar pasaran.

Alves berkata persekitaran enggan mengambil risiko yang meluas dijangka berlaku di pasaran Asia pada Khamis, dengan dolar AS diunjur mengatasi mata wang serantau.

Sektor teknologi dan semikonduktor dijangka mencerminkan penurunan yang berlaku di pasaran AS, dengan indeks Nasdaq berteknologi tinggi mengakhiri peningkatan awal apabila ditutup tiga peratus lebih rendah.

“Operator pasaran akan memantau dengan teliti reaksi China terhadap tarif AS yang diumumkan. Sebahagiannya menjangkakan China akan mengurangkan pelaburan di AS untuk memperkukuh kedudukan rundingannya dalam rundingan perdagangan AS,” katanya.

Menurut Rumah Putih,  AS akan memberikan respons terhadap sebarang cubaan untuk mengambil tindak balas terhadap duti yang dikenakan.

Katanya pergelutan perdagangan mungkin menjadi pemacu utama bagi pasaran hari ini dan sepanjang minggu ini.

— BERNAMA