Magnum Berhad ‘ditampar’ Lembaga Hasil Dalam Negeri RM476.5 Juta

Tahukah anda syarikat perjudian terbesar di Malaysia iaitu Magnum Berhad meraih pendapatan tahunan mencecah billion setiap tahun? Fuh. Banyak tu.

  • Tahun 2016 RM2.6 billion
  • Tahun 2015 RM2.7 billion
  • Tahun 2014 RM2.8 billion

Sumber : Laporan Tahunan, Bursa Malaysia

Sekali imbas jumlah pendapatan dan kos perbelanjaan dekat-dekat jumlahnya. Bisnes billion-billion tetapi untung kasar ratus juta saja? Ops ini hanya sekali imbas.

Adakah mereka turut menyumbang kepada ketirisan hasil negara? Jika betul maka tahniah kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan diharap ini dapat memberi kesedaran kepada syarikat-syarikat lain di luar sana terhadap tanggungjawab membayar cukai yang sepatutnya.

Jom ikuti laporan seperti yang tersiar di The Edge, IRB Slaps RM476.5m Penalty on Magnum, Unit

Magnum Bhd dan subsidiarinya Magnum Holdings Sdn Bhd (MHSB) telah diserahkan notis taksiran dengan penalti daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM476.47 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pengendali nombor loteri itu berkata Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) mengarahkan Magnum membayar penalti RM22.71 juta bagi tahun taksiran 2008 dan 2011-2015.

Sementara itu, Magnum Holdings Sdn Bhd (MHSB) pula telah diarahkan membayar RM453.75 juta.

Taksiran cukai ini dibangkitkan atas beberapa sebab.

LHDN tidak membenarkan potongan MHSB terhadap belanja faedah dan belanja faedah pinjaman saham (loan stock) yang ditanggung semasa penswastaan ​​Magnum Corp Sdn Bhd pada tahun 2008 (ketika itu merupakan syarikat tersenarai awam dikenali sebagai Magnum Corp Bhd).

LHDN juga tidak membenarkan perbelanjaan faedah bagi pelaburan.

“Setelah berunding dengan peguam, lembaga pengarah berpendapat ada alasan yang munasabah untuk mencabar kesahihan notis taksiran yang dibangkitkan dan penalti yang dikenakan,” kata Magnum.

 

Apa pun, syabas LHDN!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini – MOF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF menjelaskan bahawa buat masa ini kerajaan mendapati sumbangan hasil cukai kekayaan adalah tidak signifikan sekiranya elemen pengecualian dan pelepasan cukai diberikan sepertimana pelaksanaan lain-lain cukai yang sedia ada.

“Pelaksanaan cukai kekayaan dalam apa-apa bentuk atau mekanisme perlu diteliti daripada pelbagai aspek termasuk asas kenaan cukai yang kecil dan terhad di Malaysia.

“Namun, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar percukaian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prinsip keadilan dan saksama serta lebih bersasar supaya struktur percukaian kekal progresif dan mampu mengurangkan jurang ketidaksamaan sosioekonomi,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Pada masa sama, menurut MoF, pendekatan secara lebih bersasar telah dilaksanakan dengan meluaskan asas cukai kepada golongan yang lebih berkemampuan.

Ini termasuk melalui pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai, cukai dividen bagi pendapatan dividen melebihi RM100,000 dan cukai yang dikenakan ke atas agihan keuntungan melebihi RM100,000 yang diterima oleh pekongsi daripada perkongsian liabiliti terhad.

— Bernama