
Sub Topik
“Duit raya anak aku yang tahun lepas masih terperam dekat dalam almari. Patutnya dah kena buatkan akaun sendiri ni. Kalau dapat laburkan lagi bagus. Tapi, dekat mana?”
Setiap kali raya, balik kampung atau bertemu saudara mara, ada saja wang yang dihulurkan untuk anak-anak kita. Walaupun masih bayi, ada juga rezeki untuk mereka.
Didikan mengenai kewangan dan simpanan ini boleh bermula sejak kecil. Lagi awal lagi bagus. Malah, akaun pelaburan boleh menjadi aset atau hadiah yang terbaik dari untuk masa depan anak. Selain boleh digunakan di saat kecemasan, ia juga boleh digunakan ketika anak menyambung pelajaran di Universiti, melangsungkan perkahwinan, atau sebagai duit deposit rumah pertama mereka.
Berikut adalah beberapa jenis pelaburan atau simpanan untuk anak-anak yang sangat berbaloi demi masa depan mereka.
1. Tabung Haji
Tabung Haji adalah satu bentuk simpanan untuk anak yang boleh menjadi sebuah pelaburan yang amat berbaloi. Bagi tahun terkini 2016, dividen yang diagihkan adalah 4.25% manakala bonus Haji 1.5%. Selain nilai dividen dan bonus yang tinggi, jumlah simpanan permulaan untuk membuka akaun Tabung Haji hanyalah RM2 saja!
Dokumen yang diperlu:
- Sijil lahir / MyKid kanak-kanak tersebut
- Sijil Nikah (ibu / bapa tiri)
Apabila mendaftar akaun kanak-kanak, anda juga boleh terus mendaftar haji untuk si kecil kerana seperti yang kita sedia maklum, giliran yang perlu ditunggu amaaaatlah panjang. Tabung Haji tentunya menjadi pilihan utama kerana subsidi Haji yang diberikan beserta khidmat pengurusan yang dipercayai dan memuaskan. Menurut sumber setakat tahun 2017, Tabung Haji akan terus mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980 bagi seorang jemaah pada tahun ini walaupun kos sebenar meningkat kepada RM19,550 seorang. Untuk mendaftar Haji, pendeposit perlu mencukupkan wang sehingga RM1,300 di dalam akaun.
2. Akaun Remaja ASB
Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah antara simpanan untuk anak yang paling popular dan tak perlu diperkenalkan lagi. Ia juga merupakan pelaburan jangka masa panjang yang sesuai kerana berisiko rendah dan mempunyai kadar keuntungan yang tinggi dan kompetitif dengan pasaran.
Bagi tahun terkini 2021, dividen yang diagihkan adalah 4.25% manakala bonus 0.75%. Ini jauh lebih baik jika disimpan dalam bank.
Sejak tahun 2000, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah memperkenalkan skim amanah saham terbaru yang membolehkan pelaburan dibuat untuk bayi berusia 6 bulan ke atas, iaitu Akaun Remaja. Sebelum ini, ia hanya dibolehkan kepada mereka yang berusia 12 tahun ke atas. Jadi, rugi kalau tak rebut peluang ini.
Untuk mendaftar Akaun Remaja ini, dokumen yang diperlukan adalah:
- Borang Pendaftaran Unit Amanah (diambil di Pejabat ASB)
- Kad Pengenalan dan/atau Sijil Lahir Remaja
- Kad Pengenalan Penjaga Berdaftar
- Wang Tunai
ASB biasanya suka buat peraduan Simpan & Menang. Cuba tengok di laman web ASB.
3. SSPN-i
Simpan, simpan, simpan, jaminan masa depan. Zaman sekarang, anak muda ramai yang dah terbeban dengan hutang pendidikan seawal usia 20an. Walaupun belum dapat kerja, hutang berkepuk-kepuk dah menunggu untuk dilunaskan. Oleh itu, sekiranya sasaran kita menabung untuk anak supaya anak tidak terbeban dengan hutang PTPTN, akaun SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) boleh dibuka bermula usia anak 1 tahun.
Seperkara lagi, kini PTPTN telahpun mewajibkan peminjam supaya ada akaun SSPN. Nanti kalau anak dah masuk universiti, tak payahlah nak susah-susah lagi.
Untuk menyokong kepentingan pendidikan untuk generasi baru ini, kerajaan juga bertindak untuk memberi pengecualian cukai taksiran dengan had maksimum sehingga RM8000 setahun. Berbaloi kan?
4. Unit Trust
Umumnya, unit trust adalah sejenis pelaburan yang lebih berisiko berbanding Tabung Haji atau ASB yang kita biasa dengar. Modal permulaan adalah RM1,000 dan anda berpeluang mendapat agihan mengikut peratus keuntungan semasa. Ia adalah pelaburan jangka masa panjang yang jauh lebih menguntungkan, tapi kenalah pastikan wang tidak tersentuh dan backup sedikit dengan ilmu pelaburan dari semasa ke semasa.
Baca lagi di sini Apa itu Unit Trust?
Daripada ‘Terperam’, Baik Dilaburkan!
Jika selama ini anda hanya membuka akaun simpanan untuk anak di bank, apa kata anda manfaatkan peluang jangka masa panjang ini untuk pelaburan yang lebih baik. Ini kerana, keuntungan yang diberikan dalam simpanan bank biasa adalah sangat sedikit, iaitu sekitar 1-3% sahaja.
Jadi, daripada dibiarkan terperam saja dalam almari baju, lebih baik kalau kita laburkannya untuk jangka masa panjang. Secara tak langsung, anak-anak pun dapat turut belajar selok-belok tentang tertib kewangan sejak kecil lagi.
Sebenarnya jika nak lebih berbaloi belikan anak-anak kita saham-saham yang berpotensi tinggi. Tak kiralah saham dekat Bursa Malaysia atau luar negara. Beli dan peram.
Tahu tak berapa pulangan yang kita boleh dapat bila kita beli saham-saham luar negara ini 5 tahun lepas?
Apple – 289.60%
Microsoft – 286.93%
Twitter – 157.71%
Crocs – 692.69%
Ya. Memang gila kan? Cuma pasaran saham memang tak sama dengan ASB atau Tabung Haji. Tak confirm akan untung. Ia berisiko tinggi untuk rugi dan tak semua orang berani buat.
Tapi, jika nak pulangan besar kenalah berani ambil risiko yang besar. Bak kata pepatah kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Panduan melabur saham global:
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- Memang Seronok Buat Untung Dalam USD Di Wall Street
- Kenali 5 Syarikat Semikonduktor Yang Terbaik Di Wall Street
- Crocs Punyai Permintaan Tinggi, Harga Saham Naik Lebih 120%
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.
Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.
Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.
Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma
Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street