GDP Negara Meningkat Tapi Kenapa Rakyat Masih Rasa Terbeban?

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP) negara adalah sebanyak 5.9% untuk tahun 2017. Jika dilihat kepada statistik di bawah, jelas menunjukkan perkembangan berbanding tahun 2015 dan 2016. Persoalannya, mengapa rakyat masih rasa terbeban walaupun ekonomi negara meningkat?

Carta di atas diambil daripada Trading Economics.

Dan hari ini, kami akan kongsikan tulisan oleh Izzuddin Yussof bagi merungkai salah faham berkaitan GDP dimana beliau akan menghuraikan persepsi dan realiti berkaitan ekonomi negara dan taraf hidup rakyat.

Sebelum Kita Mula, Apa Itu GDP?

Kalau kita merujuk kepada Wikipedia:

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional sesebuah negara. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar).

Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.

Dengan kata lain, anda perlu mencampurkan perbelanjaan pengguna, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan nilai eksport dan ditolak dengan nilai import.

Dah tahu apa itu GDP, jom kita hadam kenapa GDP negara meningkat, tetapi rakyat rasa terbeban. Semoga kita beroleh manfaat daripadanya.

Keadaan ekonomi yang sukar selalu menjadikan orang mencari-cari siapa atau apa untuk dipersalahkan. Dan sesetengah pihak membuat konklusi salahnya adalah pada GDP. Jadi ini sekadar menjawab beberapa claim yang biasa dibuat mereka yang anti dengan GDP.

Apa yang penting bukan GDP, tetapi taraf hidup rakyat!

Memang GDP bukanlah satu ukuran kepada ‘welfare’, perkara ini dinyatakan oleh Simon Kuznets, pereka GDP sendiri. GDP adalah indikator yang mengira berapa banyak ‘economic activity’ yang dihasilkan di dalam sebuah negara. Kita boleh menjual 50 ekor kambing (higher GDP), tetapi lebih ‘miskin’ daripada yang menjual 20 ekor kambing (higher profit)

Contoh praktikal paling senang harga minyak. Bila harga minyak jatuh, pengeluaran minyak lebih tinggi. Tetapi syarikat dan negara pengeluar minyak lebih miskin sebab harganya jatuh. Maka memang GDP bukan kayu ukur kepada taraf hidup.

GDP tidak bermaksud profit / income. Most of the time ianya sama, tetapi ada masanya ianya berbeza.

Maksudnya GDP bukanlah indikator ekonomi paling utama, baik tengok kepada income level?

Betul dan salah, ianya subjektif. Antara menghasilkan 50 ekor kambing tetapi lebih miskin, dengan menghasilkan 20 ekor kambing, tetapi lebih kaya. Mana yang anda rasakan lebih baik? Di sudut pengajian ekonomi, economist memang lebih fokuskan apa yang memberi manfaat kepada orang lain berbanding apa manfaat yang kita dapat.

Sebab tu GDP adalah berkaitan production (apa yang kita beri), bukan consumption (apa yang kita dapat)

Tapi masih income level itu penting di dalam ekonomi. Sebab tu assessment ekonomi perlu mengambil kira banyak indikator. Termasuk juga indikator inequality.

GDP growth ni sebenarnya hasil consumerism. Suruh orang belanja semakin banyak dari tahun ke tahun.

Cara kiraan GDP adalah untuk mengira production berbanding consumption. Sebab itulah kita menolak berapa yang kita belanjakan untuk imports di dalam kiraan GDP. Kerana fokus GDP adalah pada apa manfaat yang dihasilkan, bukan apa yang kita belanjakan. Kalau fokusnya apa yang kita belanja, maka imports akan diambil kira dalam GDP.

GDP growth ini tidak perlu. Banyak lagi benda lain lagi penting daripada GDP growth

Kalau nak jadikannya bahasa mudah, dia seolah-olah bermaksud… Kita tak perlukan semakin banyak rumah dibina. Kita tak perlukan Perodua untuk hasilkan lebih banyak kereta. Kita tak perlukan semakin banyak ayam dijual di pasar.

Dan ianya juga sama dengan mengatakan, “kita tak perlu semakin ramai orang berkerja tahun ni, okay je kalau semakin ramai tak ada kerja”

Itulah perumpamannya. Kerana GDP ini is about production

Ada komponen di dalam GDP yang kita nak hasilkan lebih banyak (contoh semakin ramai naik pengangkutan awam) dan ada komponen di dalam GDP yang kita kalau boleh nak kurangkan (contoh rokok)

Sebab tu Simon Kuznets mengatakan: “Goals for more growth should specify more growth of what and for what.”

Ianya ironi apabila kita inginkan business kita berjaya, atau kita cuba mendapatkan income tambahan dengan membawa Uber, tetapi pada masa sama mengatakan GDP growth itu tidak perlu. Essentially apa yang kita lakukan adalah untuk mendapatkan ‘GDP growth’ untuk diri kita sendiri.

Tapi mengejar GDP growth ni membawa kepada excessive consumption, berhutang dan sewaktu dengannya?

Syarikat mengejar keuntungan, adakah itu normal? Normal. Adakah syarikat fikirkan berkaitan GDP bila mereka mengejar keuntungan? Tidak. Diorang hanya fikirkan duit / profit

Memang tidak dinafikan excessive use of credit card, personal loan, dan lain-lain adalah attitude yang buruk. Tetapi itu bukanlah salah ‘GDP’. GDP is like any other, is an ‘indicator’.

Perbandingan mudah GDP ni seperti markah exam. Perlu ke ada markah exam? Perlu. Tapi jika cikgu mengajar semata-mata untuk markah exam, adakah ianya buruk? Ya. Jadi adakah solusinya dengan mansuhkan exam? Tidak.

Sebab yang salah tu cikgunya.. Bukan markah exam. Sama juga GDP bukanlah untuk ‘dikejar’, tetapi ianya hanyalah kayu ukur.

Macam mana kalau GDP tak growing, tapi kekal jelah pada tahap sama setiap tahun?

Di dalam sebuah negara yang populasinya masih berkembang, tenaga kerjanya semakin ramai, orang mudanya lebih banyak, maka ianya natural progression untuk GDP itu berkembang.

Negara yang populasinya masih ‘growing’ tetapi GDP-nya jatuh, bermaksud secara purata setiap rakyat hidup lebih susah. Yang berkerja semakin sedikit, dan yang tidak cukup makan semakin ramai. Ekonomi Malaysia hanya perlahan sedikit tetapi masih berkembang pada 4.2% untuk tahun 2016, tapi boleh dilihat ramainya mengeluh kesusahan ekonomi pada tahun tu

Dan sebab itu jugalah Jepun selama 20 tahun sangat susah nak mendapatkan ‘GDP growth’. Sebab population diorang semakin kecil dan tua.

Maka driver utama GDP growth adalah growing and young population. Bukanlah kerana kita sentiasa ‘mengejar’ higher growth.

Tapi tak dinafikan ada pihak yang tak faham, masih mengejar economic growth semasa declining population. Memang tak akan dapat la.

Tapi GDP tak sempurna. Kenapa guna GDP?

Yup sangat setuju. GDP memang tak sempurna malahan far from perfect. Tapi ianya tidak bermaksud GDP itu boleh dibuang ke dalam tong sampah

Seperti mana kita jangan obses dengan GDP, kita juga jangan terus jadi anti GDP

Penilaian ekonomi sesuatu negara itu perlu secara menyeluruh, mengambil kira GDP dan segala indikator ekonomi yang lain

P/S: pada masa sama, GDP growth bukanlah tanda ukur ekonomi kita ‘is doing better than the other’. Sesetengah pihak suka membandingkan GDP Malaysia dengan GDP US / Jepun untuk mengatakan ekonomi Malaysia dalam keadaan lebih baik daripada mereka. Itu juga penggunaan GDP yang salah. Negara yang lebih kurang membangun memang mempunyai ‘room for growth’ yang lebih tinggi daripada negara membangun. GDP growth is only good for stock market investors and for the country’s yearly comparison. Nak buat cross-country comparison, boleh tengok GDP per capita in PPP (boleh google)

Kredit: FB Izzuddin Yussof

GDP Malaysia Berkembang Lebih Tinggi Daripada Negara Maju?

Kalau kita tengok carta di atas pun, Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun masih mempunyai ruang untuk mencatatkan pertumbuhan GDP yang tinggi. Malah lebih tinggi daripada banyak negara-negara maju seperti Jepun, UK dan US. Malah Malaysia juga mengatasi negara jiran kita iaitu Singapura.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

KWSP Suami Meninggal: Boleh Isteri Tuntut Sebagai Harta Sepencarian?

Selama ini, apabila seorang suami meninggal dunia, ramai mungkin menganggap wang KWSP yang ditinggalkan akan terus menjadi harta pusaka dan dibahagikan kepada waris mengikut faraid.

Namun, perkembangan hukum dan keputusan Mahkamah Syariah menunjukkan perkara ini sebenarnya lebih kompleks.

Pada September 2025, Muzakarah Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-128 memutuskan bahawa tuntutan harta sepencarian terhadap wang KWSP oleh ahli beragama Islam adalah diharuskan, tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Mahkamah Syariah.

Keputusan ini membawa satu implikasi penting kepada pasangan yang berkahwin.

Wang KWSP tidak semestinya keseluruhannya menjadi harta pusaka untuk difaraidkan.

Sekiranya Mahkamah Syariah memutuskan sebahagian wang tersebut merupakan hak harta sepencarian pasangan, bahagian itu akan diberikan kepada pasangan terlebih dahulu. Bahagian yang diperintahkan sebagai harta sepencarian tersebut pula tidak dikira sebagai harta pusaka pencarum dan tidak tertakluk kepada pembahagian faraid.

Tetapi sebenarnya, isu ini bukan bermula pada 2025

Menariknya, beberapa negeri sudah mempunyai perkembangan berkaitan isu ini sebelum keputusan Muzakarah Kebangsaan tersebut.

Kelantan: kes KWSP sebagai harta sepencarian sejak 2000-an

Antara kes yang sering dirujuk ialah Norhayati binti Yusoff lwn Ahmad Shah bin Ahmad Tabrani, yang diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kes tersebut, wang KWSP suami menjadi antara aset yang dituntut sebagai harta sepencarian.

Mahkamah mengiktiraf konsep sumbangan tidak langsung isteri. Walaupun isteri mungkin tidak membuat caruman KWSP secara langsung, sumbangan kepada rumah tangga boleh menjadi faktor dalam menentukan hak harta sepencarian.

Ini penting kerana ia menunjukkan bahawa persoalan harta sepencarian bukan semata-mata tentang siapa yang memasukkan duit ke dalam akaun.

Sumbangan pasangan kepada rumah tangga juga boleh mempunyai nilai dari sudut undang-undang Syariah.

Selangor pula mempunyai pendirian yang jelas

Dalam panduan Jabatan Mufti Selangor pada 2020 berkaitan wang KWSP selepas kematian suami, dinyatakan bahawa isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian sepanjang tempoh perkahwinan dengan arwah suami sebelum lebihan harta tersebut dibahagikan mengikut faraid.

Kemudian pada 2023, Selangor mempunyai fatwa khusus berkaitan harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan. Rujuk Fatwa Tentang Harta Sepencarian Selepas Kematian Salah Satu Pihak Dalam Perkahwinan Di Negeri Selangor.

Ini menunjukkan konsep tuntutan harta sepencarian selepas kematian bukan sesuatu yang hanya muncul selepas keputusan MKI pada 2025.

Johor: daripada pendirian lama kepada pendekatan baharu

Pendirian terdahulu di Johor menyatakan wang KWSP pencarum yang meninggal dunia merupakan harta pusaka dan tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian. Fatwa Johor yang lebih lama, dikeluarkan pada 2013, menyatakan:

“Apabila pencarum KWSP meninggal, wang KWSP ialah harta pusaka dan perlu difaraidkan; ia tidak boleh dijadikan harta sepencarian.

Namun, selepas keputusan MKI 2025, Johor mengambil pendekatan baharu yang membenarkan tuntutan harta sepencarian terhadap wang KWSP bagi ahli beragama Islam yang layak, tertakluk kepada keputusan Mahkamah Syariah. Rujuk Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.

Perubahan ini menunjukkan bagaimana pendirian berkaitan KWSP dan harta sepencarian boleh berkembang mengikut keputusan hukum dan kerangka undang-undang semasa.

NegeriKedudukan yang ditemuiTahun / status
KelantanAda kes Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan tuntutan terhadap KWSP sebagai harta sepencarian; turut ada fatwa berkaitan tuntutan harta sepencarian selepas kematianKes 2006; Fatwa Negeri 2002
SelangorSecara rasmi mengiktiraf bahawa selepas kematian salah satu pihak, pasangan boleh menuntut harta sepencarian. Soal jawab Mufti Selangor juga secara jelas menyebut isteri boleh menuntut harta sepencarian terhadap KWSP arwah sebelum baki difaraidkanFatwa 2023; panduan 2020
JohorDahulu berpendirian sebaliknya: KWSP ialah harta pusaka dan tidak boleh dijadikan harta sepencarian. Tetapi pada 2026, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mengeluarkan keputusan baharu yang membenarkan tuntutan KWSP sebagai harta sepencarian, selaras dengan MKI 20252013 → berubah 2026
SarawakPernah memutuskan wang caruman KWSP tidak boleh dianggap harta sepencarian, sebaliknya harta pusaka yang difaraidkanKeputusan terdahulu

Jadi, apa maksudnya kepada pasangan?

Kita ambil contoh mudah.

Katakan seorang suami meninggal dunia dan meninggalkan RM500,000 dalam KWSP.

Isteri membuat tuntutan harta sepencarian.

Jika Mahkamah Syariah selepas mempertimbangkan tuntutan tersebut memutuskan bahawa RM150,000 adalah hak harta sepencarian isteri, maka RM150,000 itu bukan lagi sebahagian daripada harta pusaka suami untuk difaraidkan.

Baki RM350,000 pula barulah menjadi sebahagian daripada harta pusaka, tertakluk kepada proses pengurusan pusaka dan pembahagian mengikut faraid.

Jadi bukan bermaksud:

“Isteri automatik dapat separuh KWSP.”

Tidak.

Yang betul ialah:

“Isteri yang layak boleh membuat tuntutan, dan jumlah yang menjadi harta sepencarian bergantung kepada keputusan Mahkamah Syariah.”

Kenapa perkara ini penting untuk perancangan pusaka?

Sebab ramai orang melihat KWSP hanya daripada sudut simpanan persaraan.

Tetapi apabila berlaku kematian, ia menjadi sebahagian daripada proses pengurusan harta si mati.

Dalam konteks pasangan Islam, terdapat beberapa perkara yang perlu dibezakan:

Pertama, harta sepencarian.

Ini ialah tuntutan pasangan terhadap harta yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan, tertakluk kepada undang-undang dan keputusan Mahkamah Syariah.

Kedua, harta pusaka.

Selepas hak-hak yang berkaitan seperti harta sepencarian ditentukan, baki harta si mati boleh menjadi harta pusaka.

Ketiga, faraid.

Baki harta pusaka kemudiannya dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.

Sebab itu seseorang tidak boleh terus melihat angka KWSP dan berkata:

“Ini semua akan difaraidkan.”

Ia bergantung kepada keadaan dan, bagi tuntutan harta sepencarian, keputusan Mahkamah Syariah.

Namun, jangan salah faham

Keputusan MKI 2025 bukan bermaksud setiap isteri automatik mendapat sebahagian daripada KWSP suami.

Ia hanya membuka ruang bahawa tuntutan tersebut diharuskan.

Tuntutan masih perlu dibuat dan dipertimbangkan oleh Mahkamah Syariah.

Jumlahnya juga tidak semestinya 50:50.

Mahkamah boleh melihat kepada pelbagai faktor dan bukti berkaitan sumbangan pasangan serta keadaan harta yang dituntut.

Satu lagi perkara penting ialah status keputusan hukum tersebut di setiap negeri. Keputusan Muzakarah MKI perlu dilihat bersama peruntukan dan proses undang-undang Syariah negeri masing-masing.

Daripada “siapa dapat KWSP?” kepada “apa hak setiap pihak?”

Ini sebenarnya perubahan cara kita melihat perancangan pusaka.

Bila seorang suami meninggal dunia, persoalannya bukan semata-mata:

“Berapa banyak isteri dapat?”

Tetapi:

“Apakah hak isteri sebagai pasangan? Apakah yang menjadi harta sepencarian? Apakah yang benar-benar menjadi harta pusaka? Dan siapa yang berhak menerima baki tersebut melalui faraid?”

Perbezaan ini nampak kecil, tetapi dari sudut nilai harta, ia boleh menjadi sangat besar.

Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai simpanan KWSP jutaan ringgit.

Maka, bagi pasangan yang beragama Islam, memahami kedudukan harta sepencarian dan faraid semasa masih hidup jauh lebih baik daripada cuba memahami semuanya selepas berlaku kematian.

KWSP bukan sekadar soal berapa banyak kita berjaya kumpul. Kita juga perlu tahu bagaimana wang itu akan diurus apabila kita sudah tiada.

Penafian: Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan nasihat undang-undang, fatwa atau nasihat kewangan. Kedudukan harta sepencarian, tuntutan wang KWSP dan proses pembahagian harta pusaka boleh berbeza mengikut negeri, fakta kes dan keputusan Mahkamah Syariah. Pembaca disarankan mendapatkan nasihat daripada peguam syarie, pihak berkuasa agama negeri atau pihak yang berkelayakan sebelum membuat sebarang tuntutan atau keputusan berkaitan harta pusaka.