Konsep Simpan, Belanja, Kongsi dan Labur – Cuba Buat Ini Untuk Anak Anda

Ibu bapa pastinya sentiasa memikirkan jalan terbaik untuk masa depan anak-anak. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang dengan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Justeru, kaedah terbaik yang harus dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan memastikan anak-anak dididik dengan ilmu perancangan kewangan yang terbaik.

Apabila kita membawa anak-anak kecil kita berjalan, sudah pasti mereka akan meminta sesuatu untuk dibeli. Kalau tak dapat, boleh berlaku situasi sukar di mana mereka menangis atau tidak mahu berganjak daripada kedai tersebut – sehinggalah mereka dapat apa yang mereka mahukan.

Pada usia yang sangat muda ini, kanak-kanak masih belum tahu membezakan di antara keperluan dan kehendak. Lantas, keinginan mereka untuk membeli barangan kegemaran mereka agak sukar untuk dikawal.

Sekiranya kesedaran menabung dan seterusya melabur dapat diterapkan dengan lebih awal dalam diri anak-anak, maka lebih pantas wang kepunyaan mereka berkembang. Pastinya amalan ini dapat membantu anak-anak kita pada masa hadapan, di mana ianya digunakan sebagai sumber kewangan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke manara gading kelak.

Jadi apakah langkah terbaik yang perlu diambil bagi memupuk sikap mulia ini di kalangan kanak-kanak? Jom berkenalan dengan konsep yang dikenali sebagai Simpan, Belanja, Kongsi dan Labur.

1. Simpan

Caranya adalah dengan sentiasa mengingatkan mereka untuk berjimat-cermat. Jika mereka sudah bersekolah, jadikan duit belanja sekolah sebagai medium untuk mereka menyimpan. Pastikan setiap hari, mereka ada meletakkan duit baki ke dalam tabung.

Sebagai contoh, jika kita beri mereka duit sebanyak RM2 setiap hari, pastikan ada RM1 atau sekurang-kurangnya RM0.50 untuk dimasukkan ke dalam tabung. Ini dapat memupuk tabiat menyimpan, dan tidak menghabiskan semua duit belanja.

2. Belanja (10%)

Apabila duit simpanan dalam tabung mereka telah penuh, berikan 10% daripada simpanan tersebut untuk mereka belanja. Kataka kepada mereka, duit 10% tersebut adalah reward di atas kejayaan mereka menabung. Ajarkan kepada mereka supaya membelanjakan duit tersebut untuk barang-barang yang memberikan manfaat. Contohnya, beg sekolah yang mereka inginkan, atau peralatan sukan yang mereka gemari.

Dengan mengamalkan perkara ini, mereka pasti merasa bangga apabila menggalas beg sekolah atau memggunakan peralatan sukan tersebut. Kerana ianya hasil daripada tabiat yang suka menyimpan tadi.

3. Kongsi (20%)

Sedekahkan 20% daripada simpanan dalam tabung mereka kepada anak-anak yatim, masjid atau golongan yang memerlukan. Dengan ini, mereka akan memahami bahawa duit bukan untuk kegunaan sendiri, tetapi untuk dikongsi bersama mereka yang memerlukan dan kurang berkemampuan.

Ini dapat memupuk sikap berperikemanusiaan dan tahu tentang kewujudan ramai orang susah yang perlukan bantuan. Katakan juga kepada mereka, dengan berkongsi rezeki akan menjadikan kita lebih murah rezeki dan diberkati.

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

4. Labur (70%)

Baki 70% daripada simpanan dalam tabung boleh diletakkan ke dalam akaun simpanan pelaburan. Anda boleh bukakan mereka akaun simpanan ASB, Tabung Haji atau mana-mana skim pendidikan yang ada. Lagi awal mereka melabur, lagi bagus.

Tunjukkan kepada mereka baki yang ada dalam akaun, dan dividen yang diperolehi setiap tahun agar mereka nampak duit tersebut berkembang. Mereka pasti akan suka dengan pelaburan, sebab dapat lihat ianya bertambah dari setahun ke setahun.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA