Masa Yang Fleksibel Dan Isu Gaji Peyumbang Kepada Kepuasan Pekerja Di Malaysia

Bekerja dalam keadaan gembira merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam menghasilkan produktiviti yang tinggi di tempat kerja. Ianya merupakan teras utama yang perlu ada di sesebuah organisasi bagi melahirkan sebuah syarikat yang berdaya saing di era yang sangat mencabar ini.

Secara asasnya, jika seseorang pekerja itu tidak suka dengan keadaan di tempat kerja mereka atau dengan kata lain, mereka datang kerja untuk mendapatkan gaji tetapi hati mereka tidak berada di tempat kerja. Maka hasil kerja yang mereka lakukan pasti akan berada pada paras yang tidak optimum.

Banyak faktor yang menyebabkan seseorang pekerja itu tidak gembira di tempat kerja mereka. Faktor yang kebiasaan berlaku yang boleh menggangu kegembiraan seseorang pekerja terhadap pekerjaan mereka adalah layanan yang diberikan oleh majikan terhadap diri mereka.

Selain itu juga, hubungan di antara rakan sekerja juga turut mempengaruhi keadaan di tempat kerja. Kalau dah selalu bergaduh di tempat kerja dengan rakan sekerja yang lain, pasti produktiviti akan menurun.

Faktor-faktor tersebut adalah faktor asas yang berlaku di alam pekerjaan di seluruh dunia. Negara kita juga tidak terkecuali dengan faktor yang disebutkan di atas.

Satu kajian telah dilakukan oleh sebuah badan NGO yang dikenali sebagai  Vase, bagi menilai kadar kegembiraan yang dimiliki oleh pekerja di Malaysia mengenai kerja yang mereka lakukan. Kajian ini melibatkan seramai 1,042 orang pekerja.

Hasil kajian yang diperolehi oleh badan NGO tersebut adalah sebanyak 57% dari pekerja Malaysia ini sangat berpuas hati dengan keadaan di tempat kerja dan 40% tidak berpuas hati dengan keadaan ditempat kerja dan majikan mereka perlu merubah keadaan tersebut.

Hanya 3% sahaja yang benci dengan persekitaran di tempat kerja mereka.

Di antara faktor utama bagi pekerja Malaysia yang sangat berpuas hati ditempat kerja adalah waktu kerja yang flexible dan keseimbangan di antara kehidupan dan pekerjaan (work-life balance) berbanding dengan faktor yang lain.

Faktor masa yang fleksibel ini bermaksud pekerja tidak terikat dengan waktu kerja yang telah ditetapkan oleh majikan.

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan pekerja terutamanya yang berada di ibu kota akan mengalami masalah yang sama setiap hari iaitu kesesakan lalu lintas. Ianya berpunca daripada waktu kerja yang telah ditetapkan oleh pihak majikan yang kebiasaanya bemula di antara pukul 8 atau 9 pagi.

Kesesakan lalu lintas adalah salah satu punca utama yang menyebabkan ramai pekerja stress sebelum masuk ke pejabat.

Selain faktor gembira, badan NGO itu turut mengkaji faktor yang menyebabkan pekerja Malaysia ini tidak berpuas hati dengan keadaan di tempat kerja mereka. Kajian itu mendapati faktor utama adalah faktor gaji.

Ramai pekerja di Malaysia ini kurang berpuas hati dengan bayaran gaji yang diterima mereka yang mewakili sebanyak 58% di dalam kajian tersebut.

Sebagai contoh pada tahun 2016, tinjauan mendapati Malaysia berada pada kedudukan yang terkebelakang berbanding dengan negara jiran kita, iaitu Singapura di dalam isu pembayaran gaji pekerja.

Malah ada  yang lebih teruk lagi, pekerja di Malaysia dibayar dengan gaji yang lebih rendah daripada aras yang sebenar majikan perlu membayar gaji mereka menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2017.

Walaupun isu gaji tidak berpihak kepada pekerja di dalam kajian tersebut, sebagai seorang pekerja yang rasional kita patut bersyukur jika kita masih lagi mempunyai pekerjaan.

Ketika ini ramai pekerja bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, sedang berdepan dengan kehilangan pekerjaan akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jenama Continental: General Tire Secara Rasminya Dilancarkan di Malaysia

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2025 – Continental Tyre Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi jenama General Tire di pasaran Malaysia. Dikenali dengan ketahanan dan prestasi yang boleh dipercayai, General Tire direka untuk memenuhi keperluan pemandu Asia merentasi kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 pickups.

General Tire mempunyai warisan lebih 100 tahun dan menjadi sebahagian daripada Continental sejak tahun 1987 sebagai sub-jenama. General Tire menggabungkan legasi ketahanan serta kebolehpercayaan dengan teknologi Jerman terkini daripada Continental untuk menghasilkan tayar yang direka untuk prestasi tahan lama.

Fasa pertama rangkaian produk General Tire, khusus untuk pemandu Malaysia termasuklah:

Rangkaian ProdukCiri-ciriSaiz Tire
Altimax GC5Bunyi rendah, pemanduan selesa, dan penggunaan bahan api yang efisien14” –  15”
Altimax GS6Pemanduan senyap, cengkaman kukuh, jarak brek lebih pendek, dan jangka hayat tayar lebih lama15” – 19”
Grabber AT6Pemanduan di luar jalan raya yang mantap, dan bunyi rendah16” – 18”
Grabber HT6Keteguhan cengkaman brek di jalan basah, selesa, dan jangka hayat lebih lama 16” – 20”

Kesemua model ini merangkumi saiz tayar dari 14” hingga 20”, memenuhi keperluan pelbagai jenis kenderaan, daripada kereta penumpang sehinggalah SUV dan 4×4 pickups. General Tire mensasar untuk menghasilkan tayar yang boleh dipercayai oleh para pemandu, dengan prestasi yang cemerlang dan tahan lasak, sambil memastikan nilai yang berbaloi untuk pelanggan.

“Pelancaran General Tire di Malaysia menandakan langkah penting dalam menawarkan gabungan ketahanan, prestasi dan gaya dengan nilai harian yang tepat kepada pelanggan. Kami amat teruja untuk mengetengahkan jenama ini, yang disokong oleh kepakaran Jerman daripada Continental, kepada para pemandu yang mengutamakan prestasi dan keselamatan dalam setiap perjalanan,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

General Tire bukan sekadar tayar. Ia mengubah setiap pemanduan menjadi satu pengalaman baharu. Jenama ini menyasarkan pemandu yang menikmati kebebasan untuk meneroka, mencari pengembaraan tanpa batasan, dan bergantung kepada tayar yang boleh dipercayai.

Dengan rangkaian produk yang luas kini tersedia di Malaysia, General Tire berazam untuk mengembangkan kehadirannya ke seluruh negara, disokong oleh pemasaran yang menyeluruh dan bersepadu melalui platform digital serta rangkaian pengedar Continental.

Tayar-tayar ini boleh didapati melalui pengedar sah Continental di seluruh negara, serta melalui Kedai Rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet, dan Lazada. Untuk maklumat lanjut mengenai General Tire dan ketersediaan produk, layari laman web kami https://www.generaltire-tyres.com/my/en/, dan ikuti kami di Facebook.