Tabung Haji Pegang Saham Apa Di Bursa Malaysia?

Lembaga Tabung Haji (TH) telah membentangkan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan TH bagi Tahun 2018 (Telah Diaudit) di Parlimen pada 25 Ogos 2020.

Pelbagai reaksi diterima, majoritinya berbau politik. Tetapi tumpuan kami lebih kepada syarikat di mana TH menjadi pemegang saham.

Saham-saham yang TH pegang naik atau turun? Kerana sekiranya harga saham menjunam, pastinya ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pendapatan TH. Takut nanti hibah tahunan yang diberi TH juga terkesan.

Jom kita tengok prestasi saham-saham milik TH seperti berikut:

1. BIMB Holdings

TH merupakan pemilik terbesar dengan pegangan saham sebanyak 52.97% dalam BIMB Holdings, di mana Bank Islam dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga bernaung di bawah BIMB.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham 2 Januari 2020: RM4.42
Harga saham 26 Ogos 2020: RM3.44
Kenaikan/Penurunan: -0.98 atau -22.17%

2. Syarikat Takaful Malaysia Keluarga

TH menjadi pemegang saham terbesar di dalam Syarikat Takaful Malaysia Keluarga ini melalui BIMB Holdings.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham 2 Januari 2020: RM5.67
Harga saham 26 Ogos 2020: RM5.05
Kenaikan/Penurunan: -RM0.62 atau -10.93%

3. TH Plantations

Nama pun TH Plantations, sudah semestinya Tabung Haji memegang majoriti saham dalam syarikat perladangan ini.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham 2 Januari 2020: RM0.65
Harga saham 26 Ogos 2020: RM0.34
Kenaikan/Penurunan: -RM0.31 atau -47.69%

4. Theta Edge

Theta Edge merupakan sebuah syarikat IT dengan TH merupakan pemegang saham terbesar syarikat.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham 2 Januari 2020: RM0.445
Harga saham 26 Ogos 2020: RM0.385
Kenaikan/Penurunan: -RM0.06 atau -13.48%

5. Gas Malaysia

Gas Malaysia merupakan syarikat yang terlibat di dalam penjualan dan pengedaran gas asli di seluruh Malaysia. TH merupakan pemegang saham kelima terbesar.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham 2 Januari 2020: RM2.75
Harga saham 26 Ogos 2020: RM2.76
Kenaikan/Penurunan: +0.01 atau +0.36%

6. Axis REIT

Banyak nama-nama besar seperti KWSP, KWAP, Public Mutual dan PNB merupakan pemegang saham terbesar di dalam Axis REIT ini.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham 2 Januari 2020: RM1.78
Harga saham 26 Ogos 2020: RM2.10
Kenaikan/Penurunan: +RM0.32 atau +17.98

7. Al-Aqar Healthcare REIT

JCorp merupakan pemegang saham terbesar syarikat, dengan TH pemegang saham kedua terbesar.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham 2 Januari 2020: RM1.34
Harga saham 26 Ogos 2020: RM1.39
Kenaikan/Penurunan: +RM0.05 atau +3.73%

8. Cahya Mata Sarawak

Syarikat ini banyak terlibat dalam industri pembinaan dan TH merupakan pemegang saham keempat terbesar bagi Cahya Mata Sarawak ini.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham 2 Januari 2020: RM2.28
Harga saham 26 Ogos 2020: RM1.50
Kenaikan/Penurunan: -RM0.78 atau -34.21%

9. Taliworks Corporation

Taliworks Corporation banyak terlibat dalam industri air, pengurusan sampah, pembinaan, lebuhraya dan macam-macam lagi.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham 2 Januari 2020: RM0.90
Harga saham 26 Ogos 2020: RM0.865
Kenaikan/Penurunan: -RM0.035 atau -3.89%

10. Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB)

MRCB terkenal dengan projek membangunkan KL Sentral dan TH merupakan pemegang saham ketiga terbesar mereka.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham 2 Januari 2020: RM0.73
Harga saham 26 Ogos 2020: RM0.515
Kenaikan/Penurunan: -RM0.215 atau -29.45%

11. KPJ Healthcare

KPJ Healthcare sememangnya terkenal dengan rangkaian hospital mereka dan TH memegang 2.92% daripada saham syarikat.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham 2 Januari 2020: RM0.945
Harga saham 26 Ogos 2020: RM0.825
Kenaikan/Penurunan: -RM0.12 atau -12.70%

12. My E.G. Services

Siapa yang tak kenal dengan MyEG ni kan? Nak bayar saman trafik atau nak perbaharui cukai jalan, ramai yang menggunakan platform online mereka untuk melakukannya.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham 2 Januari 2020: RM1.11
Harga saham 26 Ogos 2020: RM1.45
Kenaikan/Penurunan: +RM0.34 atau +30.63%

13. Muhibbah Engineering

Muhibbah Engineering banyak terlibat dalam kerjar-kerja oil & gas, marin, infrastruktur, dan kejuruteraan sivil dan struktur.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham 2 Januari 2020: RM2.43
Harga saham 26 Ogos 2020: RM0.82
Kenaikan/Penurunan: -RM1.61 atau -66.26%

9 Daripada 13 Syarikat Mencatatkan Penurunan Harga Saham

Nampak seperti 69% daripada syarikat di mana TH merupakan pemegang saham top 10 dalam syarikat, telah mencatatkan penurunan harga saham bagi tahun 2020 ini.

Tapi hanya satu saja syarikat yang tengah rugi, iaitu TH Plantations. Semoga syarikat-syarikat ini berjaya mengharung cabaran dan mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Sebab bila pendapatan syarikat meningkat, keuntungan meningkat, kadar dividen meningkat, minat pembeli meningkat, harga saham juga akan meningkat.

Barulah hibah tahunan yang diberikan kepada para pendeposit TH juga akan meningkat.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.