Nak Beli Rumah, Apa Perlu Kita Buat Terlebih Dahulu?

Seringkali kita mendengar untuk mula membeli rumah, kita perlu ada deposit sebanyak 10% daripada nilai rumah, ada juga kata sebelum beli rumah kita perlu tengok lokasi kawasan perumahan itu terlebih dahulu.

Ada juga yang berpendapat sebelum nak beli rumah, kita perlu tahu nak beli atas tujuan mendiami sendiri atau untuk pelaburan. Jadi mana satu sebenarnya langkah mula untuk membeli rumah?  

Jawapan sebenar adalah kita perlu berjumpa dengan Mortgage Specialist. Mereka ini berperanan penting bagi setiap pembeli rumah. Mahu atau tidak, kita harus melalui proses menghantar dokumen kewangan peribadi kita kepada pihak bank bagi mendapat kelulusan untuk membeli rumah. 

Kalau loan tak lepas, macam mana nak beli rumah. Betul tak?

Siapa itu Mortgage Specialist?

Mortgage Specialist  merupakan perunding pembiayaan perumahan. Mereka bertindak sebagai ‘penapis’ atau pihak yang membuat semakan lebih lanjut mengenai kewangan peribadi kita sebelum membeli rumah.

Seperti biasa, mereka akan meminta kita untuk memberikan dokumen seperti slip gaji dan penyata bank selama 3 hingga 6 bulan. Ada juga dokumen-dokumen tambahan lain yang diperlukan seperti bukti duit simpanan dan dokumen komisyen part time bagi menguatkan lagi permohonan.

Selepas mereka menerima semua dokumen itu, mereka akan proseskan dan membuat tapisan yang lebih lengkap berdasarkan portfolio kewangan kita. Mereka juga turut menggunakan formula kiraan Debt Service Ratio (DSR). 

Bukan setakat itu sahaja, mereka juga akan membuat kiraan formula Net Disposable Income (NDI) bagi mengenalpasti sama ada kita layak untuk membayar komitmen bank yang baharu.

Kenapa kena jumpa dengan Mortgage Specialist sedangkan kita boleh buat kiraan sendiri berdasarkan formula DSR?

Membuat kiraan formula DSR sahaja sebenarnya tidak cukup, kerana anda berpotensi untuk tidak mendapat kelulusan sebenar daripada pihak bank. Namun jika kita terus berurusan dengan Mortgage Specialist, mereka akan membuat kiraan lebih terperinci dan hasilnya kita tahu keputusan permohonan kita sama ada layak atau tidak.

Selain itu, antara sebab  perlu berjumpa dengan mereka adalah supaya kita dapat elak daripada membuat submission berlebihan kepada pihak bank. Tahukah anda, jika anda didapati membuat submission yang banyak dalam masa satu tempoh kepada bank, ia akan memberi kesan terhadap permohonan yang akan datang.

Apa jadi selepas mendapat tahu keputusan kelayakan kita? Sebagai contoh, apabila kita mengetahui harga maksimum rumah yang boleh dibeli adalah RM300,000 maka kita boleh terus buka laman web jual beli hartanah dan survey rumah-rumah berdasarkan kelayakan pembiayaan kita.

Untung juga dapat berjumpa dengan mereka dulu kalau tidak, tak pasal-pasal kita ‘terciduk’, duit booking pun burn.

Servis Mortgage Specialist adalah percuma! Dapat sesuatu dari artikel ini? Jika ya, terus berjumpa dengan Mortgage Specialist berhampiran atau terus ke cawangan bank berdekatan dengan anda untuk membuat semakan kelayakan loan.

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM24.85 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM 19.50 RM 15.60.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Sektor Pembinaan Malaysia Tidak Terjejas Impak Langsung “Hari Pembebasan”

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) — Sektor pembinaan Malaysia secara umumnya tidak terjejas dengan impak langsung “Hari Pembebasan,” yang mengenakan tarif kepada lebih 180 rakan dagang melalui kadar timbal balas antara 10 dan 49 peratus di seluruh ASEAN.

Bagaimanapun Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata sekiranya impak meluas daripada langkah ini berlarutan, ia boleh meningkatkan potensi risiko gelombang kedua termasuk pekerjaan berkaitan perdagangan menjadi perlahan dan kemungkinan kepada pengurangan atau penangguhan sementara kontrak pusat data.

“Indeks Pembinaan KL menyusut 4.3 peratus sejak Hari Pembebasan, menjejaskan lagi prestasi setakat ini pada tahun ini. Pada keseluruhannya, kami berpendapat peningkatan premium risiko dan kesan kekayaan negatif memerlukan penyesuaian kepada penilaian kami.

“Pada pandangan kami, ciri tarif yang boleh berubah-ubah boleh menyebabkan penangguhan dalam keputusan pelaburan sekali gus menjejaskan aliran kerja industri,” kata HLIB menerusi nota hari ini.

HLIB berkata peluang tender semakin banyak dan pesat tahun ini, tanpa gangguan daripada kecerdasan buatan (AI), kebimbangan mengenai Deep Seek dan ketidaktentuan perdagangan global.

“Kami menjangkakan kontrak pusat data akan mula masuk secara perlahan-lahan bermula suku kedua 2025 dan seterusnya, dengan pemberian kontrak yang lebih besar kira-kira RM2 bilion bagi setiap pusat data berkemungkinan menjelang separuh kedua tahun ini, mengambil kira tempoh penilaian.

“Lebih menggembirakan, beberapa kontrak infrastruktur tenaga telah direalisasikan tahun ini. Bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Bhd terus berkembang dengan jumlah perjanjian yang dimeterai mencecah 5.9 gigawatt (GW) atau peningkatan 26 peratus berbanding 4.7GW pada suku sebelumnya.

Situasi keseluruhan dilihat positif buat masa ini.

Bagaimanapun HLIB berkata terdapat kemungkinan perbelanjaan modal pusat data akan menyusut.

“Berdasarkan analisis yang kami kumpulkan, dalam dua daripada tiga kemelesetan yang berlaku sebelum ini, terdapat penyusutan 27 peratus tahun ke tahun dalam perbelanjaan modal agregat oleh syarikat teknologi besar, diikuti dengan peningkatan mendadak.

Satu lagi risiko yang dilihat HLIB adalah kemungkinan berlakunya turun naik yang lebih ketara susulan perubahan kepada peraturan penyebaran AI oleh Amerika Syarikat (AS) yang akan berkuat kuasa pada 15 Mei.

Walaupun peraturan ini tertumpu kepada AS dan China, ia tetap mewujudkan cabaran kepada negara  yang berusaha untuk kekal berdaya saing dalam ekonomi digital.

Peraturan penyebaran AI AS adalah berkaitan pembangunan, penerimagunaan dan eksport teknologi AI.

— BERNAMA