Penjelasan Berkaitan Isu Tabung Haji oleh Lembaga Tabung Haji

Semakin panas kan isu Tabung Haji ni? Banyak pula komen daripada pakar ekonomi sejak dua menjak ni. Yang tak tahu apa-apa pun turut serta memberikan pandangan.

Apa kata kita dengar sendiri penjelasan berkaitan isu Tabung Haji oleh pengurusan Lembaga Tabung Haji kepada ahli parlimen yang berlangsung pada 3 April 2019 di bangunan Parlimen seperti berikut:

Perlu ada perancangan yang kukuh bagi mengatasi masalah yang dihadapi Tabung Haji kini. Komitmen dari Kerajaan sangat penting memandangkan deposit Tabung Haji dijamin Kerajaan

Sesi penjelasan ini menerangkan penemuan audit berkaitan kesilapan lalu Tabung Haji, langkah yang telah diambil bagi mengatasi permasalahan, & perancangan masa hadapan bagi memastikan Tabung Haji tidak lagi berdepan masalah yang serupa

Pengurusan yang baru dilantik telah menemui salah lapor dalam laporan kewangan Tabung Haji, di mana terdapat RM4.1 billion defisit yang tidak dilaporkan. PwC telah dilantik untuk melakukan audit

Pengurusan baru juga telah menemui kemungkinan berlakunya salah laku dan kelemahan dalam pelaburan. Salah satunya adalah pelaburan dalam Putrajaya Perdana, yang sebelum itu dimiliki Jho Low. 4 kes kini dalam siasatan polis

Pengurusan telah menilai semula pelaburan bagi menghentikan kerugian. Akaun TH kini sudah diimbang apabila aset yang kurang berpotensi diserahkan kepada Urus Harta Jemaah Sdn Bhd, yang diganti dengan Sukuk bernilai lebih tinggi

Dengan proses penyusunan semula ini, akaun Tabung Haji kini positif, dan mampu memberi hibah. Amaun yang mampu diberi oleh Tabung Haji berjumlah RM913 juta

3 langkah dalam komunikasi yang akan diambil Tabung Haji bagi memastikan pendeposit Tabung Haji kekal menyimpan di Tabung Haji: Membina keyakinan, menjawab segala persoalan negatif, dan membina imej positif

Untuk langkah ke hadapan, Tabung Haji akan memperkuatkan tadbir urus, melabur dalam pelaburan yang memberi pendapatan yang stabil, pengurusan yang lebih berhati-hati, dan menstruktur kos operasi

Emphasis of Matter yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara

Seksyen 22(3)(a) Akta Tabung Haji yang menyatakan aset tidak boleh kurang dari liabiliti

Bukti berlakunya perubahan akaun Tabung Haji berdasarkan laporan media yang memetik kenyataan Menteri

Perubahan yang dilakukan setelah pengumuman dibuat, yang menjejaskan akaun Tabung Haji

Sumber: FB Institute of Research & Development of Policy (IRDP)

Yakin Kepada Pimpinan Tabung Haji Yang Baru, Diketuai Dato’ Sri Zukri Samat

Semoga dengan adanya Dato’ Sri Zukri Samat yang mengetuai Lembaga Tabung Haji, semoga segala permasalahan dapat diselesaikan dengan segera, agar keadaan kembali pulih seperti sediakala.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.