Wanita Berhenti Kerja, Ini 5 Cara Buat Duit Sendiri

Dilema ramai wanita bekerja untuk berhenti kerana ingin menumpukan perhatian terhadap anak dan keluarga.

Persoalannya sekarang dimana nak dapatkan pendapatan tambahan jika hanya duduk di rumah?

“Mana nak cari duit bayar komitmen kereta, rumah, holiday lagi”

“Nak harapkan duit suami pun sangkut tak cukup tiap bulan”

“ Alamak…tak bolehlah nak shopping Lazada lepas ni, dah tak kerja”

Ini di antara dialog sebenar wanita apabila berfikir untuk berhenti

Sebenarnya tahap pendidikan wanita telah meningkat 50% berbanding lelaki dengan

Nisbah 60:40.

Oleh itu, seharusnya permintaan terhadap tenaga kerja wanita juga meningkat.

Malangnya, hanya sekadar 42% sahaja tenaga pekerja wanita bekerja dan kebanyakan melepaskan jawatan dan kerja untuk beri tumpuan kepada keluarga.

Apa sudah jadi?

Ia berbeza dengan negara membangun seperti Sweden, Jepun, Jerman dan Denmark dengan kadar penglibatan pekerja wanita sekitar 62%-76%.

Baik, kembali kepada tajuk, apakah alternatif lain kepada wanita untuk dapat duit sendiri selepas berhenti kerja makan gaji?

Ini cadangan yang boleh diikuti:

1. Tawarkan Servis Kepakaran

Jika tidak mahu pening kepala dengan menjual produk, anda boleh mulakan dengan bisnes memberi perkhidmatan, yang mungkin boleh buat dekat rumah:

  • Servis buat kek
  • Menjahit
  • Jurusolek
  • Mengajar tuisyen
  • Menulis
  • Menterjemah
  • Menjadi influencer untuk review produk di Instagram, YouTube dan Facebook

Pilih satu atau dua servis yang anda mahir. Kalau belum ada kemahiran sebegini, cepat-cepat pergi belajar. Kemudian iklankan servis anda menggunakan Facebook Ads atau pun Google Ads.

2. Berniaga

Ini mungkin memerlukan komitmen yang sedikit tinggi apabila ingin bermula. Apabila sudah masuk tahun ketiga ia boleh sudah berjalan lancar.

Anda boleh mulakan dengan berniaga nasi lemak,kuih muih mahupun goreng pisang yang memerlukan komitmen beberapa jam sahaja sehari samaada di waktu pagi atau petang.

Kadang-kadang tidak perlukan kedai, hanya gunakan teknologi WhatsApp, Telegram dan Instagram dan ambil tempahan awal untuk minimakan kerugian.

3. ASB Financing

Jika masih bekerja dahulu, maksimakan penggunaan pembiayaan ASB sebanyak RM200,000.

Guna teknik rolling bayar dahulu untuk tahun pertama dan tahun berikutnya dividen bayarkan loan tersebut. Lepas 5 tahun boleh terminate, boleh dapat cash dalam ASB RM50K-RM80K (termasuk dividen dan principal). Siapa nak bagi banyak tu kan?

Tapi cara ini perlu ada wang sendiri dalam RM13,000 cash dan sudah bekerja tetap 6 bulan ke atas. Sebab nak buat pembiayaan dengan bank perlu ada statement bank, slip gaji dan KWSP dulu.

4. Rumah Sewa

Bagi wanita yang ingin jadikan game rumah sewa sebagai pendapatan bulanan, boleh jadi dengan sewa bilik / rumah sendiri atau sewakan rumah orang lain (sublet). Cara ini jika anda bernasib baik memang mampu jana pendapatan pasif sekitar RM1K-RM2K tanpa perlu beli hartanah yang banyak pun.

5. Jual Beli Saham

Sejak dua menjak ni makin ramai pula suri rumah yang berjaya menjana pendapatan dengan melabur / berdagang saham. Mungkin sebab zaman sekarang semuanya dah mudah. Nak belajar pun ramai boleh tolong ajarkan.

Bagaimana nak mula? Perlu buka akaun CDS yang bernilai RM10 dan perlukan modal sekitar RM3K – RM5K. Benda ni kalau ada ilmunya memang dah terbukti boleh buat duit. Maka sebelum berhenti kerja, laburkan sedikit duit untuk pergi ke kelas dan belajar sendiri dengan guru saham yang terbukti dan berpengalaman.

Baca 9 Tips Mencari Guru, Cikgu atau Sifu Pelaburan Saham

Sekiranya ada perancangan, maka mudah anda untuk berhenti kerja dan sambil itu ada juga pendapatan sampingan dan masa bersama keluarga juga terjamin.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA