4 Money Hacks Untuk Mereka Yang Suka Travel

Setiap orang pasti ingin mengembara dan pergi jalan-jalan ke luar negara. Katanya, jauh berjalan luas pemandangan dan banyak pengalaman.

Tetapi mungkin bukan sekarang, kena tunggu pandemik reda dulu. Dijangkakan hujung tahun nanti kita dah boleh mula ke luar negara seperti biasa.

Oleh itu, adalah penting untuk kita ambil tahu serba sedikit tips yang akan memudahkan perjalanan dan pengembaraan kita selain daripada dijadikan sebagai rancangan “back up”.

Ini merupakan tips mudah yang boleh dilakukan oleh mereka yang ingin berjalan-jalan.

1. Pergi Luar Waktu Puncak

Kalau boleh, elakkan diri daripada pergi waktu cuti sekolah, long weekend atau musim perayaan. Ini kerana apabila ramai orang melawat sesuatu tempat, dikhuatiri harga bilik hotel atau harga makanan akan menjadi mahal. Nak sewa kereta pun akan naik, disebabkan permintaan yang tinggi.

Boleh cuba booking seawal yang mungkin, daripada tempahan tiket kapal terbang sehinggalah ke bilik hotel. Sudah pasti ianya lebih murah sekiranya kita booking dari awal dan pergi di luar waktu puncak.

2. Jaga Elok-Elok Duit Anda

Takut juga nak bawa wang tunai banyak-banyak. Silap haribulan kena seluk saku atau dompet tercicir pula.

Salah satu cara adalah dengan ‘menyembunyikan’ wang tunai seperti di dalam stokin. Sekiranya bagasi hilang, kita masih ada wang kecemasan yang boleh dicapai dengan mudah.

Boleh juga ‘tukar’ wang tunai anda kepada bentuk kad debit. Kebanyakan bank menawarkan perkhidmatan kad debit yang boleh dihubungkan kepada akaun bank masing-masing. Nanti akan ada kadar penukaran (conversion rate) daripada Ringgit Malaysia ke mata wang negara pilihan anda.

3. Ikut Bajet

Ini merupakan langkah yang perlu dilakukan di mana anda harus ada bajet sepanjang anda berada di luar negara. Sebagai contoh boleh asingkan wang untuk makanan, pengangkutan awam dan beli-belah supaya kita tidak boros apabila berjalan di negara orang.

Lagi parah apabila kita terlebih bajet menyebabkan kita terpaksa menanggung hutang pula apabila pulang ke tanahair.

4. Bawa Bekal Makanan Segera

Percayalah, salah satu benda yang anda akan rindu apabila berada di luar negara adalah mi segera dan nasi. Dengan adanya pek-pek kecil dan mudah untuk disediakan, kini anda boleh makan pada bila-bila masa terasa nak makan.

Maklumlah, badan kita mungkin tak berapa sesuai dengan makanan luar negara. Jadi bila dah standby siap-siap makanan ruji kita, takdelah mengganggu sangat kita nanti.

Sudahkah anda bersedia untuk ‘panik’ apabila kita dah boleh travel ke luar negara macam biasa?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jenama Continental: General Tire Secara Rasminya Dilancarkan di Malaysia

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2025 – Continental Tyre Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi jenama General Tire di pasaran Malaysia. Dikenali dengan ketahanan dan prestasi yang boleh dipercayai, General Tire direka untuk memenuhi keperluan pemandu Asia merentasi kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 pickups.

General Tire mempunyai warisan lebih 100 tahun dan menjadi sebahagian daripada Continental sejak tahun 1987 sebagai sub-jenama. General Tire menggabungkan legasi ketahanan serta kebolehpercayaan dengan teknologi Jerman terkini daripada Continental untuk menghasilkan tayar yang direka untuk prestasi tahan lama.

Fasa pertama rangkaian produk General Tire, khusus untuk pemandu Malaysia termasuklah:

Rangkaian ProdukCiri-ciriSaiz Tire
Altimax GC5Bunyi rendah, pemanduan selesa, dan penggunaan bahan api yang efisien14” –  15”
Altimax GS6Pemanduan senyap, cengkaman kukuh, jarak brek lebih pendek, dan jangka hayat tayar lebih lama15” – 19”
Grabber AT6Pemanduan di luar jalan raya yang mantap, dan bunyi rendah16” – 18”
Grabber HT6Keteguhan cengkaman brek di jalan basah, selesa, dan jangka hayat lebih lama 16” – 20”

Kesemua model ini merangkumi saiz tayar dari 14” hingga 20”, memenuhi keperluan pelbagai jenis kenderaan, daripada kereta penumpang sehinggalah SUV dan 4×4 pickups. General Tire mensasar untuk menghasilkan tayar yang boleh dipercayai oleh para pemandu, dengan prestasi yang cemerlang dan tahan lasak, sambil memastikan nilai yang berbaloi untuk pelanggan.

“Pelancaran General Tire di Malaysia menandakan langkah penting dalam menawarkan gabungan ketahanan, prestasi dan gaya dengan nilai harian yang tepat kepada pelanggan. Kami amat teruja untuk mengetengahkan jenama ini, yang disokong oleh kepakaran Jerman daripada Continental, kepada para pemandu yang mengutamakan prestasi dan keselamatan dalam setiap perjalanan,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

General Tire bukan sekadar tayar. Ia mengubah setiap pemanduan menjadi satu pengalaman baharu. Jenama ini menyasarkan pemandu yang menikmati kebebasan untuk meneroka, mencari pengembaraan tanpa batasan, dan bergantung kepada tayar yang boleh dipercayai.

Dengan rangkaian produk yang luas kini tersedia di Malaysia, General Tire berazam untuk mengembangkan kehadirannya ke seluruh negara, disokong oleh pemasaran yang menyeluruh dan bersepadu melalui platform digital serta rangkaian pengedar Continental.

Tayar-tayar ini boleh didapati melalui pengedar sah Continental di seluruh negara, serta melalui Kedai Rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet, dan Lazada. Untuk maklumat lanjut mengenai General Tire dan ketersediaan produk, layari laman web kami https://www.generaltire-tyres.com/my/en/, dan ikuti kami di Facebook.