5 Fakta Tentang Berlian Yang Wajib Anda Tahu

Sebut saja berlian, pasti kita akan kaitkan dengan simbol kemewahan dan cinta. Berlian sangat sinonim dengan perhiasan terutamanya perhiasan untuk wanita. Pemakai berlian dilihat elegan, anggun dan sofistikated sampai ada quoteDiamonds are a girl’s best friend.”

Walaupun lebih ramai yang menyebut perihal emas berbanding berlian, penggemar berlian tetap ramai. Nak tahu sebab apa?

Mari kita tengok 5 fakta tentang berlian yang hebat dan cool ni. Mana tahu lepas ni nak jadi diamond collector pula.

1. Berlian adalah sejenis galian berunsur karbon dengan struktur kristal. Tekanan dan suhu yang sangat tinggi menghasilkan batuan ini secara semula jadi, 150 km jauh dalam kerak bumi.

Dengan aktiviti gunung berapi sejak beribu tahun lamanya, berlian ini ditolak ke permukaan bumi. Barulah manusia boleh melombongnya.

2. Berlian ditemui bukanlah secantik dan bergilap yang kita dapati di kedai barang kemas. Berlian ni adalah sejenis serpihan batu kristal yang bermacam-macam saiz dan bentuk.

Disebabkan proses pemotongan yang rapi, bentuk dan saiz berlian dapat dihasilkan dengan kemas dan terperinci. Pun begitu, proses pemotongan dan penggilapan berlian menghilangkan lebih kurang 50% berat karat berlian mentah.

Seiring dengan kecanggihan teknologi, potongan berlian kini lebih moden dan menarik. Malahan, skil pemotongan penting untuk menjaga kualiti berlian dengan kilauan optimum.

3. Sebenarnya berlian ada pelbagai warna. Orang kata warna berlian mewakili warna pelangi. Semua warna ada.

Warna berlian yang selalu kita tengok macam tidak berwarna, sebenarnya ada gred. Nampak macam sama, kelihatan jernih atau lutsinar berkilauan.

Macam mana nak beza? Kena guna kanta pembesar batu permata untuk tahu. Alat ini dipanggil loupe. Gred ni yang akan menentukan nilai dan kualiti setiap batu berlian.

Warna sedikit kuning atau brownish ialah warna yang biasa didapati berbanding warna rare seperti merah, hijau, biru dan pink. Kalau nak tahu, berlian warna hitam pun ada.

Berlian berwarna sudah pasti lebih mahal dan bernilai tinggi kerana sukar dijumpai dan ini sudah pasti mempengaruhi harga berlian tersebut.

4. Sehingga tahun 1900-an, negara India adalah pengeluar berlian utama dunia dengan penemuan terawal pada sekitar abad ke-4 SM.

Kemudian penemuan berlian telah mula didapati di benua Afrika. Boleh dikatakan antara pengeluar berlian terbesar dunia.

Nak tahu kat mana lagi? Terkini, Rusia dan Bostwana adalah pengeluar utama berlian dunia. Terdapat juga lombong berlian di negara lain seperti Kanada dan Australia.

5. Walaupun konsumer mengenali berlian sebagai industri barangan kemas, namun jangan tak percaya pula, berlian yang dilombong bukan semata-mata untuk perhiasan.

Agak-agak, apa industri lain yang perlukan berlian? Ia sangat berguna dalam sektor perindustrian seperti penggerudian, pemotongan, dan penggilapan. Hebat fungsi berlian ni!

Berlian yang digunakan bukanlah daripada berlian gred permata, tetapi berlian yang cacat dan kurang berkualiti. Jadi taklah terbazir batu berlian kasar yang dilombong tu.  

Sekarang kita dah tau pasal 5 fakta tentang berlian. Menarik bukan? Berlian ni ada nilai estetika dan pasti ada peminat mereka tersendiri. Kita boleh tengok kilauan yang terpancar pada cincin atau loket berlian dari jauh.

Tak pelik berlian jadi antara favourite barang kemas perempuan untuk perkahwinan yang diidamkan. Ada yang memang membeli untuk koleksi. Memang cantik dan mengagumkan. Harga pun lebih mahal, sepadan dengan nilai dan kualiti.

Baca juga:

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Anak Mampu Menguasai Dua atau Tiga Bahasa: Kelebihan Yang Semakin Dicari

Kami percaya setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk melabur demi masa depan anak.

Ada yang membuka akaun SSPN sebaik sahaja anak dilahirkan.
Ada yang membeli emas setiap bulan.
Ada yang menyimpan dalam ASB, Tabung Haji atau KWSP (14 tahun). Baca juga Daftar Akaun KWSP Anak Anda Berumur 14 Tahun Dan Ke Atas, Terima Insentif Kerajaan RM250 Setahun

Semuanya pilihan yang baik kerana matlamatnya sama, iaitu menyediakan kehidupan yang lebih baik apabila anak dewasa nanti.

Tetapi apabila kami bertanya kepada beberapa ibu bapa,

“Apakah pelaburan paling berbaloi yang pernah anda buat untuk anak?”

Jawapannya bukan semuanya berkaitan wang. Ramai yang memberikan jawapan yang lebih menarik.

Pengalaman Adalah Pelaburan

Tidak semua pelaburan diukur dengan jumlah ringgit yang disimpan.

Ada ibu bapa yang lebih rela membelanjakan wang untuk memberikan anak pengalaman yang mungkin tidak dapat dibeli apabila mereka dewasa nanti.

Mereka membawa anak melancong supaya dapat melihat dunia dengan mata sendiri.

Ada yang membawa anak berkhemah supaya belajar berdikari, bekerjasama dan menghargai alam.

Ada yang sanggup bangun seawal pagi setiap hujung minggu untuk menemani anak mendaki bukit atau menyertai acara sukan.

Tidak kurang juga yang menghantar anak belajar berenang, bermain alat muzik, menyertai pertandingan pidato, pertandingan robotik atau kelas seni.

Semua ini mungkin tidak memberikan pulangan dalam bentuk wang hari ini.

Namun pengalaman seperti inilah yang membentuk keberanian, disiplin, keyakinan diri dan cara anak melihat dunia.

Apabila mereka dewasa nanti, ibu bapa mungkin tidak lagi ingat berapa kos yang dibelanjakan. Tetapi anak akan sentiasa mengingati pengalaman yang pernah diberikan.

Ada Satu Lagi Pelaburan Yang Selalu Dipandang Ringan

Di sebalik semua pengalaman itu, ada satu pelaburan yang semakin penting dalam dunia hari ini.

Menguasai lebih daripada satu bahasa.

Jika dahulu fasih berbahasa Inggeris sudah dianggap satu kelebihan, hari ini keadaan sudah berubah.

Dunia pekerjaan menjadi semakin global.

Syarikat tempatan berurusan dengan pelanggan dari luar negara.

Mesyuarat dijalankan secara dalam talian bersama rakan sekerja dari pelbagai benua.

Ramai usahawan pula menjual produk ke pasaran antarabangsa.

Dalam keadaan ini, mereka yang mampu bertutur dalam dua, tiga atau lebih bahasa mempunyai kelebihan yang sukar ditandingi.

Bahasa Membuka Lebih Banyak Peluang

Bayangkan anak anda mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan yakin.

Kemudian dia turut menguasai Bahasa Jepun atau Bahasa Korea atau Bahasa Sepanyol dan Perancis.

Peluang yang terbuka menjadi jauh lebih luas.

Mereka boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara. Lebih mudah mendapatkan biasiswa antarabangsa. Berpeluang bekerja dengan syarikat multinasional.

Malah jika menjadi usahawan sekalipun, mereka boleh berurusan dengan pelanggan dari seluruh dunia tanpa bergantung kepada penterjemah.

Dalam dunia yang semakin tanpa sempadan, bahasa bukan lagi sekadar subjek di sekolah.

Ia sudah menjadi satu aset.

Anak Lebih Mudah Belajar Bahasa Berbanding Orang Dewasa

Ramai orang dewasa menyesal kerana hanya mula belajar bahasa asing apabila sudah bekerja.

Pada ketika itu, komitmen semakin banyak. Masa semakin terhad. Berbeza dengan kanak-kanak. Mereka lebih cepat menangkap sebutan, lebih berani mencuba dan tidak malu melakukan kesilapan.

Sebab itulah ramai pakar pendidikan menggalakkan pendedahan kepada bahasa kedua atau ketiga sejak usia muda.

Semakin awal mereka bermula, semakin mudah proses pembelajaran.

Tak Perlu Lagi Pergi Ke Pusat Bahasa

Dulu, belajar bahasa asing mungkin memerlukan kita hadir ke pusat bahasa tertentu mengikut jadual yang tetap.

Hari ini semuanya jauh lebih fleksibel.

Melalui platform seperti Preply, ibu bapa boleh memilih guru dari pelbagai negara mengikut bajet, jadual dan tahap pembelajaran anak.

Pilihan bahasanya juga sangat banyak, termasuk:

  • 🇬🇧 Bahasa Inggeris
  • 🇨🇳 Bahasa Mandarin (Cina)
  • 🇪🇸 Bahasa Sepanyol
  • 🇫🇷 Bahasa Perancis
  • 🇯🇵 Bahasa Jepun
  • 🇰🇷 Bahasa Korea
  • 🇩🇪 Bahasa Jerman

Menariknya, anda tidak semestinya perlu memilih tutor dari luar negara. Jika anak masih di peringkat asas atau lebih selesa belajar dengan gaya tempatan, terdapat juga ramai tutor dari Malaysia yang mengajar di Preply. Ini memudahkan komunikasi, terutama bagi kanak-kanak yang baru bermula.

Kelas bahasa secara individu tidak semestinya mahal. Malah, terdapat tutor Bahasa Inggeris di Preply yurannya bermula sekitar RM24 bagi satu sesi pembelajaran, bergantung kepada tutor yang dipilih.

Anak boleh belajar secara 1-to-1 dalam talian dengan tutor yang merupakan penutur asli atau guru berpengalaman, jadi anak mendapat perhatian penuh daripada tutor tanpa perlu meninggalkan rumah.

Ada Diskaun Untuk Pembaca Majalah Labur

Kalau anda memang bercadang untuk mendaftarkan anak ke kelas bahasa, sekarang mungkin masa yang sesuai.

Melalui pautan referral Majalah Labur, anda akan menikmati diskaun 70% untuk kelas percubaan pertama (bagi tutor yang mengenakan yuran sekurang-kurangnya USD7). Jika anda meneruskan langganan kelas pertama, Majalah Labur pula akan menerima kredit RM203 daripada Preply.

Kami bercadang menggunakan kredit tersebut untuk mempelajari bahasa baharu dan berkongsi sendiri pengalaman menggunakan platform ini kepada pembaca. Terima kasih kerana menyokong Majalah Labur melalui pautan referral kami.

Jadi, anda bukan sahaja melabur untuk masa depan anak, malah turut menyokong usaha kami menghasilkan kandungan percuma yang memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

👉 https://preply.com/en/?pref=MzA4OTExODU

Kesimpulan

Setiap ibu bapa mempunyai definisi pelaburan yang berbeza.

Ada yang memilih menyimpan wang. Ada yang membeli emas. Ada yang melabur dalam pendidikan. Ada pula yang memilih memberikan pengalaman.

Tiada jawapan yang benar atau salah.

Tetapi jika ada satu pelaburan yang tidak boleh dicuri, tidak susut nilai dan akan dibawa oleh anak ke mana sahaja mereka pergi, ia ialah ilmu dan kemahiran berkomunikasi.

Anak-anak kita akan membesar dalam era AI. Dunia yang mereka hadapi nanti mungkin jauh berbeza daripada dunia yang kita kenal hari ini.

Mungkin ada pekerjaan yang hilang. Mungkin akan muncul pekerjaan baharu yang belum pernah kita dengar hari ini.

Dalam dunia seperti itu, memiliki satu kemahiran sahaja mungkin tidak lagi mencukupi.

Sebaliknya, mereka yang mampu menguasai pelbagai ilmu, berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dan sentiasa bersedia mempelajari perkara baharu akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menyesuaikan diri dan terus relevan.

Akhirnya, harta yang kita tinggalkan mungkin suatu hari nanti akan habis dibelanjakan. Tetapi ilmu yang kita tanam dan kemahiran yang kita berikan akan terus menjadi bekalan sepanjang hayat. Itulah pelaburan sebenar yang nilainya tidak diukur dengan ringgit.


P/S: Kalau dah mula melabur untuk masa depan anak melalui kelas bahasa, jangan lupa melabur juga dengan ilmu kewangan. Buku-buku saham Majalah Labur ditulis dalam bahasa yang mudah difahami, malah sesuai juga dijadikan bahan bacaan untuk remaja yang ingin mula mengenali dunia pelaburan. Siapa tahu, suatu hari nanti anak bukan sahaja fasih berbahasa, tetapi juga bijak mengurus dan mengembangkan wang mereka sendiri.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!