5 Kereta Termahal Dunia Pada Tahun 2021

Memiliki sebuah kereta mewah adalah impian ramai insan terutamanya peminat kereta dan mereka yang gemar gaya hidup mewah. Harga kereta mewah ini agak mahal dan pengeluarannya juga adalah sangat terhad.

Namun, pasti kita teruja untuk tahu apakah kereta paling mahal di dunia pada tahun 2021 ini.

Selalunya kita dengar jenama BMW, Mercedes, Lamborghini dan Mustang sahaja, apa kata lihat jenama-jenama lain yang ada di dunia. Mari kami kongsikan 5 kereta paling mahal di dunia pada tahun 2021.

5. Pagani Huayra

Kredit Gambar: Motor Authority

Pagani Huayra berada di dalam senarai kereta paling mahal di dunia dengan harga USD1.4 juta. Pagani telah mengeluarkan model Huayra dalam jumlah yang sangat terhad.

Syarikat ini hanya menghasilkan 100 unit di antara tahun 2012 dan 2018. Kereta ini mampu menghasilkan sebanyak 720 kuasa kuda (537 kilowatt).

4. McLaren Speedtail

Kredit Gambar: TopGear Malaysia

McLaren Speedtail adalah kenderaan terpantas yang Britain pernah hasilkan. Dengan 1,055 kuasa kuda (787 kilowatt) dan dilengkapi dengan V8 4.0-liter turbo berkembar hibrid, Speedtail mampu mencapai kelajuan 250 batu sejam (402 kilometer sejam).

Harganya USD2.2 juta menjadikannya salah sebuah kereta paling mahal di dunia pada tahun 2021.

3. Aston Martin Valkyrie

Kredit Gambar: Wikipedia

Kereta hiper hibrid Aston Martin ini belum lagi berada di pasaran tetapi Valkyrie yang bernilai USD3.2 juta telah habis terjual. Ia dilengkapi dengan enjin V12 6.5 liter Cosworth yang mampu menghasilkan 1,160 kuasa kuda (865 kilowatt) dan tork sebanyak 900 Newton-meter.

Ianya mampu mencapai kelajuan puncak melebihi 200 batu sejam (321 kilometer sejam).

2. Lykan Hypersport

Kredit Gambar: CarBuzz

W Motors yang berpusat di Dubai mengejutkan dunia dengan supercar Lykan Hypersport yang canggih pada tahun 2013. Dengan lampu depan titanium LED yang menempatkan berlian 420 karat dan paparan holografik di konsol tengah, tidak hairanlah ia adalah salah sebuah kereta termahal di dunia.

Dengan harga USD3.4 juta, Lykan Hypersport mempunyai enjin enam silinder berkembar 3.7 liter turbo yang menghasilkan 780 kuasa kuda (581 kilowatt) dan tork sebanyak 960 Newton-meter.

1. Bugatti Divo

Kredit Gambar: Wikipedia

Di antara kenderaan Bugatti yang baru dilancarkan, Divo merupakan kegemaran para pencinta kereta mewah. Walaupun ia mempunyai banyak persamaan dengan saudaranya Chiron, Divo memiliki banyak keistimewaannya.

Dengan roda yang lebih ringan, intercooler serat karbon dan bermacam-macam lagi, Bugatti menjadikan Divo lebih ringan daripada Chiron sebanyak 7 paun.

Kereta ini berharga USD5.8 juta dan merupakan kereta termahal di dunia bagi tahun 2021.

Kesimpulannya, harga kereta yang mahal adalah disebabkan oleh cara pemasangannya yang dilakukan secara manual dan tidak menggunakan bantuan mesin. daripada Selain itu juga, reka bentuknya yang sangat unik dan menarik, pasti memerlukan ilmu kejuruteraan yang tinggi untuk menghasilkannya.

Sumber:

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

Pengeluaran PROTON e.MAS 7 Dipertingkat Susulan Permintaan Tinggi

KOTA BHARU, 21 Jan (Bernama) — Proton Holdings Bhd (Proton) sedang meningkatkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) e.MAS 7 dengan tambahan 3,000 unit bagi menampung permintaan tinggi daripada pelanggan di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Roslan Abdullah berkata pembuat kereta itu sebelum ini menyasarkan untuk mendapatkan 3,000 tempahan bagi kenderaan itu dalam tempoh enam bulan, tetapi ia telah melepasi sasaran dalam tempoh kurang sebulan.

“Permintaan semakin meningkat dan ini menunjukkan penerimaan rakyat terhadap kereta EV.

“Saya yakin dalam masa tiga atau empat tahun akan datang orang akan berebut untuk menggunakan kenderaan EV dan semakin meninggalkan penggunaan kenderaan petrol atau diesel,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Bilik Pameran Kereta Elektrik jenama PROTON di JM Otomobil (EV) Wakaf Siku, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Roslan berkata sasaran  terhadap pengguna kenderaan EV ini adalah kepada mereka yang meminati teknologi terbaharu.

“Harga dia (EV) tidak jauh beza dengan Proton X50 dan X70. Apa yang penting adalah matlamat negara yang sedang menuju ke arah Mobiliti Karbon Sifar,” katanya.

Proton e.MAS 7 dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Dis tahun lepas, ia  merupakan kereta EV pertama negara dalam mengorak langkah ke arah kemampanan dan inovasi teknologi hijau.

Ditawarkan dua varian iaitu Prime pada harga bermula RM109,800 dan Premium (RM123,800).

Ia dilengkapi dengan sistem motor 12 dalam 1, audio dengan 16 pembesar suara, ruang dalaman yang luas serta 33 ruang penyimpanan.

— BERNAMA