7 Bandar Yang Paling Inovatif Di Dunia

Hari berganti hari, semakin banyak teknologi canggih yang dibangunkan. Begitu juga ada bandar-bandar yang semakin maju dan berteknologi tinggi.

Idea dan inovasi berupaya untuk menghasilkan teknologi, seni bina dan perancangan bandar yang canggih. Ia juga menyelesaikan masalah sosial dalam menjadi model bagi kemodenan sesebuah bandar.

Mari lihat 7 bandar yang paling inovatif di dunia.

1. Amsterdam, Belanda

Kredit Gambar: Pinterest

Sejak tahun 2009, Amsterdam telah melonjak naik sebagai sebuah bandar berteknologi dunia. Kecekapan tenaga, budaya dan teknologi kewangan menjadikannya sebagai pusat kuasa Eropah.

Amsterdam juga telah menggunakan sistem pemantauan lalu lintas real-time, sistem pengumpulan sampah yang canggih dan efisien, serta alatan data real-time yang lain untuk memastikan kualiti hidup menjadi lebih tinggi.

2. Copenhagen, Denmark

Kredit Gambar: The Intrepid Guide

Bandar Copenhagen ini terkenal dengan usaha penjagaan persekitarannya yang bertujuan untuk menjadi bandar bebas karbon monoksida pada tahun 2025. Ianya juga dianggap sebagai salah satu bandar terbaik untuk hidup di dunia kerana kualiti kawasan ini sangat bagus.

Menurut IESE Cities in Motion Index, bandar ini berada pada kedudukan teratas dalam aktiviti sosial, pemerintahan, jangkauan antarabangsa, mobiliti dan pengangkutan serta ekonomi.

3. New York, Amerika Syarikat

Kredit Gambar: Trip N Holidays

New York adalah salah sebuah bandar berinovasi tinggi dengan 326,000 orang pekerja dalam bidang teknologi di sini. Ianya merupakan bandar yang mendorong kemajuan dalam pembuatan dan robotik, keselamatan siber, sains kesihatan dan kehidupan.

Selain membina infrastruktur yang lebih lestari, mereka juga memantau penggunaan air dengan lebih baik secara real-time untuk orang ramai.

4. Seoul, Korea

Kredit Gambar: On Semi

Seoul sememangnya sebuah bandar yang pesat membangun yang tidak perlu kita perkenalkan lagi. Mereka juga bermatlamat untuk menjadi salah satu bandar pintar rasmi pertama di dunia dengan menggunakan kekuatan Internet of Things (IoT).

Bandar ini juga mengumumkan rancangan untuk memasang 50,000 sensor alat pintar di seluruh bandar. Sensor ini dapat memberikan maklumat kepada para penduduk mengenai tahap pencemaran, maklumat lalu lintas dan ketersediaan tempat letak kenderaan awam di seluruh kota.

Pastinya ia merupakan satu inovasi yang membantu seluruh penduduk bandar tersebut.

5. London, England

Kredit Gambar: Trip Savvy

London dikenali sebagai sebuah bandar yang terkenal dengan sejarah yang panjang. Bandar London mempunyai salah sebuah sistem pengangkutan yang paling inovatif dan maju di Eropah.

Tidak hairanlah, kalau ramai pengunjung memilih untuk melancong ke London bagi menikmatinya.

6. Tokyo, Jepun

Kredit Gambar: Live Japan

Bandar Tokyo telah menjadi hab global untuk penyelidikan dan pengembangan robotik. Tokyo juga mempunyai kadar produktiviti buruh tertinggi dan penuh dengan manusia.

Jadi, sebab itulah ia berupaya untuk menjadi salah sebuah bandar yang paling inovatif di dunia.

7. Boston, Amerika Syarikat

Kredit Gambar: Fierce Biotech

Boston merupakan bandar teknologi yang berkembang pesat di Amerika Syarikat. Sama seperti Jepun, bandar ini turut menempatkan tempat penyelidikan bagi bidang robotik.

Kesimpulannya, kehebatan bandar di atas sememangnya menjadi ikon bandar tercanggih dengan mempunyai inovasi yang tinggi. Dengan pakar teknologi yang mahir serta bakat yang diasah dengan betul, tidak mustahil Malaysia juga mampu memiliki teknologi yang canggih tersebut.

Sumber Rujukan: Interesting Engineering

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.