3 Kelebihan Emas Sebagai Aset

Emas itu tinggi nilainya. Dipakai bersinar, disimpan beruntung, dijual menjadi duit.

Ramai yang mengambil pendekatan untuk menjadikan emas sebagai aset. Selain daripada menyimpan dalam bentuk wang ringgit di bank, semakin ramai yang mula bertukar sebahagian duit simpanan kepada emas.

Emas tidak akan lapuk tetapi ada masanya emas akan naik dan ada juga masanya emas akan turun harga.

Tetapi jangan risau, emas bukan seperti kereta yang semakin lama semakin susut nilainya. Oleh itu,menjadikan emas sebagai aset memang satu pilihan yang bijak malah sangat disyorkan.

Baca juga 5 Platform Yang Ada Untuk Kita Melabur Emas

Jom kita tengok beberapa kelebihan emas sebagi aset.

#1. Kestabilan Harga Emas

“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu, sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,”

(Berita Harian – 11 Januari 2008).

Melalui kenyataan akhbar ini, dapatlah disimpulkan bahawa walaupun sesebuah negara itu mengalami inflasi, namun nilai emas sama sekali tidak akan terjejas dengan inflai tersebut.

Maka, beruntunglah orang-orang yang sudah menjadikan emas sebagai aset pada waktu itu kerana harganya yang tidak menurun mengikuti tempoh berlakunya inflasi.

#2. Aset Mudah Cair Dan Laku Di Mana-Mana

Bayangkan satu hari nanti anda terdesak hendak menggunakan duit dan ketika itu duit dalam simpanan anda tidak mencukupi, maka emaslah medium yang sesuai untuk mendapatkan duit.

Anda boleh sahaja memajak atau menggadai emas untuk mendapat pulangan wang. Atau boleh jual saja emas tersebut agar tidak perlu berhutang dengan sesiapa semata-mata untuk mendapatkan wang.

Tetapi kalau nak pakai duit segera, tak semestinya kena jual emas dalam simpanan. Pajak pun boleh. Kalau mampu untuk tebus balik dalam tempoh 6 bulan, semestinya kami syorkan pajak. Ini disebabkan kosnya lebih murah dari kos jual.

#3. Aset Yang Mudah Dibawa

Sifatnya yang mempunyai pelbagai variasi saiz, memudahkan ianya untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Tidak perlulah anda membawa beg yang besar hanya semata-mata untuk membawa emas anda yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.

Bahkan emas itu boleh sahaja dipakai dengan dijadikan sebagai perhiasan diri ataupun diletakkan di dalam beg yang kecil kerana saiz yang pelbagai dan sangat memudahkan.

Baca juga Ramalan Harga Emas Hujung Tahun 2021

Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM66 (berdasarkan harga emas RM264 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Harga Emas Tinggi Jejas Permintaan Terhadap Barang Kemas – Tomei

KUALA LUMPUR: Harga emas mencapai kemuncak awal tahun ini sebelum pembetulan dan kini dijangka kekal dalam lingkungan harga yang sama sehingga terdapat kepastian dalam pasaran.

Pengarah Urusan Tomei Consolidated Bhd, Datuk Ng Yih Pyng, berkata walaupun Tomei kekal positif terhadap emas dalam jangka masa panjang, harga yang tinggi menjejaskan permintaan barang kemas kerana pengguna menjadi lebih sensitif terhadap harga, manakala permintaan untuk produk pelaburan emas seperti wafer, syiling dan bar kilo telah meningkat.

“Dari segi margin, Tomei membuat jualan berasaskan nilai pasaran semasa dan tidak mengamalkan lindung nilai untuk inventorinya, selain syarikat membeli semula kuantiti emas yang setara setiap hari selepas jualan dibuat,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan ke-21 syarikat itu

Sementara itu, beliau berkata platform emas digital Tomei, GoldNow yang dilancarkan secara tidak rasmi sebelum Tahun Baru Cina telah mencatatkan pengambilan yang menggalakkan walaupun sumbangannya kekal kecil iaitu kurang daripada satu peratus daripada jumlah perolehan kumpulan.

Dalam perkembangan lain, Tomei menjangkakan bakal mencatatkan peningkatan bersih daripada satu cawangan kepada dua cawangan menjelang akhir tahun ini, memandangkan peruncit barangan kemas itu mengambil strategi perluasan yang berwaspada namun selektif di tengah-tengah persekitaran pasaran yang tidak menentu.

Yih Pyng berkata, syarikat itu kini mengendalikan 63 cawangan dan sedang berbincang dengan beberapa pusat beli-belah untuk potensi pengembangan.

Bagaimanapun, beliau berkata Tomei mungkin menangguhkan beberapa pembukaan yang dirancang dan turut mengkaji semula prestasi cawangan sedia ada.

“Kami sedang berbincang dengan beberapa pusat beli-belah mengenai pengembangan tetapi mungkin perlu menangguhkan sebahagian daripada pengembangan berikutan situasi semasa di Asia Barat.

“Kami mungkin membuka beberapa outlet dan menutup beberapa cawangan yang tidak berprestasi, namun peningkatan bersih tidak akan lebih daripada satu atau dua,” katanya.

Beliau berkata, Tomei kekal berhati-hati mengenai prospek jangka pendek, memandangkan suku kedua dan ketiga dijangka lebih perlahan susulan musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya telah berakhir.

Menurutnya, sentimen pasaran juga telah menjadi lebih perlahan, tetapi syarikat akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memperkenalkan rangkaian produk baharu untuk menyokong permintaan.

Sementara itu, Pengerusi Tomei, Raja Tan Sri Aman Raja Ahmad, berkata kumpulan itu kekal fokus untuk mengekalkan nisbah hutang yang sihat dan aliran tunai kukuh dan menilai peluang perniagaan baharu dengan lebih teliti.

“Menggunakan analogi bola sepak, ini adalah fasa bertahan bukannya fasa menyerang untuk menjaringkan gol. Kami perlu memastikan nisbah hutang berada dalam keadaan baik dan aliran tunai kekal kukuh,” katanya.

-BERNAMA