Cara Mudah Keluarkan Duit SSPN Secara ‘Online’ Dan Di ATM

Bagi tujuan pendidikan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mewujudkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).  Ia merupakan sebuah skim patuh syariah dengan konsep “Wakalah Bil Istithmar” yang bermaksud mewakilkan untuk tujuan pelaburan.

SSPN dahulunya kepada dua iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus. Terkini, kedua-dua produk simpanan ini telah dijenamakan semula sebagai Simpan SSPN Prime, manakala SSPN-i Plus pula dikenali sebagai Simpan SSPN Plus.

Simpan SSPN PRIME

Simpan SSPN Prime merupakan akaun simpanan bagi warganegara Malaysia khas untuk individu tanpa sebarang syarat jumlah deposit atau jumlah pengeluaran. Semuanya boleh disimpan dan dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut jumlah yang anda mahukan. Untuk pelajar yang ingin memohon PTPTN, perlu terlebih dahulu membuka akaun SSPN Prime dan mempunyai simpanan minimum yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN.

Simpan SSPN PLUS

Simpan SSPN Plus pula merupakan akaun yang boleh dibuka oleh individu, anak dan anak jagaan yang sah sahaja. Terdapat minimum deposit bulanan iaitu serendah RM 30 sebulan mengikut pakej yang dipilih.

Perbezaan antara Simpan SSPN Prime dengan Simpan SSPN Plus adalah dari segi tempoh pengeluaran simpanan. Simpan SSPN Plus mengambil masa selepas 3 tahun dari tarikh buka akaun. Selepas pengeluaran pula, perlu meninggalkan minimum jumlah RM 1,000 di dalam akaun tersebut.

Simpan SSPN Plus juga mempunyai perlindungan takaful yang ramai tak tahu. Simpan SSPN Plus merupakan produk terbaru PTPTN dengan kerjasama Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful (SPT) bagi produk ini.

Baca: Pelaburan SSPN: Simpanan Patuh Syariah Untuk Masa Depan Anak Anda

Antara pakej simpanan bulanan Simpan SSPN Plus

Kedua-dua jenis skim simpanan ini boleh dikeluarkan oleh pendeposit. Jom lihat cara keluarkan duit SSPN.

Cara Keluarkan Duit SSPN | Panduan Keluarkan Duit SSPN

Sama ada Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus, kedua-duanya mempunyai cara yang tersendiri untuk membuat pengeluaran. Perlu difahami terlebih dahulu bahawa duit Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan oleh PTPTN. Manakala duit Simpan SSPN Plus pula boleh dikeluarkan selepas tiga tahun dari tarikh buka akaun. Jumlah minimum RM1,000 perlu ditinggalkan dalam akaun SSPN.

Antara syarat pengeluaran tambahan Simpan SSPN Plus adalah seperti berikut:

  • Pengeluaran hanya melibatkan amaun simpanan sahaja dan tidak melibatkan amaun takaful.
  • Pengeluaran boleh dilakukan selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan akaun; dan
  • Akaun Simpan SSPN Plus hendaklah berbaki RM1,000 selepas pengeluaran; dan
  • Had maksimum pengeluaran adalah RM1,000 sehari per akaun bagi setiap akaun untuk pengeluaran secara dalam talian (online) di Portal Rasmi.
  • Untuk pengeluaran melebihi had tersebut boleh dilakukan di kaunter pejabat cawangan PTPTN sahaja.

Untuk pengetahuan anda, pengeluaran duit SSPN boleh dilakukan di:

  1. Kaunter PTPTN
  2. Melalui ATM di bank terpilih iaitu Bank Islam dan Bank Rakyat
  3. Secara dalam talian (online) di myPTPTN dan Perbankan Internet Bank Islam

**Perkhidmatan pengeluran secara dalam talian (online) myPTPTN sedang diselenggara dan dijangka sedia untuk diakses selepas 15 Januari 2024. Untuk pengeluaran melalui Perbankan Internet Bank Islam boleh sambung baca artikel di bawah.

1) Cara Keluarkan Duit SSPN di Kaunter PTPTN

  • Pergi ke kaunter PTPTN yang berdekatan
  • Dapatkan borang Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan is borang tersebut dengan lengkap
  • Pastikan anda mempunyai nombor akaun bank atas nama anda sendiri ataupun pendeposit
  • Pastikan nombor akaun yang dimasukkan adalah betul.
  • Setelah siap isi borang, serahkan borang pengeluaran wang simpanan kepada pegawai PTPTN
  • Amaun pengeluaran akan dikreditkan terus ke akaun bank anda dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

2) Cara Keluarkan Duit SSPN di ATM Dan Dalam Talian Bank Islam

Pengeluaran Wang SSPN boleh buat di ATM, CDM atau cash in and cash out (CICO) sekiranya anda mempunya akaun simpanan, akaun semasa atau akaun pelaburan di Bank Islam.

Jom lihat cara keluarkan wang SSPN melalui ATM Bank Islam yang perlu anda tahu.

Pertama sekali, anda kena pastikan yang akaun SSPN anda disambungkan (link) dengan akaun Bank Islam (BIDC-i).

Cara mudah untuk sambungkan akaun:

  1. Anda perlu kunjungi mana-mana cawangan Bank Islam yang berhampiran untuk sambungkan (link) akaun SSPN anda dengan akaun Bank Islam (BIDC-i).
  2. Penting dan wajib bawa MyKad / Kad Askar / Kad Polis anda sebagai pendeposit dan pemilik akaun Bank Islam.
  3. Lengkapkan borang dan hantar Borang Penyambungan Akaun SSPN yang telah diambil di cawangan Bank Islam.
  4. Setelah itu, anda akan berjaya sambungkan kad bank Islam dengan akaun SSPN anda.
  5. Boleh juga sambungkan akaun melalui secara dalam talian (online) melalui Perbankan Internet Bank Islam. (Waktu perkhidmatan: setiap hari dari 6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam sahaja)
Gambar: voyager8

Cara keluarkan duit dari Bank Islam di ATM:

  1. Kunjungi bank / ATM Bank Islam yang terdekat.
  2. Masukkan kad bank Islam ke ATM Bank Islam dan masukkan nombor pin keselamatan anda.
  3. Tekan bahagian Bank Islam, Tabung Haji dan SSPN. Pilih SSPN.
  4. Pilih bahagian pengeluaran wang tunai dan ikuti langkah untuk buat pengeluaran wang.
  5. Setelah transaksi berjaya, akaun SSPN anda akan dikenakan cas sebanyak RM 0.50.
  6. Tekan teruskan dan akhirnya proses pengeluaran wang SSPN anda telah berjaya.

Cara keluarkan duit dari Perbankan Internet Bank Islam:

  1. Log masuk ke Perbankan Internet Bank Islam.
  2. Klik “Funds Transfer” > Pilih SSPN-i
  3. Pilih “Transfer Type” daripada senarai > Pilih “From Account” daripada senarai
  4. Masukkan “Transfer Amount”, kemudian “Charge Amount” akan dipaparkan dan “Effective Date” ditetapkan kepada Hari Ini
  5. Pilih “Recipient Type” (Catatan : Pilihan ini hanya akan muncul jika “Transfer Type” adalah Akaun Bank Islam ke akaun SSPN pihak ketiga, Akaun SSPN-i ke akaun Bank Islam pihak ketiga, atau Akaun SSPN-i ke akaun SSPN-i pihak ketiga)
    • a) Jika jenis penerima adalah = “Open Recipient” > Masukkan “Recipient Account”
    • b) Jika jenis penerima adalah = “Favourite Recipient > iPilih nama Recipient daripada senarai
      • Masukkan “Recipient Reference” > Masukkan “Other Payment Details” (tidak wajib)
      • Klik “Transfer” untuk meneruskan ke laman berikutnya
  6. Sahkan butir-butir pemindahan dan klik “Request i-Access Code”
  7. Kod unik 10 aksara akan dihasilkan dan dihantar melalui SMS ke nombor telefon anda yang berdaftar
  8. Sahkan 4-huruf abjad pertama pada skrin dan masukkan 6-angka terakhir untuk melengkapkan permintaan transaksi anda
  9. Klik “Confirm” untuk menghantar permintaan anda untuk diproses.
Gambar: voyager8

3) Cara Keluarkan Duit SSPN di Bank Rakyat

Sama seperti Bank Islam, anda juga harus sambungkan dahulu (link) akaun SSPN anda dengan akaun Bank Rakyat anda. Sambungan akaun boleh dibuat di cawangan bank / ATM Bank Rakyat.

Jom lihat cara keluarkan duit SSPN di Bank Rakyat:

  1. Pergi ke mana-mana ATM Bank Rakyat yang berhampiran dengan anda.
  2. Masukkan kad bank Rakyat dan nombor pin di ATM Bank Rakyat.
  3. Tekan teruskan dan pilih bahagian pengeluaran tunai.
  4. Pilih SSPN dan ikuti langkah untuk mengeluarkan wang.
  5. Caj transaksi sebanyak RM 0.50 bersama resit akan dipapar untuk dikenakan pada akaun SSPN anda.
  6. Tekan Teruskan dan masukkan jumlah wang yang ingin anda keluarkan dari akaun SSPN anda.
  7. Transaksi telah pun berjaya.
Boleh tunggu kemas kini dari Bank Rakyat untuk perkhidmatan pengeluaran tunai SSPN

Dengan cara yang dikongsikan di atas, kini anda boleh keluarkan wang dari akaun SSPN di bank dengan mudah. Untuk akaun SSPN, anda perlu mempunyai akaun bank Rakyat dan bank Islam sejak awal buat akaun SSPN lagi.

Hanya perlu ikuti langkah yang dikongikan di atas bagi memudahkan urusan pengeluaran wang SSPN. Semoga bermanfaat.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Peluang Menjadi Saudagar Emas Moden di Malaysia

Bila sebut pasal pelaburan emas, ramai orang terus terbayang emas fizikal, dinar, jongkong atau barang kemas. Kita kena akui, pengalaman dapat pegang emas fizikal memang lain perasaan dia. Rasa “secure” tu ada.

Tapi sekarang, semakin ramai mula memilih emas digital sebab lebih mudah, boleh mula dengan modal kecil dan paling penting boleh beli/jual/pindahkan terus dari telefon tanpa perlu keluar rumah.

Cuma masalahnya… bukan semua platform emas dicipta serupa.

  • Ada yang nampak murah masa beli, tapi bila nak jual spread tinggi melangit.
  • Ada yang nampak mudah, tapi banyak caj lain.
  • Ada platform yang memang sesuai untuk simpanan, cuma pilihan fungsi tambahan tidak sebanyak platform lain.

Jadi, artikel ini kita fokus satu platform yang sedang kerap disebut kebelakangan ini: Bursa Gold Dinar (BGD).

Apa itu Bursa Gold Dinar?

Bursa Gold Dinar (BGD) ialah platform dagangan emas yang membolehkan pengguna membeli dan menjual emas melalui akaun BGD. Satu inovasi terkini dari Bursa Malaysia.

Ringkasnya:

  • Anda top up duit
  • Anda boleh beli emas
  • Anda boleh jual emas
  • Anda boleh pindahkan emas kepada orang lain
  • Anda boleh tebus emas kepada syiling dinar
  • Anda boleh menerima makluman perubahan harga emas semasa melalui notifikasi.

Satu lagi ciri yang buatkan BGD nampak “lain macam” ialah fungsi Exchange.

Fungsi ini membolehkan pengguna jual beli sesama pengguna (buyer vs seller) seperti konsep pasaran saham. BGD akan memastikan pasar ini “hidup” melalui system order (1 buy order + 1 sell order) yang dikemaskini setiap minit.

Jadi BGD bukan sahaja sesuai untuk simpanan emas, tetapi turut membuka peluang untuk pengguna yang mahu aktif berdagang (trade) emas. Ini kerana anda boleh harga jual dan beli sendiri berdasarkan harga sasaran, bukan sekadar beli ikut harga yang ditawarkan oleh platform.

Konsep ini lebih mirip dengan trading saham di mana anda boleh lihat pergerakan pasaran melalui order book, pantau harga last done, serta ambil peluang bila harga turun/naik mengikut strategi sendiri.

Dalam pasar macam BGD Exchange, orang boleh jual lebih murah daripada harga semasa sebab beberapa faktor:

1) Nak pakai duit (urgent cash)

Dia tak kisah rugi sikit asalkan cepat dapat cash.

2) Tak sabar / “panic sell”

Bila harga jatuh, ada yang takut jatuh lagi → dia jual murah untuk lock untung.

3) Salah letak harga (human error)

Tersalah tekan, tersalah pilih harga atau ingat harga tu betul. Memang naya kalau kes macam ni.

4) Nak pastikan terjual cepat

Kalau dia letak harga jual lebih rendah dari harga seller lain, peluang emas dia “disambar” adalah lebih cepat.

Waktu dagangan BGD Exchange

BGD ada trading hours yang lebih panjang berbanding pasaran saham Bursa Malaysia: 8:30AM – 11:50PM (Isnin – Jumaat), tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum.

Apa itu Order Book?

Order book ialah senarai pesanan beli/jual yang sedang menunggu untuk dipadankan. Ini membantu anda buat keputusan yang lebih strategik seperti nak beli ikut best sell price atau set buy order lebih rendah dan tunggu match.

Maksud High, Low dan Last Done

High ialah harga paling tinggi yang dicapai dalam hari dagangan tersebut. Low ialah harga paling rendah yang dicapai. Last done pula ialah harga transaksi terakhir yang berjaya berlaku di Exchange (harga terkini yang ‘matched’).

Apa itu spread dalam BGD?

Spread ialah beza antara harga beli tertinggi dan harga jual terendah. BGD tetap ada spread seperti platform lain, namun spread BGD biasanya lebih kompetitif (lebih rendah) berbanding kebanyakan platform lain.

Macam mana order matching berlaku?

BGD guna konsep price-time priority: harga terbaik akan diutamakan dan jika harga sama, pesanan yang masuk paling awal akan diutamakan.

Patut guna BGD untuk peram atau trade emas?

BGD sesuai untuk simpan emas secara konsisten, terutama untuk yang mahukan platform lebih ‘market-driven’. Untuk yang lebih aktif, fungsi Exchange juga memberi ruang untuk anda menjadi saudagar emas. Ringkasnya, BGD boleh menjadi pilihan sama ada anda mahu menjadi pelabur emas (simpanan jangka panjang) atau trader emas (lebih aktif), bergantung kepada strategi masing-masing.

Kesimpulan

Kalau anda mencari platform emas yang bukan sekadar “beli dan simpan”, tetapi memberi pengalaman seperti pasaran sebenar, Bursa Gold Dinar (BGD) memang antara yang paling menarik di Malaysia. Fungsi Exchange menjadikan urus niaga emas lebih strategik serta menawarkan pengalaman ‘gold trading’ yang mirip mekanisma pasaran saham.

Yang paling penting, struktur pelaburan ini turut menitikberatkan aspek patuh Syariah, menjadikan ia pilihan yang lebih meyakinkan untuk pelabur Muslim yang mahu akses kepada pasaran emas moden tanpa mengabaikan prinsip Shariah.

Nak mula menyimpan emas di Bursa Gold Dinar (BGD)?
Guna referral code
[ NURS17324 ]
Anda akan dapat 0.02g emas bila buat pembelian pertama RM100 dan yang kami juga dapat 0.01g emas. Win-win, start simpan emas terus dapat bonus. Terima kasih!

Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/bursa-gold-dinar/
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bursamalaysia.BGD